Resipi Mee Goreng Sardin

Saturday, April 04, 2020

Resipi Mee Goreng Sardin | Haaa!!! Mee Goreng Sardin?? Apa rasanya?? Rasa sardin lah. Sama juga macam nasi goreng sardin. Beza nya kita pakai mee. Selalu nasi goreng sardin kan. Apa kata kali ni anda try buat mee goreng sardin pula. Asal buat mee goreng jer, mesti versi yang sama. Kalau tak tumis dengan ayam, daging, udang dan sotong, mesti Fishball, fishcake dan Telur kan. Cuba tumis dengan sardin pula. Sedap tau. Tak.pernah pula dengar orang buat mee goreng sardin. Ke ada cuma saya yang ketinggalan... Hehe.. Yang saya perasan, orang buat spaghetti dengan tuna. 


OK... Back to the story. Macam mana boleh terfikir nak buat mee goreng sardin ni? Kebetulan ada leftover sardin. Hajatnya nak buat nasi goreng sardin lah. Tapi nasi yang tinggal seciput sangat. Nak makan nya 6 orang. Termenung kejap lah sebab tak tau nak masak apa untuk breakfast. Buka freezer, nampak ada mee sebungkus. OK lah... Kita try buat mee goreng sardin. Musim PKP ni kan, kau kena kreatif cipta resipi. Tak ada lah bosan asyik makan benda yang sama saja kan. Nah... Salin resipi ni. 

Resipi Mee Goreng Sardin


Bahan-Bahan

1) sebiji bawang merah
2) 2 biji Bawang putih
3) Cili boh/Cili kisar
4) sebiji telur
5) 1 tin sardin / leftover sardin
6) sebiji Cili merah

* no. 1-4 tu agak-agak lah bahanya. Kalau buat banyak, tambah lah lebih sikit yer. 

Cara-Cara

1) goreng Telur hancur (Scrambled egg) dulu dan asingkan
2) tumis Bawang putih & Bawang merah sehingga kekuningan 
3) masukkan Cili boh/Cili kisar 
4) dah masak/garing Cili boh, masukkan sardin dan kacau lagi. Nak bagi gelap, letak kicap sedikit. 
6) masukkan mee dan Telur hancur yang dah digoreng terlebih dahulu dan kacau hingga semua bahan sebati
7) taburkan hirisan Cili merah/daun sup/daun Bawang sebagai hiasan. Nampak lah warna warni sikit kan

Kalau nak senang, leftover sardin tu terus masuk kuali je. Tak payah nak tumis minyak bagai. Saya tumis sebab sambal sardin tinggal sikit. Nak bagi sambal tu banyak, tu yang buat tumis Cili boh dulu. Kalau tak ada leftover sardin, anda tumis sardin tu macam biasa dan tambah mee saja. Rasanya??? Kena cuba dan masak dulu baru boleh tahu sedap ke tak. Sebab tekak masing-masing kan. Bagi tekak saya, memang sedap. Anak dara saya yang tak makan sardin pon boleh pula makan mee goreng sardin ni. Sedap lah tu kan 😁

Sejak Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) ni nak jumpa sardin tin pon sangat lah susah nya. Asal pergi kedai je, rak dah kosong. Kena pergi kedai awal-awal pagi baru ada. Dalam banyak-banyak jenama sardin, saya lagi suka ayam brand. Kalau cuba brand lain tu rasa macam tak berapa kena. Mungkin sebab dah sebagi dengan jenama Ayam Brand ni kot. OK... Jangan lupa cuba tau. Yang baru nak mencari sardin tin tu, good luck lah. Semoga ada stok 😁

Note: Cepat lah habis PKP. Masa banyak habis dekat dapur saja ni. Nak timbang berat badan pon seram 🙄

You Might Also Like

0 komen


Labels

Instagram