Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap

Monday, August 24, 2020

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap | Bila dah hujung-hujung bulan ni kan. Semua barang dapur dah susut. Termasuk lah bawang merah. Bila pergi kedai, boleh terlupa pula nak beli bawang merah. Pada hal dah set dalam kepala nak beli bawang merah. Tapi tu lah, bila dah sampai kedai semua lupa. Lain yang di belinya. Memandang kan anak-anak masih bercuti, kena lah sediakan breakfast dan makan tengah hari untuk anak-anak kan. Kita masak sekali harung sajalah supaya boleh makan sampai tengah hari. Jadinya… Bihun Goreng Singapore sajalah yang paling ringkas.


Sebenarnya ini pertama kali saya masak Bihun Singapore. Memang tak pernah masak sebelum ni. Cuma pernah makan saja. Terus Google resipi. Ada resipi yang mudah dan ada yang remeh. Tapi nak buat bihun ni resipi asas nya sama saja. Cuma yang membezakan bihun Singapore dengan bihun biasa adalah penggunaan cili boh sebab bihun Singapore tak pakai cili boh pon. Stok cili boh dekat rumah pon dah habis. Memang sesuai sangatlah buat Bihun Sigapore. Ini Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap cara saya sebab saya tak pakai bawang merah pon.

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap


Bahan-Bahan

1 peket bihun
*6 ulas bawang putih
*2 sudu lada hitam
Tumbuh bahan bertanda (*) hingga hancur
1 cube pati ayam
1 peket fish ball/fish cake (Agak-agak lah nak letak banyak mana)
2 biji telur
1 batang carrot (Dipotong memanjang)
Sedikit Lada sulah dan Garam

Cara-Cara

1) Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau
2) Tambah 1 cube pati ayam dan hancurkan
3) Masukkan fish ball/fish cake dan gaul rata
4) Pecahkan telur dan gaul sebati
5) Tambah kan sedikit air dan masukkan carrot
6) Dah sebati semua bahan, masuk kan bihun dan kacau rata
7) Tambah lada sulah dan sedikit garam
8) Sedia untuk dihidang ☺


Senang rupanya nak buat Bihun Singapore ni ya. Next time kalau buat boleh tambah ayam atau udang. Ni pon pakai bahan apa yang ada dekat dapur tu. Boleh sado lengan kalua selalu masak bihun ni. Nak mengacau nya tu… Allahu… Letih juga lah tangan sebab berat kan. Selalu minta tolong husband yang kacau kan. Boleh saja kalau nak masak dalam Pressure Cooker (PC). Tapi saya lagi suka masak atas dapur. Kalau pakai PC, kadang-kadang tak pandai nak budget air banyak mana. Ada masa jadi, ada masa jadi lembik. Malas dah nak pakai PC. Sedap lagi bihun kalau masak atas kuali ☺

Note: Rindu nak update blog secara konsistan.. huhu...


You Might Also Like

5 komen

  1. sedap ni buat sarapan kann Fiza

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap
    tal payah pegi singapore

    ReplyDelete
  3. Setuju sedap lagi masak atas kuali. huhu

    ReplyDelete
  4. Kinah pun macam kak fiza, tak pandai nak bajet air tuk masak dalam PC tu. Lebih selesa masak atas dapur. Dapnye bihun singapore akak😋

    ReplyDelete
  5. Sedap ni makan dengan sambal kicap

    ReplyDelete


Labels

Instagram