Inilah Masa Untuk Wira | Saksikan Filem Ben 10 Yang Baharu Di Cartoon Network pada 10.10.2020

Wednesday, September 23, 2020

Khas buat peminat Ben 10. Adakan anda sudah bersedia untuk menonton filem Ben 10 yang baharu? Sebab seluruh galaksai akan terhenti secara tiba-tiba disebabkan kemunculan kartun popular Ben 10 yang akan menemui para peminatnya tak lama lagi dan dijadualkan akan bermula tepat pada jam 10 pagi untuk tayangan perdana global “Ben 10 vs. The Universe: The Movie” terbitan Cartoon Network. Wahhhhh!!! Kalau anak-anak tahu mesti diorang excited ni sebab mereka memang peminat kartun Ben 10. 

Bila tarikhnya? Ok… Peminat dari seluruh dunia boleh menonton rancangan yang pernah memenangi Anugerah Emmy ini pada 10 Oktober 2020 di mana filem Ben 10 yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang ini boleh ditonton menerusi siaran di Cartoon Network (Astro Ch 615 HD / 635) serta di saluran Warner Media yang lain seperti  HBO, Boomerang dan Warner TV dan melalui perkhidmatan streaming HBO GO.

Filem televisyen yang penuh dengan aksi ini akan memberi tumpuan kepada penceritaan  pada ledakan dari masa lalu yang berlaku kepada Ben untuk kembali melakukan kerosakan dua kali ganda kepada pasukan Tennyson dan planet Bumi itu sendiri,sekali gus memaksa Ben untuk pergi ke luar angkasa untuk menyelamatkan keadaani. Sementara itu, Gwen dan Granpa Max bekerjasama untuk melindungi dunia ketika ketiadaan Ben. Tetapi apabila Hero kanak-kanak lelaki kesayangan ramai  ini dikelirukan sebagai penjahat di ruang angkasa, Ben mesti mencari jalan untuk kembali ke Bumi untuk menyelamakan keadaan!

Menjelang tayangan perdana filem, peminat setia Ben 10 berpeluang menikmati aksi Ben 10 dengan segmen khas "Power of 10" yang akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu di Cartoon Network. Episod-episod khas ini akan memaparkan kembali detik-detik menarik dengan beberapa musuh Ben 10 yang paling kuat seperti Kevin 11, Steam Smythe dan Vilgax, panglima perang alien intergalaksi yang sukar untuk dikalahkan.

Nak menang Watch Party Pack yang boleh dimuat turun? Anda boleh memulakan misi mendebarkan bersama Ben 10 dan sertai Cabaran Peminat Ben 10 dalam talian. Cari GIF animasi tersembunyi di mikrosit Ben 10 atau membina pertempuran Ben 10 epik anda sendiri dan selesaikan pelbagai cabaran. Boleh lawati mikrosit Ben 10: https://ben10.cartoonnetworkasia.com/ untuk maklumat lanjut.

Siri ini dihasilkan oleh Cartoon Network Studios dan ditulis serta diterbitkan bersama Man of Action Entertainment (Big Hero 6, Generator Rex), dengan John Fang (Mixels, Generator Rex) sebagai pengeluar eksekutif.. Jangan lupa – Inilah masa untuk Wira akan bermula pukul 10 pagi pada 10.10.2020! Jom tonton “Ben 10 vs. The Universe: The Movie” pada hari Sabtu, 10 Oktober jam 10 pagi dimana ianya akan ditayangkan secara serentak di Cartoon Network, HBO, Boomerang, Warner TV dan HBO GO


You Might Also Like

0 komen



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive