Tahan™ Instant Sport Hijab | Tudung Sarung Untuk Wanita Yang Aktif

Saturday, October 17, 2020

Tahan™ Instant Sport Hijab | Tudung Sarung Untuk Wanita Yang Aktif. Untuk wanita yang bertudung, adalah menjadi satu keperluan untuk mencari tudung yang sesuai ketika menjalani gaya hidup yang sihat seperti ber jogging, hiking, berlari dan kalau kita lihat sekarang ni, banyak penglibatan dari kaum wanita dalam aktiviti berbasikal. Jadinya, pemilihan tudung yang sesuai adalah sangat penting untuk melakukam aktiviti-aktiviti ini dan saya pon baru tahu sebenarnya ada Tudung Sarung Untuk Wanita Yang Aktif dan ianya sangat sesuai dipakai Ketika melakukan aktiviti ekstrem atau rekreasi sama ada aktiviti itu dilakukaan secara dalaman atau luaran. Rasanya ada wanita diluar sana yang tak sedar lagi mengenai tudung khas untuk bersukan ni.

Tahan™ Instant Sport Hijab | Tudung Sarung Untuk Wanita Yang Aktif

Kalau anda nak tahu, PTT Outdoor ada mengeluarkan tudung untuk wanita yang aktif iaitu Tahan™ Instant Sport Hijab. Ianya dibuat dengan penuh kasih sayang mengikut ciri-ciri yang diperlukan, Antaranya seperti rekaan yang elegan dan mudah kering supaya pembeli selesa ketika memakainya. Material nya pula menggunakan polyester dan spandex yang boleh diregangkan. Memang best Tahan™ Instant Sport Hijab ni sebab saya sudah pon mencubanya. Antara 4 ciri menarik yang terdapat pada Tahan™ Instant Sport Hijab adalah

4 ciri menarik yang terdapat pada Tahan™ Instant Sport Hijab

1) Selesa Dan Mudah Dipakai

Memang selesa bila dipakai sebab cengkaman pada tudung itu membuatkan ianya cantik terletak. Materialnya pon sangat best sebab fabrik nya jenis sejuk dan tidak terasa panas dan yang pasti, mudah dipakai sebab sarung saja. Tak perlu pin tudung lagi. Secara tak langsung menjimatkan masa untuk bersiap.

2) Ringan dan Nipis

Saya selalu nya akan pakai tudung biasa kalau pergi hiking. Tapi bila dah cuba Tahan™ Instant Sport Hijab ni, memang kita boleh rasa perbezaan sebelum dan selepas pakai sebab Tahan™ Instant Sport Hijab sejenis fabrik yang ringan dan nipis. Walaupon nipis, ianya tak jarang.

3) Fabrik Mudah Kering Dan Tidak Berbau


Bila bersukan kan kita banyak mengeluarkan peluh. Bila pakai tudung biasa, boleh rasa tudung tu basah. Bila tudung basah, ada masa ianya akan menghasilkan bau. Tapi Tahan™ Instant Sport Hijab memang jenis fabrik yang cepat kering dan tak berbau walaupon berpeluh. Mungkin sebab fabrik nya yang berkualiti tinggi dan mempunyai ciri yang membolehkan penyerapan peluh menjadi lebih baik serta mudah kering untuk mengelakkan bau pada tudung ketika berpeluh. 

4) Rekaan Yang Sporty Dan Labuh

Labuh didepan dan dibelakang

Yang bestnya, tudung Tahan™ Instant Sport Hijab ni patuh Syariah sebab ianya labuh didepan menutup dada, belakang pon labuh dan menutup bahu. Rekaannya memang nampak sporty, elegan dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur wanita. 

Ini lah pendapat saya mengenai Tahan™ Instant Sport Hijab selepas menggunakannya. Memandangkan saya baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti hiking pada hujung minggu, saya memang memerlukan tudung yang sesuai dengan aktiviti yang saya lakukan ini dan bagi saya, Tahan™ Instant Sport Hijab ada ciri-ciri yang saya perlukan pada sehelai tudung. Cuma masa 1st time pakai tu, saya tak pakai inner cap. Awning Tahan™ Instant Sport Hijab ni pula jenis lembut. Memang senget benget jadinya. 


Masalah orang perempuan kan… Awning kena on point sentiasa. Boleh kemurungan kalau awning senget benget. Rupanya kena pakai inner cap. Baru lah Nampak cantik. Tu lah… Excited sebab dapat tudung baru kan. Tapi secara keseluruhannya… Memang saya berpuas hati dengan performance Tahan™ Instant Sport Hijab ni. Nak kena tambah koleksi lagi nampak nya.

Dapatkan 10% Diskaun

Memandangkan saya sudah mencuba Tahan™ Instant Sport Hijab, apa kata anda mencubanya juga? Saya nak anda rasa sendiri keistimewaan yang ada pada Tahan™ Instant Sport Hijab ni sebab saya nak bagi 10% diskaun. Masa nak buat pembelian nanti, anda masukkan PTT Outdoor coupon code ‘AFIZAH07’ untuk claim 10% diskaun. Berbaloi tau beli. 

Jom terjah social media PTT Outdoor kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Tahan™ Instant Sport Hijab dan juga produk PTT Outdoor yang lain di:



You Might Also Like

0 komen


Labels

Instagram