Selamat mengundi buat semua warganegara MALAYSIA. Pada yang akan pulang mengundi di kampung, berhati² di jalanraya. Semoga perjalanan pergi dan balik anda semua dipermudahkan olehNYA *Dah macam ucapan nak raya pulok*. Pilihan ditangan KITA. KITA penentu masa depan negara. Tapi ingat...
'TAK KIRA APA YANG ANDA SOKONG (BN@PR)
JANGAN SAMPAI TIDAK BERTEGUR SAPA DAN
SALING BERMUSUHAN, KITA SEMUA SEKAMPUNG
KEKALKAN MUAFAKAT...
INI NEGARA DEMOKRASI!!!!'
Note: Rasa berdebar² plak nak mengundi Ahad ni.
Kalau kucing pandai berkata². Mungkin ini yang akan diperkatakan. Tapi kalau aku jumpa kucing yang boleh bercakap, mau fensan kot...hehehe...
Buat pembenci kucing yang suka halau kucing, tendang/sepak kucing...renung² kan lah. Kucing adalah binatang yang akrab dengan kehidupan manusia dan berperwatakan manja. Kucing juga adalah haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka. Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Nabi menegaskan dalam hadith baginda bahawa kucing ini adalah binatang tidak najis. Malah air bekas minuman kucing dibolehkan untuk berwudhuk.
Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca [KUCING HAIWAN KESAYANGAN RASULULLAH S.A.W]
Note: Anak daraku takut kucing. Tapi ibu dia pencinta kucing walaupon tak membela kucing ☺
Tinggal beberapa hari jer lagi tarikh untuk mengundi. Sana sini sibuk citer pasal Pilihanraya. Aku pon dah naik muak tengok berita dan bual bicara pasal pilihanraya kat TV. Tak dapat nak tengok citer best sebab dah dicantas dengan siaran langsung pilihanrata. ASTRO nan ado.
Aku pon confuse nak undi mana sebenarnya. Rasa macam tak nak gi mengundi. Tapi nanti rugi satu undi...haishhhh...Meh kita amalkan doa nih. Pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang tepat.
Note: Kita penentu masa depan negara.
Fenomena terhagat skang ni kan. Tapi aku tak der buat video GYIYOMI untuk tatapan korang suma. Sebab muka aku tak cute macam Nora Danish dan Wawa Zainal tu...ahakss...Ada yang muntah hijo plak nanti kang. Cuma aku nak berkongsi kata² penuh makna nih. Hayati lah:
Masih tak jelas? Ok...dengan rajin nya aku taip balik yer sayang:
"GYIYOMI orang sanggup belajar dan
hafal gerakannya sampai
letak dalam YOUTUBE, tapi AL-QURAN
tak der pulak orang berlumba-lumba
nak rekod bacaannya letak dalam YOUTUBE.
Dah akhir zaman sekarang,
hiburan mengatasi agama sendiri"
No objection sebab apa yang diperkatakan adah benar belaka. Hiburan bermaharajalela skang ni kan. Semuanya jadi ikutan.
"Ya! Allah, Terangilah hati kami dengan NUR pancaran iman-MU
Dekatkan kami kepada kebaikan
Dan jauhkan kami dari segala kejahatan
Kurniakan kami hidayah dari-MU dalam
menempuh cabaran
Dan liku-liku kehidupan di dunia dah di akhirat
Amin...."
Note: Tinggal beberapa hari jer lagi nak mengundi.
Kala hatimu sakit kerana beratnya ujian hidup, tentunya smbil menangis kita akan berkata ''Ya Allah, mengapa ini semua menimpaku? Katakanlah pada diri ''inilah cara Allah menjadikan kita kuat dan memberikan rahmat-Nya serta menunjukkan betapa sayang dan cintaNya Dia kepada kita. Karena dalam ujian itu DIA pun pasti sudah menyiapkan JALAN buatmu.
cinta selayaknya seperti seekor rama-rama...
semakin kau mengejarnya semakin jauh ia meninggalkanmu...
Namun,biarkan rama-ramamu terbang bebas ke mana pun jua..
Siapa tahu suatu saat andai ia telah melihat rencah dunia
ia akan mengibarkan sayapnya ke arahmu...berlindung kepada mu daripada hujan dan panas..
dan melampiaskan keresahannya tentang perjalanan jauhnya..
dalam suatu pertemuan yang tak tersangkakan...
Mungkin saja, bagimu rama-rama yang kau kejar itu adalah segalanya,.
Namun mungkin saja dia juga bukanlah rama-rama yang diperuntukkan Allah untukmu..
Dan mungkin saja, rama-rama liar yang berkeliaran di luar sana adalah takdir yang diciptakan untukmu...
Source: Seindah Cinta Islam
Note: Mood ke laut wei.