AL-FATIHAH Buat ANAK² SYURGA

Friday, May 17, 2013


Terbaca kisah sedih ni di blog WAWA YUSOFF. Ya! Allah...hebat sungguh dugaan buat mereka apabila kehilangan seorang anak....Anak yang dipinjamkan oleh Allah dalam masa yang singkat. Tak dapat aku bayangkan kalau aku ditempat mereka. Mampu kah aku tanggung dugaan yang seberat itu? Sedangkan dugaan yang aku sedang lalui ini pon rasa tak tertanggung. Tapi ada lagi dugaan yang lebih hebat dari apa yang aku sedang lalui.

AL-FATIHAH buat AIMAN JAZIL. Anak kecil ini pergi disebabkan kecuaian orang lain. Puncanya...pengasuh tengah mandikan Aiman. Pastu gi buat susu. Anak ni dijumpai dalam bilik air...dalam baldi....allahuakhbar...Boleh baca [DISINI]


AL-FATIHAH buat AQIL HAMZAH. Saat aku maca entry Erina...[PERGINYA SEORANG PERMATA HATI INDAH, AQIL HAMZAH]...membaca dari awal cerita sampailah aqil menghembuskan nafas yang terakhir, tanpa sedar airmataku luruh. Daripada anak yang cergas dan sihat, tiba² terlantar sakit. Terbayang² wajah qhalif sebab mereka sebaya. 

Buat Erina dan parents Aiman Jazil. Walaupon kita tak saling mengenali, tapi saya sangat sedih dan simpati atas apa yang berlaku. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dariNYA. Bertabahlah. Yang pasti...anak² syurga ini menunggu kalian di SANA.

AL-FATIHAH

Note: Even baca berulang kali, airmata tetap mengalir. 


You Might Also Like

29 komen

  1. tgh mkn terus berenti...allah sayangkan dia...kisah erina tu dah tau..ni pasal aiman...allah sedihnyer

    ReplyDelete
  2. AJ ada baca entri tu...
    Ya allah..
    Mengalir airmata...
    AL-fatihah dan takziah buat keluarga anak2 ni...

    ReplyDelete
  3. sebak.. tak tau nak luahkan bagaimana la jika itu berlaku pd sy.. speechless

    alfatihah

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah, dihari Jumaat yg mulia ni, sama2 lah kita berdoa..

    ReplyDelete
  5. saya pun dah baca kisah nie. sedih baca ceritanya.

    ReplyDelete
  6. ya Allah tak dapat nak membayangkan keperitan itu..tambah lagi kalau disebabkan kecuaian atau tidak disengajakan..itulah manusia, memang makhluk yg selalu cuai dan terlupa..sedihnyaaa...

    ReplyDelete
  7. sedih bila baca kisah2 ni...al-fatihah..

    ReplyDelete
  8. ok..sebelum baca mesti sediakan tisu..kisah erina dee dah baca..mmg berjuraian airmata..

    takziah buat kedua2nya di atas kehilangan permata hati..al-fatihah..

    ReplyDelete
  9. pasal aqil tu saya dah baca dah. sedih sangat. hmm saya nak g baca blog wawa yusoff la plakk

    ReplyDelete
  10. hurm.. akibat kelalaian.. yang tu yang perlu kita elakkan...

    ReplyDelete
  11. sedihnya, betapa berat dugaan orang lain..moga ada hikmah yang terindah di sebalik semuanya,insha Allah

    ReplyDelete
  12. saya pun sama..kalau terdengar kisah2 gini,sebaknya jiwa.dapat ranya hati ibu ni menyelami perasaan mereka..apatah lagi saya sendiri pernah kehilangan..

    tapi mmg tak sama dgn mereka yang hilang yang sudah pun rasa nikmat kasih sayang dan pelukan.

    papepun,semuanya ujian allah..pinjaman allah..

    mudahan kita semua tabah menghadapi kehidupan dalam membesarkan anak anak yang diamanahkan ini.

    ReplyDelete
  13. Al Fatihah..

    Ujian buat ibubapa mereka....

    Dan buat kita, semoga beringat...

    ReplyDelete
  14. kesiannya.sebab cuai,anak jadi mangsa..al=fatihah utk Aqil..salam takziah buat keluarga adik tu..

    ReplyDelete
  15. aku pon nangis sama..besarnya dugaan yg mereka lalui..hilang ank bagaikan hilang nyawa..ya Allah tabahkanlah hati ibubapa hebat itu ya Allah..

    ReplyDelete
  16. SEMUA NI DUGAAN DARI ALLAH.. MOGA BELIAU TERUS TABAH..

    ReplyDelete
  17. innalillah sememangnya tempat anak ini adalah di syurga, nnti aju nk kesan utk baca kisahnya, mmg meruntun hati ibu yang melahirkan dan membesarkan anak itu, kita pun turut merasa simpati ke atasnya, al fatihah

    ReplyDelete
  18. sedih..pertama kali baca ampai air mata tak berenti mengalir..

    ReplyDelete
  19. al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  20. Kakak pun sama Fiza bila baca N3 Erina tu tak sedar airmata kakak luruh. Bayangkan anak cuma satu dapat menikmati tak lama mana. Ujian besar betul buat mereka kan..

    ReplyDelete
  21. Al fatihah.. KA Pun baca dlm sebak !

    ReplyDelete
  22. al-fatihah

    tenkiu ye sbb sudi support..
    meh semak link uols dan nantikan keputusannya pada bila2 masa sahaja

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/05/senarai-link-perserta-yang-join-qr-mini.html

    ReplyDelete
  23. Allah lebih menyanyanginya.......

    ReplyDelete
  24. Ada baca jugak.. Sayu hati.. Al-Fatihah buat mereka.. T_T

    ReplyDelete
  25. Al-fatihah.. sedih baca kisah mereka.
    semoga tabah

    ReplyDelete
  26. aida pun baru baca pasal aiman.. da le ari tu air mata kuar pasal aqil...
    sungguh besar dugaan ibu-ibu itu...

    ReplyDelete
  27. sedih baca dua2 kisah ni... mmg akak sendiri tak dapat bayangkan kalau perkara macam tu terjadi...

    buat parents kedua2 anak syurga ni... mereka menantimu di sana... in sha Allah...

    innalillahi wa innailaihirojiun...

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive