Kemaruk Nasi Lemak Paru!!!

Thursday, October 06, 2016

Kita ni kan. Kalau dah jumpa makanan yang sangat menepati citarasa tekak. Memang akan terkenang-kenang dan akan teringat-ingat akan kesedapannya. Macam nasi lemak. Sekarang ni agak susah nak jumpa nasi lemak yang sedap. Nasi tak rasa lemak lah. Sambal tak berapa nak sedap. Nasi ngan sambal tak sedap langsung. Erkkkk... Banyak komplen kau kan. Nak buat sendiri memang tak sedap lah kan... hahaha... Malas nak buat lah senang citer. Jalan pintas, beli nasi lemak. 


Kebetulan masa nak isi minyak kat area rumah, nampak ada gerai nasi lemak baru bukak. Malas nak singgah sebab takut tak sedap. Nampak tak... 1st impression kau dah cakap macam tu. Belum cuba dah judge tak sedap... ppffttt... Nak dijadikan citer. Try lah beli sebungkus nasi lemak berlaukkan sambal paru bawak bekal gi ofis. Sekali bila makan... perghhhhh... Sedap tak hingat wei. 

Dari nasi lemak... sambal nasi lemak ditambah dengan sambal paru dia memang terbaik lah. Sangat tersedap. Aku pon tak tau akak ni letak pelaris apa sampai aku terbayang-bayang dan teringat-ingat dengan kesedapan nasi lemak paru dia nih.... hahaha... Lauk lain ada jugak tapi aku kalau dah suka lauk tu memang lauk tu jer lah yang aku beli. Tak pandang lauk lain dah. Seminggu 2-3 kali jugak lah aku makan nasi lemak akak nih.

Ni dah terbayang-bayang lagi. Minggu ni tak dapat lagi nasi lemak akak tu. Semalam tengok gerai tak bukak. Kecewa plak rasa. Kalau dah kemaruk cenggini lah. Harap-harap esok akak ni bukak lah gerai. Aku dah addicted dengan nasi lemak paru ni. Kalau ada orang Bangi yang baca nih *ada ker ☺, lokasi gerai akak ni kat Seksyen 7 Bangi. Berhadapan sikit dengan Open Universiti. Tepi simpang jalan. Nasi Lemak Sambal Merah nama gerai dia.  

Note: Dah datang angin malas aku. Sebelum malas menguasai, citer nasi lemak pon boleh lah buat modal ☺

You Might Also Like

11 komen

  1. sama dengan yoorin..kalau dah rasa sekali sedap..seminggu tu lauk yg sama pon x pe.. hahaha

    ReplyDelete
  2. heheh mesti sedap kan.. sebbab paru ni bukan senang nak masak. pernah ritu kena part paru tak lembut.. sakit gigi wooo

    ReplyDelete
  3. tengok pun tahu sedap...huhu...dah la puasa ni...

    ReplyDelete
  4. saya suka nasi lemak makan dengan rendang ayam..lepas tu letak kangkung rebus..heheh

    ReplyDelete
  5. Tak boleh makan nasi lemak hari2.
    Nanti kolestrol naik.

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaa ! Feveret Nani gak ni. Hehe

    ReplyDelete
  7. Salam BW dari Diari Dandelion,
    Menu feveret breakfast kat office dedulu.
    Sekarang dok rumah buat sendiri je.
    ^_^

    ReplyDelete
  8. Bila dpt yg kene kat tekak mmg menjadk igauannnnnn okehh

    ReplyDelete
  9. Sunnguh la.. Klu dah jumpa nasi lemak yg sedap mmg itu jelah dicari, x pandang lain dah.. Skg mmg susah nk dpt yg betul2 sedap..

    ReplyDelete
  10. Hihi.... hakak hari tu kemaruk nasi kerabu. Rasa mcm nak beli hari hari je, tapi malulah pulak weyh....walaupun diaorang tak perasan tapi terasa malu sendiri hihi

    ReplyDelete
  11. Biasalah tu, komplen memang banyak tapi kalau disuruh buat, macam-macam alasan diberi. Lagi senang, kita beli dan beli sampai dapat yang berkenan di hati.

    Dah lama tak jumpa nasi lemak yang sedap segalanya - nasinya dan sambalnya!

    ReplyDelete



Labels

Intellifluence

Afizah Abd Rahman is an Intellifluence Trusted Blogger

Blog Archive