Sebab masih belum berkesempatan lagi nak masak kat umah untuk buka posa tahun nih. Kalau tahun lepas memang boleh dikatakan hari² masak, tapi tahun ni masih tak kesampaian hajat nak memasak lagi. Awal² posa aritu berbuka dirumah mertua. Weekend aritu berbuka dirumah mak plak. Weekdays memang lauk tunjuk jer lah.
Macam manalah mak nak masak noks, balik kerja pukul 4.30 pm. Ingatkan bulan² posa nih jalan tak sesak, tapi sesak gak uols. Amik anak² suma sampai umah dekat pukul 6.00 pm. Kalau dah kat umah tu, faham² lah kan. Ibu menyusu...anak² confirmed lah nak susu cap gantung kan. DAh macam mulut burung...menganga² minta disusukan, apalagi...sorang sebelah noks. Si kakak kalau nengok si adik nenen, dia pon nak nenen gak. Mana aci adik sorang nak nenen kan. Kakak...kakak...masih ada rasa cemburu tu yer. Time nyusu tu jer dah amik masa. Camno tu. Memang tak sompek den nak masak dek non.
Bagi menjimatkan masa dan tenaga, PARAM jugak lah jawabnya. Si dia lah yang gi beli siap². Tapi kan...masak sendiri gak yang terbaik, lagi sedap. Alahaiiiii...bilalah bley memasak nih. Gantung kuali dan periuk jer lah bulan posa ni gamaknya. So far alhamdulillah...suma yg di beli habis dimakan, tak membazir. Cuma ada sehari tu, terlebih beli. Jenuh gak lah nak menghabiskan. Tapi tak dapek diterima dek perut lagi. Kesudahannya, lu fikir lah sendiri. Nyesal...nyesal...sehari tu jer tau.
Puasa kali ni kan agak mencabar jugak lah. Antaranya berpuasa sambil Tandem Nursing...perghhhh...lomah den. Tapi tu suma bukan halangan kan.
Note: Minggu ni pon rasanya macam tak berbuka dirumah jer.
Umur baru nak masuk 2 tahun bulan sembilan nih, tapi dah kena berdikari. Naik tangga sendiri jer, tapi dibawah pengawasan ibu yer. Rumah tingkat dua plak tu. Terkedek² naik tangga ngan bag Angry Bird dia tu.
Naik...jangan tak naik...
Posing jap
Naik lagi...kesiannya...☺☺
Rehat jap...posing dulu.
Anak sapa lah nih. Kesian tak? Kesian kan...muahahahahaha...Macam ni lah rutin tiap² petang. Ibu nak dukung tak boleh sebab dah dukung adik qhalif. Ngan bawak bag pam lagi. Macam mano tu? Macam tu lah gamaknya ☺☺.
Agak mencabar jugak lah mak noks bila bawak anak dara ni naik tangga. Amik masa dekat 5 minit gak lah. Sebelah tangan pegang qhalif...sebelah tangan lagi pegang qahirah pastu bag pam lagi...cer bayangkan...Iyer lah...kecik lagi kan. Nak melangkah lelaju kaki tak cukup panjang lagi. Sabo jer lah.
Ni lah dia bila jarak anak kedua dan ketiga agak rapat, tapi tetap 2 tahun gap lah *hehehehe...tak nak kalah tu*. Si kakak terpaksalah berdikari sket. Dan si ibu pon jadi extra penat jugak lah. Mengluh ker fiza ooiiiii...erk, tak lah...DIA dah mengatur segalanya kan. Redha sudah. Tapi tak per...penat sekali harung.
Nota: Teringin nak babywearing, tapi tak reti. Tapi dah jatuh cinta ngan babywearing, tapi masih belum ada rezeki nak beli lagi *berapa banyak tapi lah*... macam mana tu.
'Bila bersama orang yang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. tetapi bila bersama ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan diherdik'
Tersentap bila membacanya. Ada betulnya statement itu. Sebagai contoh...kita tengah sibuk lipat baju yang bertimbun. Tetiba si anak datang mengacau, memunggah kain yang sudah berlipat sambil tersengih². Dengan tak semena-mena, kita naik hangin lalu marah si anak tadi. Tak cukup dengan tu...di jentik plak tangan si anak. Padahal anak tu nak bergurau jer, nak amik perhatian ibu. Sebab si ibu syik sangat buat kerja.
Alahaiiiii...sedih bila di ingat² kan dan di fikir² kan balik. Kekadang dah setting mind 'kalau boleh tak nak marah² anak tanpa sebab'...'dah tak nak tinggi² suara dgn anak²', tapi tu suma hanya bisikan sahaja. Bila jer jumpa anak dan anak mula buat perangai, setting mind tadi dah hilang. Yang ada cuma amarah.
Bayangkan lah perasaan si anak tadi bila kena marah...menangis dengan muka sedih. Seharian dah duduk nursery. Bila balik rumah...nak bergurau senda dan nak manja² dengan ibu, ibu plak asyik nak marah². Ya! allah...kesian kat anak².
Anak-anak yang tak bersalah
Si rambut pacak ni tak bley marah² sebab kecik lagi...hahahahaha...
Bila anak dah bertambah ni, emosi jadi tak menentu. Cepat sangat nak marah. Mungkin sebab keletihan...seharian kerja kat pejabat, pastu nak buat kerja rumah lagi dan di tambah plak dengan masalah² lain yang tak pernah habis...hurmmmmm...
Buat anak²ku, ibu minta maaf yer sayang. Ibu sentiasa berdoa supaya di beri kesabaran yang tiada terbatas untuk mendidik dan menghadapi kerenah anak². Tiada ibu yang sempurna...tapi ibu cuba jadi ibu yang terbaik untuk anak². Kasih sayang ibu tiada yang berbeza...semuanya sama rata.
Nota: Peringatan untuk diri sendiri...hargailah permata hati kita.
Untuk renungan bersama.
Source: Genta Rasa
Dalam episod cinta, takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?
Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.
Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada… bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.
Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapeism’ tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.
Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.
Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi ‘orang lain’. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.
Pada saat genting itu tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang akan merubah pasangan kita.
Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.
Setelah berusaha sehabis daya…istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.
Buat isteri yang diuji, ambillah masa untuk bersunyi-sunyi dengan Allah.
Source: Genta Rasa
Nak hadap masalah² yang datang bertimpa² sejak akhir² nih. Masalah kerja...masalah hati dan perasaan...masalah jiwa dan macam² masalah lagi lah. Susahnya nak menjaga hati yang satu tu. Hati sendiri pon kena jaga gak kan. Hhhhhmmmmm...bilalah suma ni nak berakhir.
Peringatan untuk diri sendiri:
Janganlah bersedih wahai jiwa, sekiranya engkau beriman kepada Allah SWT, percaya kepada ketentuan qada’ dan qadarnya – hikmah tersembunyi. Jangalah bersedih wahai jiwa yang tenang, kerana bersangatan sedih itu membuatkan dirimu dinodai Syaitan. Janganlah bersedih wahai jiwa yang lara, kerana bersama engkau ialah Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya.
Dilema ibu yang bekerja, bukan harga barang jer yang naik yer uols, charge overtime kat nursery pon dah naik tau. Aku tak perasan bilanya start naik, bila nengok kat resit dah naik 50 sen. Kalo sebelum ni sejam RM4.00, skang dah naik kepada RM4.50 yer. Start charge OT pukul 6.30 pm ke atas. Tahun depan tak tau plak berapa naiknya...huhuhuhuhu...
Macam manalah nak sampai nursery on time. Asal balik jer jalan sesak. Tak der accident pon jalan tetap sesak gak. Tu belum time hujan lebat, lagi lah kesesakan nya luar biasa. Kalau jalan tak sesak pon bley di kira berapa kali dalam seminggu tu. Memang tak bley nak sampai on time pukul 6.30 pm nyer. Jarak dari office ke rumah jer dekat 30 minit...hurmmmmm...Kalau dah hari² amik lebih dari 6.30 pm, bebulan dah berapa kan kena charge OT. Tu baru 2 orang anak, kalau bertambah lagi? perghhhhh...
Skang ni nilai seratus hinggit dah tak der makna. Dalam sehari pon dah bley habis. Barang makin lama makin naik. Duit minyak lagi. Belanja harian lagi. Tapi gaji masih di takuk tu jugak. Apa² pon aku tetap bersyukur, even gaji tak tinggi mana, tapi masih cukup untuk menampung keperluan anak beranak. Hidup bersederhana adalah lebih baik. Even kekadang nak lebih dari tu. Tapi insya'allah...rezeki tu datang dariNYA, kalau ada lebih...adalah, kalau tak der, bersyukur jugak lah.
Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan ‘perjuangan’ melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”
Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berumah tangga. Bawalah hati kita berehat… dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”
Untuk diri ini...'jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan rebah…biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu'
Source: Genta Rasa
Ternyata amatlah susah untuk menjaga Hati. Dalam sujud aku menangis. Adakah tangisan ini tangisan kerana seorang hambaNya atau tangisan ini sebuah tangisan meratapi nasib diri. Yang pasti sangat rapuh hati ini dan sangat murah air mata yang mengalir.
'Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya'
'Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu'
'Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai'
'Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu'
'Kadang-kadang, Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan. Puas kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi'
Iyer...aku masih menunggu pelangi dariNYA. Masih ada harapan ker? Hanya DIA yang maha mengetahui. Doa orang² yang teraniaya insya'allah akan di makbulkan. Aku takkan mengalah dan akan terus berusaha.