posted from Bloggeroid
Dinner malam tadi. Kepenatan melampau sebab berjalan. Bila balik dah malas nak menyinggah kedai makan. Lagi pon superabah dah mula rasa tak sihat. Jadinya....kita pulang kesarang terus lah. Iman Hakimi macam biasa, kelaparan memanjang. Macam ibu dia...haha..Budak tengah nak naik kann. Nasib lah anak² jenis makan tak memilih. Makan jer lah apa ibu dia masak.
Jadi lah menu simple lagi senang. Lagi pon aku malas nak masak heavy² bila badan dah penat. Boleh gitew khenn. Healthy dinner kononnya malam tadi. Resipi pon senang jer. Atas permintaan kak jah lagi hot dan gojes ZAZA NIZAM, meh aku tunjukkan. REBUS MACARONI. DAH EMPUK, TOSKAN DAN CAMPUR DENGAN TUNA MAYONNAISE (KLO NAK PEDAS AMIK TUNA PEDAS TU). GAUL RATA PASTU LETAK JER CHEESE ATAS TU DAN LETAK DALAM PEMANGGANG AJAIB/OVEN. BAKAR SAMPAI CHEESE TU CAIR DAN TABURLAH LAH BLACK PEPPER.
Memandangkan anak² tak berapa suka sayur, nampak togel sket macaroni aku tu. Uols boleh tambah sayur. Letak broccoli, capsicum dan juga tomato. Perghhhhh...memang sedap. Boleh juga buat bekal anak² nak gi skolah/nursery.
Note: Alhamdulillah...hujan lebat semalam. Siap petir lagi. Dah lama tak dengar bunyi petir. Smoga bertambahlah air kat empangan yang semakin menyusut tu.
posted from Bloggeroid
Meh nak share resipi yang aku dapat kat FB Kak Chaq. CHEWY CHEESE ala² KFC. Weekend ni boleh lah buat yer uols. Klo nak makan kat KFC ni mahal sangat. Tak puas makan. Kalau buat sendiri lagi puas makan. Jimat sket belanja. Skang kan nak kena berjimat cermat.
Aku dah pon mencuba resipi ni. Tapi aku tak pakai keju cheddar. Macam biasa, aku kan suka menderhaka dengan resipi. Aku pakai single kraft cheese tu jer. Pon boleh juga. Tapi tak sempat nak amik gambar. Untuk 1st time trial ni, bolehlah. Menjadi lah juga. Practice make perfect khenn. Nanti nak buat lagi. Erkkkk...panjang plak bebelnya. Pada hal nak share resipi jer pon. Ok...ni resipinya:
350 gm ubi kentang yg dilecek (yg dh direbus dgn sedikit garam,toskan sampai kering airnye baru dilecek)
250 gm tepung gandum (diayak)
5 bj telur
Serbuk lada (lada berperisa Aji-Shio)
250 gm keju cheddar (kraft)..dipotong dadu
serbuk roti secukupnye
CARA
1) Potong dadu keju (ketepikan),tepung n kentang digaul sebati,taburkan dgn serbuk lada..gaul sehingga sebati(kak chaq x gune air sebab ketang dh lembut)kemudian ambil adunan sbesar guli leperkan masukka keju dn bulatkan.gaul dlm serbuk roti.
2) Pecahkan telur dlm mangkuk..pukul sedikit,kemudian masukkan 2 or 3 sudu dlm pingan,golekkan adunan yg disalut dgn serbuk roti tadi.
3) Golekkan semula dlm serbuk roti hingga betul2 tertutup adunan tadi..ulang sehingga habis adunan..dah siap blh goreng.
4) Sedia utk dinikmati...SELAMAT MENCUBE
Sumber: FB
HAVE A GREAT WEEKEND UOLS!!!
Note: Owh...Chewy Cheese aku tak berapa menjadi sebab aku terus lenyek lepas rebus tu. Kena tunggu airnya kering dulu...haishhh...
Abaikanlah rupa bebola daging yang hodoh itu. Tapi rasanya sedap hokay. Letak 5 ketul jer. Penjimatan di situ sebab nak makan berulang kan. Lagi pon buat tak banyak. Kejam kan sampai bebola daging pon nak catu...muahahaha...
Weekend haritu buat spaghetti. Requested by Iman Hakimi. Dah lama minta ibu dia ni buatkan. Tapi asyik lupa nak membeli sos spaghetti. Jadinya...ahad hari tu berlaukkan western food untuk lunch. Memandangkan cendawan dalam tin nan hado. Aku pon terfikir nak try buat Bebola Daging. Buat penambah perisa. Resipi di hujung jari khennn. Minta tolong pak cik google dan jumpa lah resipi yang simple ni.
Bahan² nya
- 400g daging kisar
- 1/2 cawan breadcrumb (atau boleh digantikan dengan 3 sudu besar tepung jagung)
- Garam (agak² lah)
- Basil Kering (jenis serbuk kasar)
- Lada sulah
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1 biji bawang besar (cincang halus)
Cara² nya
- Campurkan kesemua bahan hingga sebati
- Bulat² kan ikut saiz
- Didihkan air dalam periuk (api kecil)
- Masukkan bebola daging
- Biar hingga bebola timbul dan toskan
Senang kan. Memandangkan ada bahan² yang tak der, jadinya aku derhaka sket lah. Lagi pon aku cari resipi yang tak pakai telur sebab telur dah habis. Aku gantikan dengan tepung jagung. Lada sulah plak aku letak lada hitam. Basil pon tak der. Senang kan. Nanti nak buat lagi. Nak buat banyak². Nak goreng boleh, nak bakar pon boleh.
ImanQahirahQhalif memang suka makan spaghetti. Bertambah² dorang makan especially kimi. Siap puji melangit...'pandainya ibu masak', 'sedapnya ibu masak', 'nanti masak macam ni lagi yer ibu'. Amboiiii...kalau tak puji tu maknanya ibu masak tak sedap lah yer...hehehe...
Note: Seronok jer bila anak² puji masakan kita. Seronok jer tengok bila anak² berselera makan masakan kita.
Gulai Ikan Tempoyak di gandingkan dengan Ikan Masin. Makan plak dengan nasi panas² campur dengan kicap. Memang lah mantop wei. Dua lauk ni jer dah cukup. Sambil taip sambil kecur liur membayang kan lauk yang aku masak weekend baru nih.
Tempoyak ni datangnya dari Kampung Gajah, Perak yob. Opah dan Mak Mertua terchinta yang bagi. Ada banyak lagi kat umah tu. Jadinya....masakan berasaskan tempoyak lah jawabnya yob. Nanti nak buat Tempoyak Ikan Bilis plak. Pon sodap kan. Terbayang sudah...muahahaha...
Terlebih rajin plak haku weekend tu. Buat spaghetti. Pastu buat homemade Meatball lagi ko. Rajin tak rajin lah khenn. Kimi asyik request nak spaghetti jer. Cendawan dalam tin nan hado, Jadi nak tambah penyedap. Buat lah meatball dengan penuh kasih sayang. Sodap plak tu. Nanti mak kongsi resipi meatball yang simple lagi senang yer noks.
Note: Dah lama tokey pulut mangga tak bukak gerai. Mengidam dgn pulut mangga dia yang sedap dah ni,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
posted from Bloggeroid
Simple menu untuk dinner malam tadi. Kebetulan sotong dah siap siang. Tinggal nak masak jer. Tu yang cepat sket siap. Nak buat sambal, asyik sambal jer. Trus google resipi yang berasaskang sotong. Semua dihujung jari katakan. Ok...jumpa menu yang simple ni. SOTONG MASAK LADA HITAM.
Tadaaaaa...kejap jer dah siap. Menu simple katakan. Orang macam aku ni memang suka resipi yang simple². Cepat dan mudah. Kebetulan bahan² suma ada. Cuma aku derhaka sket ngan resipi bila daun bawang di ganti dengan daun sup. Nampak cantik sket kalernya. Nak resipi? Nah...salin ni:
Bahan A :
- 300 gram sotong - dipotong kecil
- 1 labu bawang besar - dipotong gelang
- 3 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
- 1 biji tomato - dipotong 4
- Daun bawang - dipotong 1 inci
- Garam - sekiranya perlu
Bahan B (Bagi Menumis) :
- 3 ulas mawang merah
- 2 ulas mawang putih
- 1 tangkai cili merah
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
- Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam.
- Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato. T
- Tutup api dan taburkan daun bawang.
- Sedia dihidangkan.
Resipi dari: MR. MAMA
Dah salin? Jangan lupa masak tau. Boleh juga diganti dengan daging, ayam, udang dan ketam. Rasanya...perghhhhh...memang terbaik. Makan plak dengan nasi panas². Terangkat babe sebab panas dan pedas. Habis lah lauk ngan nasik seperiuk untuk 5 beranak ni makan malam tadi. Next time boleh repeat lagi Sotong masak lada hitam ☺☺
Note: Hari² fikir pasal masak sampai dah tak tau nak masak apa.
posted from Bloggeroid
Cewahhhh...tajuk tak bley tahan. Memanglah masak dengan penuh kasih sayang kan. Barulah makanan tu jadi sedap. Macam didalam gambar tu. Amacammmmm...nampak sedap tak? Tapi memang sedap ditekakku dan anak².
Terima kasih buat Ina Intan Berlian diatas resipi yang senang dimasak dan sedap dimakan. Memang simple jer resipi nya. Selalu juga aku buat. Tapi kali ni tambah kentang dan carrot. Resipi yang ina bagi tu pon aku oleh sket. Ikut tekak memasing lah kan. Resipi nya:
BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + KIUB PATI AYAM + LADA HITAM + GARAM = KISAR.
SOS LADA HITAM + MADU + AYAM = PERAP DENGAN BAHAN² YANG DI KISAR. TERPULANG NAK PERAP BERAPA LAMA.
Nampak...senang jer kan. Aku tak letak sos BBQ sebab tak der. Lada hitam plak aku kisar sekali sebab mak malas nak tumbuk noks. Sebelum letak bahan untuk perap tu, aku lumur dulu ayam dengan madu. Jadi nya tak payahlah letak gula sebab madu tu dah manis. Terpulang juga sama ada uols nak bakar dalam oven atau tak. Aku pakai PEMANGGANG AJAIB jer. Memang ajaib ☺☺
Tadaaaaa...inilah hasilnya...ROASTED CHICKEN WITH GRAVY. Aku kasi berkuah sket. Tak suka sangat kalau kering. Masa tengah memanggang tu. Perghhhh...bau dia sampai qahirah cakap 'hurmmmm...sedapnya bau'...Makan plak dengan nasi panas. Bertambah² makan. Memang anak² suka lah. Mekasih Ina sebab berkongsi resipi ni. Uols mesti cuba tau. Kalau nak resipi asal, klik jer link merah tu.
Note: Teringin nak buat kek. Tapi tak terbuat lagi. Rajin print resipi jer.
Semalam adalah sangat multi-tasking. Tapi rasanya hari² adalah multi tasking buat ibu beranak 3 ni ha. Semalam masa tengah buat preparation nak masak, mertua call nak datang. Dah rindu sangat dengan cucu². Dah lama tak balik since hubby ada class every weekend. Nasib baik lah dorang baru nak gerak. Aku pon apalagi kan...puffttttt...sepantas kilat lah buat kerja kan.
Dengan keadaan rumah yang agak bersepah. Dah ada anak kecik² ni. Baru jer kemas dah bersepah balik. Fening jap...mana nak buat dulu nih? Sambil masak sambil mengemas...vakum segala sampah sarap dan habuk. Rumah aku ni cepat berhabuk. Pagi vakum petang dah berhabuk balik. Musykil juga apsal lah cepat sangat habuk ni datang.
Tengah mengemas, anak dara buat onar, melabur lah plak...haisshhhhh...ibu nak cepat nih.
Ngam² siap mengemas, dapat masak satu lauk dan settle kan anak dara tu, mertua pon sampai. Phewwwwww...sempat pon. Cuma nak masak nasi jer. Kejap pon kan.
Masak simple jer smalam. Sambal tumis ikan bilis, telur masak kicap di tambah dengan sambal belimbing hitam. Kalau bagi tau sehari sebelum tu, mungkin bley masak special sket kan, Tapi mertua aku ni sempoi jer. Tu yang best ☺☺
Betul² SUPERMOM lah. Aku lah tukang masak, tukang kemas, tukang mandi anak², tukang basuk berak anak², tukang buat susu anak, tukang menghasilkan susu anak...ahaks..., tukang layan anak², tukang basuh kain, tukang sidai kain dan macam² tukang lagi lah. Hebat kan...SUPERMOM yang multi-tasking. Kita memang ibu² yang hebat.
Note: Sponsored post tak submit lagi nih...arghhhh...
Extra Note: Busy tak habis²...mencuri masa sket.
Lawanya sudah semestinya lah Ikan Masin kan.
Amacam...terliur tak? Saja nak bagi uols terliur pepagi nih. Hasilnya tak mengecewakan. Sedap dan cukup rasanya...masam, masin, manis dan pedas. Makan plak dengan ikan masin...perghhhhhh...mantop wei. Sebab yang tukang masak tu pandai masak...ekekeke...Siapa pernah makan daging rusa? Ni 1st time saya makan daging rusa. Rasa nya sama macam daging lembu gak.Malam tadi dengan gigihnya daku masak daging rusa nih. Kang kalau dah lama terperap tak sedap plak kan. Dapatnya masa raya kurban aritu.
Balik kerja terus singgah kedai. Petang semalam kan hujan lebat dengan angin kencangnya. Perghhhh...mak redah gak noks...berpayung dengan anak bujang tu. Sanggup tak sanggup lah kan semata² demi nak masak daging rusa nih. Habis basah.
Sampai umah layan anak dulu sambil perah susu *itu pon nak tulis ker...hahaha...*. Pastu trus ke dapur. Sambil masak sambil tengok anak. Sampai anak masuk bawah katil pon tak sedar. Ingatkan dia tido sebab saya tidokan si rambut pacak ni dulu. Sekali tak tido...haishhhhh...
Seronok main bawah katil yer
Kesudahannya...pukul sepuluhlebih baru habis masak. Bukan tak efficient. Kan dah tulis tadi...sambil masak sambil jaga anak, acaner tu? ^_^. Maaf lah kalau ada yang mengidam tu. Kalau nak, kat umah ada lagi daging rusa. Meh datang umah meh ☺☺☺. Saya jamu kamu dengan daging rusa.
Note: Saya terjah umah kamu slow² yer. Banyak keja plak pagi nih.
Tapi sedap...hahaha...sendiri masak sendiri puji. Erk...anak bujang mak yang puji yer uols. Tang mana yang sedap pon tak tau lah. Mungkin masak dengan penuh ikhlas dan kasih sayang, tu yang lagi sedap kan. Citernya...dah dua tiga hari ni saya asyik dok baca pasal sosej roll kat SINI, SINI dan kat SINI. Erk...tak boleh jadi nih. Resipi pon simple gila jer. Bahan² pon dah ada.
Seperti biasa, kalau amik kimi dari sekolah jer ayat dia mesti, 'ibu...kita lapar lah'..'ibu, kita lapar sangat nih'..'ibu, perut kita berbunyi lah'. Ya ampun, naik berbulu telinga ku mendengarnya. Nak kata tak makan kat skolah, hari² makan. Tapi kan, budak lelaki memang kuat makan lah >_<.
Sampai jer umah...zasssss...susukan si qhalif dan qahirah dulu. Dah kenyang baru bley masak kan. Eh...memang kejap jer lah buat sesoj roll nih,. Tapi klo letak bread crums lagi sedap. Tak sempat nak buat bread crums. 'Seumur hidup aku, ini yang pertama'...cewahhh...1st time buat uols. Senang bangat rupanya. Lepas ni tak payah nak beli² lagi. Buat sendiri lagi jimat. Yang bestnya uols, mak leperkan roti tak pakai penggelek tau, pakai botol susu sajork. Penggelek nan hado...hehehe...Settled suma terus bagi anak² makan.
Makan time. Seronok tgk anak² makan dengan penuh selera >_<.
Biasalah kan, bila orang dah excited buat...hamik ko...terus buat stok sosej roll. Tunggu nak goreng jer. Makanya...malam tadi dinner sosej roll anak beranak...wakakaka...nasiblah.
Note: Tensi...tensi...blogspot buat hal lagi ker? Dari smalam bloglist tak kluar. Nak komen kat blog kawan² pon tak boleh...cissss...
Kalau dah teringin sangat, sanggup buat tu. Seumur hidup, inilah pertama kali buat buah melaka. Menjadi plak tu. Ntah tetiba teringin plak nak makan buah melaka. Selalu klo jumpa orang jual kuih nih, memang aku beli. Tapi bila beli biasalah kan, sepeket seringgit ada 5 biji. Saiz plak...alahaiiiiii...cikinot jer, pastu inti tak terasa sangat, tak puas makan rasanya.
Ntah tetiba semangat nak buat buah melaka ni berkobar² plak. Resipi pon senang bangat. Balik kerja trus singgah kedai cari bahan². Petang semalam gak buat sebab teringin nak makan. Aku tak pakai bahan pewarna, tapi pakai pewarna asli lagi uols. Siap blender daun pandan nak dapatkan warna hijau dan bau yang wangi. Gigih tak gigih lah mak buat buah melaka ni ☺☺☺.
Seronok plak tgk buah melaka ku menjadi, makan plak time panas²...perghhhhh...mantop. Puas makan sebab sendiri buat kan. Hamik ko...beso² aku gentel. Inti gula melaka pon beso² gak.
Balance tepung yg dah diuli pon ada lagi, petang ni bley buat lagi. Si dia pon suka ☺☺.
KEK apa? KEK Batik Coklat jer uols...ekekekekeke...Kek gak kan. Kek paling senang nak buat. 1st time buat tu. Kek untuk bekalan pagi nih yang tertinggal kat umah. Cadangnya nak buat masa raya aritu, tapi tak terbuat-buat. Tetiba petang semalam semangat datang berkobar² secara tiba². Kebetulan bahan² suma dah ada.
Petang smalam balik umah trus ke dapur. Gigih tak gigih lah, tapi bagi perut anak² kenyang dulu. Kalau ikut resipi, untuk 1 kg nyer kek batik coklat. Tapi aku tak der lah buat sekilo. Untuk 1st time ni buat sikit jer. Sukatan resipi pon agak² jer. Ikut ISA...Ikut Suka Aku...muahahahaha...
Akhirnya....menjadi gak kek batik coklat ku. Tapi tak seperti dalam gambar di atas yer...hehehehehe...Aku nyer seperti di bawah lepas dah siap potong:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Amacam...buruk kan ☺☺. Buruk pon buruk lak noks janji sodap (*memang sedap pon ☺☺). Kira ok lah untuk percubaan pertama...menjadi gak. Practice make perfect kan. Next time buat kasi kemas sket.
Sebenarnya biskut tu kena susun satu per satu dalam loyang. Baru nampak cantik. Tapi semalam plastik nan ado utk alas dlm loyang, letak dalam Tupperware jer. Tu yang aku patah² kan biskut tu. Silap teknik ah smalam. Tu yang nampak selekeh sket. Tak per...next time bley buat lagi ☺☺
Nak resipi ker? Ala...google jer, berlambak kluar resipi kek coklat batik nih. Ada resipi yang simple dan ada juga resipi nya yang agak remeh. Tapi resipi yang aku jumpa ni memang simple dan senang nak buat. Lepas nih nak try buat brownies plak. Pon senang gak resipi nya. Nak cari grease proof paper dulu.
Tu dia...bila semangat sudah datang, macam² kek kalau boleh nak buat ☺☺☺
Semalam adalah hari cuti memasak bagi aku...hehehehe...Hubby bermurah hati nak masak lauk untuk berbuka. Al kisahnya....
Pagi smalam terlepas sahur. Sedar² jer dah pukul 6.30 am. Nak sahur amendanya kan. Nak nangis pon ada. Dahlah anak menyusu. Bley ker bertahan sebab tak makan and minum. Cuma tgh malam aku masak maggi, teringin plak nak makan maggi, tu jer lah buat alas perut. Slalu memang tak pernah terlajak sahur. Kalau lambat pon masih sempat lagi minum air. Tapi nih tak makan apa langsung. Fikir positive jer lah. Insya'allah bley bertahan nyer.
Tugas aku smalam hanya potong sayur jer dan basuh pinggan mangkuk. Selebihnya hubby yang buat.
Masak pon simple jer. Sayur kangkung masak taucu ngan Ayam Goreng Kentucky...kentucky lah sangat kan...ekekekeke...Ok lah tu, simple tapi sedap. Mekasih abang, tolong masak. Next nak masak apa plak...muahahahahaha...
Alhamdulillah, berjaya gak posa penuh. Dah lah anak dara asyik nak ngempeng jer. Memang terasa sangat lah letih bila ibu menyusu berpuasa tapi tak sahur.
Gara² kehabisan gas petang smalam. Semangat nak memasak bukan main lagi. Terbayang telur goreng masak sambal dan sayur kobis gereng kicap. Sekali petik² api, nan ado apinya. Uuuwwaaaaaa...hubby plak balik keja tertidur kepenantan. Cakap sekali 'abg...gas dah habis', tapi tak der respond malas lah aku nak ulang² lagi kan.
Petang smalam adalah bukak posa paling sadis. Minum nestum, makan beberapa biji kurma ngan kepek tempe saja. Nasib ada kettle letrik buat jerang air masak. Lepas isya' baru gi kedai makan.
Citer pasal sahur. Slalunya untuk bukak posa memang aku akan masak nasi and lauk lebih. Boleh makan untuk sahur skali. Memandangkan smalam tak masak, kalam kabut sket ah pagi nih. Kebetulan anak dara bangun nak nenen. Nenen punya nenen skali bangun dah pukul 5.15 am. Nak masak apa kan kalau dah tinggal banak yu jer masanya. nasi pon tak masak lagi. Kesudahannya...makan maggi jer lah...huhuhuhu...
Harap bley bertahan sampai bukak posa lah. Iyerlah...ibu menyusukan, bulan² posa pon aktiviti mengepam tetap jalan. Memang tak pernah tak makan nasi untuk sahur. Kalau lepas pam tu memang terasa gak lah tahap kelaparan yg amat sangat. Ni makan maggi jer pagi nih...tak tau lah macam mana lepas pam nanti. Jangan gigil² sudah lah.
Smoga puasa hari nih di permudahkan olehNYA.
Alhamdulillah...dah masuk 5 hari kita berpuasa. Kejap jer kan. Sepanjang bulan puasa nih, aku masih belum jejak PARAM @ Pasar Ramadhan lagi. Masih di beri kekuatan untuk memasak walaupon dalam keadaan yang kelam kabut...alhamdulillah.
Menu Ramadhan 1 - 4:
1- Ayam Masak Merah + sayur campur + Budu
2- Sambal Tumis Ikan Bilis + Sayur Petola
3- Ikan Masak Kicap + leftover sambal tumis ikan bilis
4- Sardin Ayam Brand + sayur kobis
Simple jer. Gambar nan ado lah. Kang kalau tepek terliur plak uols nengok...hehehehe...Memang tak terbuat lah kalau aku sorang yang masak kan. Semua nih takkan berjaya tanpa bantuan hubby terchenta. Aku siap² kan bahan, hubby yang tolong masak with my supervision lah kan.Ada gak yang aku masak.
Syukur sangat² sebab hubby ringan tulang, Iyer lah...dah 2 anak nih kan. Memang tak terkejar kalau buat sorang². Tambahan lagi anak dara tu mengacau. Kejap² ker dapur, pastu nak nenen...haihhhhh...penat jangan cakaplah.
Kalau nak gi Param, lauk pauk belum tentunya sedap. Harga pon mestilah lagi mahal daripada biasa. Biasalah, tiap² tahun mesti naik harga nyer lah. Petang smalam degar radio pon pembeli dok merungut harga makanan kat Param melampau² harganya, macam tak masuk akal pon ada...hhhhmmmmmm...Kalau harga makanan setimpal dengan kesedapannya tak per lah kan. Ini dah lah mahal, pastu tak sedap plak tu. Memang menganiaya pembeli namanya tu.
Masak sendiri jer lah lagi afdhal, even kekadang tak rasa apa, janji puas hati...yer tak ☺☺☺. Nak masak apa plak petang nih erk...hhhmmmmmmm...
Gigih buat pizza plak pagi nih. Tak der roti pizza, roti gardenia pon jadilah noks. Simple dan senang sangat nak buat sebab oven yang bakar kan.
Resipi pon simple jer. Sapu roti dgn mayonaise and cili sos. Letak sayur campur ngan hot dog, pastu tabur kan jer cheese kat atas tu. Tak nak hot dong tukar kan ngan tuna sekali ngan hirisan bawang holland. Bakar dlm 5 minit...siap...