posted from Bloggeroid
Pejam celik pejam celik. Anak soleh ibu ni dah makin bertambah bulannya. Kejap jer dah 17 bulan. Rasa macam baru jer lagi ibu lahirkan awak dik. Masih lagi berhutang dengan kawan² ibu pengalaman ibu melahirkan awak. Pengalaman melahirkan yang cukup² mudah dan senang. Alhamdulillah...
Syukur padaNYA sebab Qhalif yang soleh membesar sebagai anak yang sihat. Makin banyak akal, banyak ragam dan banyak mulut. Anak yang senang dijaga.
Dan akhirnya...saat yg ibu tunggu² muncul juga bila qhalif yg bijak dah boleh jalan. Di usia setahun 4 bulan baru dapat kaki. Excited bila dah bley berjalan yer dik. Memanjat jangan cakap lah. Expert dah.
Alhamdulillah...qhalif yang soleh lagi bijak masih fully breastfeed. Aduhaiiii...moment yg sangat indah bila kita dpt breastfeed anak. Bonding ibu dan anak. Tangan comel yg suka merayap2...kat badan, kat muka ibu ni, mulut, pipi dan sampai hidung ibu pon nak dikoreknya. Punyalah asyik nyonyot kan. Ada 7 bulan lagi dik utk ibu capai misi 2 tahun.
Note: Bersiap sedialah utk dicucuk yer qhalif :-)
posted from Bloggeroid
Teleng ibu nak tengok gambar ko abam
My handsome boys yang banyak akal, yang banyak cakap dan yang banyak ragam.
Si abang tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Dah tak sabar2 dah tu. Si adik...kejap jer dah setahun setengah. Alhamdulillah dah boleh berjalan. Setahun empat bulan uols baru dapat kaki. Tu tengah excited, asyik merayap jer...hehehe...
Arghhhh...tak sabar nak balik. Hari2 rasa tak sabar. Dan hari2 jugalah hilang kesabaran dengan kerenah mereka ni...hurmmmmm...Apa pon ibu tetap sayang anak2 ibu hingga hujung nyawa :-)
posted from Bloggeroid
Sebelum ni tak lepas lagi nak memanjat. Tapi skang ni dah pandai. Yang lawaknya...panjat pandai, turun tak lepas lagi. Macam dalam gambar ni >_<.
Kisahnya...si ibu tengah khusyuk menonton cerita kat TV. Sekali dengar si anak terjerit²...merengek². Si ibu pon buat tak tau jer lah. 'Alahhhh...kejap jer tu, nanti diamlah', kata hati si ibu. Tetapi...jeritan dan rengekan masih terngiang². Makin kuat pulak tu. Si ibu pon bangun lah dari pembaringan. Sekali.....si anak tengah bergayut dekat grill tu. Meminta belas kasihan sebab tak confident nak turun....wakakakakakaka...si ibu gelak guling² sambil capai camera. Dasar blogger tegar kan. Kita amik gambar dulu baru bagi bantuan...hehehe...Phewwwwww...lega si anak ☺☺☺
Kalau panjat kerusi, qhalif boleh turun sendiri. Tapi kalau panjat grill tu, tak lepas plak dia. Tak apa yang digayatkan nya pon aku tak tau. Dah tau tak boleh turun, tapi masih panjat juga...alahaiiiii...Aku rsau pon iyer juga. Kena bagi extra attention. Setakat memanjat pastu duduk tu ok lah kan. Tapi bila dah memanjat, tak reti nak duduk diam. Nak buat aksi terjun bebas pon ada juga. Rasa macam nal letak tilam satu rumah.
Note: Kalau tinggal aku ngan anak², rasa nak gi toilet pon tak tenteram di buatnya bila anak dah pandai memanjat nih...hurmmmmm...
'Ibu...saya tengah merajuk ni, cepat pujuk'
Hehehe...gelagat anak bujang tecik nan sorang yang makin bijak dan banyak akal (>_~). Kisah ahad lepas. Ibu dia sibuk uruskan abang dengan kakak. Suapkan mereka nasi lemak hasil tangan ibu. Suruh kimi makan sendiri...tak nak. Nak ibu suap juga. Anak dara bijak tu pulak nak makan sendiri, tapi separuh jalan. Selebihnya ibu suap juga.
Qhalif pon makan juga, tapi tak banyak. Bila ibu tak layan dia...mulalah merengek. Nak susu gantung pon iyer juga, tak menyabar kan. Ibu buat tak tau jer. Tetiba senyap... tercari²...mana plak anak bujang tecik ni. Sekali...duduk bawah meja ko...ekekeke...tergelak² mak noks dengan qhalif ni. Duduk diam dalam tu. Bila aku intai, mulalah cembeng...alahaiiiii...siannya dia.
Geram dengan budak botak ni. Makin botak makin cheeky ☺☺. Cemburu pulak tu. Kalau kakak/abang baring sebelah ibu. mulalah datang nak menyelit...haishhhh...Tak sabar nak tunggu qhalif jalan. Gigi pulak masih 6 batang...tak berganjak. Tapi nampak gusi bawah tu ada putih². Nak tumbuh gigi lah tu.
Note: Petang smalam badan qhalif dedar2. Alhamdulillah...pagi ni dah ok. Harap² tak demam lah.
Sangat lah indah kan sebab dapat tengok anak membesar dengan sihat dan bijak. Mencabarnya bila anak tengah dalam fasa pembelajaran dan sangat lah aktif.
Pagi² dah kena posing ☺☺
HAPPY 11 MONTHS OLD IMAN QHALIF
12 March 2013, genap 11 bulan usia anak bujang ni. Makin meningkat usia makin banyak lah akal dan perangai nya kan. Di usia 11 bulan ni:
- Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya
- Dah pandai merangkak...akhirnya
- Dah pandai duduk sendiri...alhamdulillah
- Berdiri dan berpaut tu biasalah. Masih belum boleh jalan lagi
- Kuat menggigit
- Picky eater...haishhhh...ibu masak tak sedap ker dik.
- Pandai angkat tangan kalau panggil nama 'Iman Qhalif'
- Suka mengutip...adooiiiiii...
Itu lah antaranya. Badan pon agak susut sket. Mungkin sebab aktif dan lasak kot. Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan.
Note: Tak makan lagi karipap lori tu. Boleh plak aku lupa nak bawak balik...cissssss...nasib member office tak balik lagi. Minta tolong letakkan dalam peti ais.
HAPPY 10 MONTHS OLD IMAN QHALIF
How time flies. Masa berlalu dengan begitu pantas. Genap usia Qhalif yang bijak 10 bulan pada 12 February 2013. Alhamdulillah...Membesar bagai johan. Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya.
Akal pon makin panjang, makin bijak dan makin lasak. Suka menjerit dan membebel. Suma benda nak masuk dalam mulut. Dah tak bley nak letak dalam bouncer tu, dia akan keluar sendiri. Tak pon dia akan berdiri. Semput mak noks tengok aksi anak bujang nih yang kekadang unexpected. Masih tak merangkak hokey, tapi advance nak berdiri. Berpaut kat meja, kat kerusi, kat kabinet tv dan kat badan ibu dan abah dia nih.
Balik petang semalan masa tengah breastfeed, terperasan kat kepala qhalif benjol. Bukan benjol sikit tapi benjol beso tu. Pagi ni lupa plak nak tanya bebudak nursery tu, Ni mesti terhantuk atau terjatuh nih...haishhhhh...aku klo bab² yang membabitkan kepala ni risau sikit. Iyer lah...budak tengah lasak kan. Perhatian kena bagi lebih sket.
Note: Mood ke laut.
HAPPY 9 MONTHS OLD IMAN QHALIF
Rambut kembali pacak ☺☺
How time flies, 12 January 2013...9 bulan berlalu begitu pantas. Kejap jer umur anak bujang tecik yang baik ni meningkat. Tak lama lagi nak jadi toddler dah. Haishhhhh...
Development sepanjang 9 bulan nih. Alhamdulillah...membesar dengan sihat macam bayi² lain yang seusia dengannya juga. Antaranya:
- Masih mendapat khasiat SUSU IBU, syukur alhamdulillah
- Kuat menyusu
- Mangesot dengan jayanya tapi masih belum merangkak
- Suka memanjat...nak berdiri gamaknya.
- Suka menggigit
- Suka mengutip...alahaiiiii....
- Membebel dan menjerit
- Suka bergurau
Ok...sebahagian darinya. Risau pon iyer gak sebab masih tak merangkak lagi. Tapi tu lah, development lain² kan #sekadarnaksedapkanhatisendiri.
Note: Anak beranak di serang batuk.Dah macam pass baton...sorang batuk suma batuk.
HAPPY 8 MONTHS OLD IMAN QHALIF
Rambut dah tak pacak ^_^
Cantik kan tarikh hari ni. Tertanya² juga ada yang menarik ker untuk tarikh hari ni? Rasanya macam ada. Baru teringat yang anak bujang tecik nih dah 8 bulan hari nih. Bersamaan dengan 12 December 2012 ☺☺..haishhhhh...ibu ni makin pelupa lah.
Setakat 8 bulan ni Qhalif masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya...syukur alhamdulillah...Berkat kesabaran, doa yang tak putus supaya di banyakkan SUSU IBU serta dengan kehendak dan izin dariNYA juga. Semoga misi nak Fully Breastfeed Qhalif hingga 2 tahun tercapai, in shaa allah.
Perkembangan pon seperti bayi² lain yang seusia dengannya. Membesar bagai johan. Meniarap dan berguling² satu rumah adalah hobi dia. Merangkak baru selangkah. Asyik angkat punggung jer lebih. Makan plak masih lagi kurang. Lebih kepada susu. Badan pon agak susut sikit. Mungkin sebab tengah lasak. Nak pakaikan pampers ngan baju pon susah skang nih. Pastu suka sangat lentikkan badan. Kalau dukung kena pengang belakang badan dia. Kalau tak...melentik lah. Nak gurau² lah tu kononnya ☺☺
Ok...yang ni sariau sikit. Qhalif dah tumbuh gigi. Nak masuk 2 batang dah. Alahaiiiiii...cepat pulak kamu tumbuh gigi. Abang ngan kakak dulu lambat tumbuh. Bila dah tumbuh gigi tu faham² lah kan. Nak menggigit jer lah kerjanya. Sambil gigit sambil sengih. Habislah...melecet lah nip ibu macam ni dik.
Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bijak pandai.
Nama: Qahirah Bt Husaini
Umur: 2 Tahun 2 Bulan 4 Hari
Hobi: Minum susu ibu, Memanjat, Kacau Abang dan Adik
Tagline: Comel tak saya...Comel kan ^_^
Comelnya. Anak siapa ni...muahahaha...Dah lama tak citer pasal anak dara the super duper active nih. Asyik citer pasal adik qhalif jer kan. Tak aci ibu ni tau.
Alhamdulillah...membesar bagai johan. Masih mendapat khasiat susu ibu walaupon minum susu formula. Malah lagi over dari adik kekadang. Pertuturan pon dah makin banyak. Ada yang ibu faham dan ada yang ibu tak faham. Iyerkan sajalah. Suka sangat mandi. Dalam sehari tu lebih dari sekali lah dia mandi.
Owh...anak dara ni sangatlah aktive. Ada jer kerja nya. Memanjat, memunggah, mengusik abang, adik dan ibu dia ni pon di usiknya. Pendek kata tak reti duduk diam lah. Kat dinding rumah tu pon dah ada wallpaper made by qahirah. Meja makan kat rumah tu memang tak der kerusi, hanya tinggal meja saja sebab kerusi dah di simpan dalam bilik. Asyik memanjat sampai jatuh. Tu pon tak serik². Kalau diam pon time minum susu dan tidur. Kalau qahirah tidur memang rasa aman sikit lah...ekekeke...
Pastu kan, anak dara ni suka ber-eksperimentasi. Ada jer benda yang nak di eksperimenkan. Contoh...kalau makan nasi. Dicurahkan air milo/air masak kat dalam nasi tu, pastu makan. Mak fening noks...gasak ko lah nak, asalkan ko diam. Speaker radio plak ntah amenda di masukkan kat dalam lubang tu. Bila dengar radio adalah bunyi² yang membingitkan telinga. Dan yang lagi tak tahan, qahirah ni suka buat ekspresi muka. Kalau dia bercakap siap dengan kening terangkat, dengan mata di bulatkan macam membayangkan keterujaan dia pada sesuatu yang dia nak tahu.Memang lawak lah. Dialah penghibur kat umah tu selain dari abang dan adik.
Sedang ber-eksperimentasi
Nak tolak jugak...layan.
Anak dara mak ni peramah noks, especially dengan LELAKI. Di ulang...LELAKI. Kalau dengan perempuan nak kena warm up dulu. Kalau nampak budak lelaki atau jejaka siap di pandangnya pastu say 'Hai' sambil sengih². Owh my lil princess...naughty tau. Kalau dah beso nanti jangan buat macam ni. Memang ibu cubit lah nanti. Ok...itu jer lah perkembangan anak dara ku buat masa nih. Semoga membesar sebagai anak yang mendengar kata, anak yang solehah dan bijak pandai...amin...In Shaa Allah...
Note: Tahniah buat Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan Laos dengan 4-1. Sabtu ni kena berjuang habis-habisan untuk menundukkan indonesia, bukan calang² pasukan tu.
HAPPY 7 MONTHS OLD IMAN QHALIF
Cheeky face...ejek ibu erk ^_^
Hari ni bersamaan 12 November 2012...genaplah 7 bulan usia IMAN QHALIF si rambut pacak. Alhamdulillah..membeasar bagai johan dengan berat 7.02 kg. Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya, syukur. Bekalan SI pon dah bertambah...4 botol x 5oz Smoga urusan nak menyusukan Qhalif sehingga usia 2 tahun tercapai dengan kehendak dan izinnya...insya'allah.
Perkembagan qhalif pon alhamdulillah. Macam baby² lain yang seusia dengannya. Meniarap pon dah pro...berguling sana sini sampai masuk bawah katil. Ciri² nak merangkak tu masih dalam proses. Dah mula makan solid food. Tapi apa yang saya perhatikan, qhalif macam tak berapa suka makan lah, lebih kepada menyusu.
Owh...hobi baru qhalif skang ni dia suka sangat sentilkan lidah tu (mcm dlm gambar), ker jelirkan lidah erk? Arghhh...mana² lah ☺☺. Sambil sentil/jelir sambil senyum. Geram betul nengok tau. Nampak sangat naughty bila dia buat macam tu. Lasak pon bley tahan gak, especially bila nak pakaikan pampers. Alahaiiiii...berguling². Susah btul nak pakaikan dia pampers skang nih. Pastu kan, anak bujang ni suka termenung...hahaha...kecik² dah pandai termenung. Ntah apa yg di menungkan pon tak tau lah.Dan lagi...lately pepagi lagi dah bangun. Pukul 6.00 am dah....gugugagagugugaga....main sesorang. Ok lah kan...tak nangis pon. Good boy ^_^.
Itu jer lah buat masa nih. Citer lebih² nanti ada yang kata over plak kan...ahaks...Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bijak pandai.
Note: Tangan qhalif dah pulih sepenuhnya. Selsema dan batuk pon dah beransur sembuh...alhamdulillah. Berkat susu ibu dan dengan izinNYA juga. Hati ibu gembira bila tengok anak sihat dan ceria (^_^)
Sepatutnya buat entry ni semalam. Tapi sumpah...mak lupa noks semalam 12 september 2012...cis. Banyak sangat memikir kan, sampai lupa tarikh smalam...ahaks..
Alhamdulillah...semalam genap usia qhalif 5 bulan. Alahaiiii...cepat nya masa berlalu. Rasa macam baru jer bersalinkan qhalif. Tup...tup...dah 5 bulan dah usia anak ibu nih.
Masih mendapat khasiat susuibu sepenuhnya, syukur alhamdulillah. Malah makin bertambah permintaannya. Kalau sebelum nih aku bagi 3 botol perahan SI bersamaan dengan 15 oz sehari. Tapi skang ni nak kena tambah lagi sebotol. Maknanya 4 botol = 20 oz. Susu dalam freezer pon nak berkurangan dah. Kena up kan pumping session lagi nih...huhuhu...
Perkembangan pon alhamdulillah. Dah boleh meniarap. Skang ni dok angkat punggung plak. Nak merangkak ker nak ooiiii...sabar dulu yer. Step by step. Suka sangat tengok abang dan kakak bermain. Nampak sangat muka teruja dia tu...macam nak join sekali >_<. Nanti dulu yer, tunggu beso sket.
Rambut maintain pacak ☺☺
Senyum jerlah keja dia...baby yang murah dengan senyumam, ker baby memang kerja dia senyum memanjang...ekekeke...gasaklah. Yang pasti, you melt my ibu heart lah baby bila tersenyum.
Ok...lepas ni ibu kena buat preparation untuk your 1st solid food...yeayyyy...sebab si qhalif pon dah mula menunjukkan tanda² nak makan. Tapi kena tunggu bila dah 6 bulan nanti. Sikit jer lagi yer baby. Sabar tau.
Note: Bila anak dah start makan nanti, mulalah pening kepala fikir pasal menu...hurmmmm...