Rakyat Malaysia amat gemarkan cili dan tuna. Ayam Brand™ kini menggabungkan dua bahan ini di dalam rangkaian Cili Tuna terlarisnya, untuk memberikan para pelanggan hidangan tuna yang hangat. Cili Tuna Ayam Brand™ ini didatangkan dalam tiga tahap kepedasan iaitu Light, Original dan yang paling terkini, Fire-Hot
Ayam Brand™ merupakan jenama terkenal di Malaysia dan kebanyakan negara di Asia Tenggra sejak 125 tahun dahulu. Jenama ini dikenali dengan barisan makanan bertin yang berkualiti tinggi, lebih sihat dan mudah, tanpa bahan pengawet dan tiada MSG tambahan. Kempen ‘We Care, We Are Family’ Ayam Brand™, mendorong jenama sukaramai ini menghasilkan produk Cili Tunanya yang paling pedas setakat ini untuk rakyat Malaysia yang menggemari cili dan tuna.
Tuna kaya dengan Omega 3, yang merupakan asid lemak yang diperlukan untuk badan agar berfungsi dengan lancar, namun demikian asid lemak ini tidak dihasilkan dalam tubuh kita. Ia memainkan peranan penting dalam membantu otak berfungsi serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Isi ikan tuna seperti dalam Cili Tuna Ayam Brand™ mengandungi protein rendah lemak, menjadikannya amat sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan. Ayam Brand™ juga memastikan kualiti tuna yang disediakan mematuhi peraturan keselamatan makanan antara yang terketat di dunia.
Ayam Brand™ Cili Tuna Fire Hot mempunyai tahap kepedasan lima cili yang mampu membuat penggemar cili yang paling tegar menitiskan air mata kegembiraan! Hati-hati, Fire Hot memang teramat pedas dan amaran ini juga telah dicetak pada tin tuna ini! Harap anda tak salah pilih tin sebab kalau salah pilih buat buat anda menangis kepedasan.
Untuk kepedasan tahap tiga cili, Cili Tuna Original sememangnya pilihan yang tepat. Untuk sedikit kepedasan, anda boleh mencuba Ayam Brand™ Cili Tuna Light yang mempunyai tahap kepedasan dua cili. Cili Tuna Light juga merupakan pilihan paling sesuai bagi mereka yang menjaga berat badan kerana tahap lemaknya yang rendah, 33 peratus kurang berbanding rangkaian Cili Tuna Ayam Brand™ yang lain.
Ketiga-tiga produk ini dihidangkan kepada anda menggunakan tuna yang ditangkap secara mampan. Nikmatinya pada tahap kepedasan yang padan dengan citarasa Malaysia. Jangan risau, Barisan Cili Tuna Ayam Brand™ disahkan Halal oleh JAKIM.
Cadangan Hidangan
Saya telah diberi peluang untuk merasai sendiri tahap kepedasan Ayam Brand™ Cili Tuna. Yang pasti, Chilli Tuna Fire-Hot memang tersangat pedas sampai buat anak kau meleleh air mata bila tersalah pilih tin... hahaha... Tapi tu lah. Pedas tapi sedap sebenarnya. Untuk orang yang suka pedas, korang boleh cuba Ayam Brand™ Cili Tuna ni dimana ianya boleh dinikmati dalam pelbagai cara. Antaranya:
Karipap Roti Chilli Tuna
Untuk karipap roti ni saya pilih Ayam Brand Chilli Tuna Light Level 2 sahaja. Anak-anak pon boleh makan sebab tak berapa pedas sangat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah ROTI, TELUR, ACUAN KARIPAP dan AYAM BRAND CHILLI TUNA. Caranya... TEKAP ROTI PADA ACUAN KARIPAP. LETAK SEDIKIT AYAM BRAND CHILLI TUNA KE DALAM ACUAN DAN TUTUP. PECAHKAN TELUR. SALUT KARIPAP ROTI KE DALAM TELUR DAN GORENG. Senang sangat kan.
Roti Bakar Chilli Tuna
Selain daripada itu, korang boleh juga nikmati terus dari tin dengan sepinggan nasi panas. Perghhh.. Sedap sangat. Bila kepanasan nasi bergabung dengan kepedasan chilli tuna. Memang berasap. Boleh juga cuba buat Bergedil Tuna. Tapi korang kena terokai kepedasannya mengikut tahap kesesuaian tau. Kalau perut jenis sensitif dan tak tahan pedas, korang boleh pilih Ayam Brand Chilli Tuna Light Level 2.
Oh! Ya... Ayam Brand Malaysia sedang mengadakan peraduan selfie #ayamonfire contest di [Instagram] dan juga di [Facebook]. Sambil membeli, boleh lah korang join contest tu sekali. Ayam Brand™ Cili Tuna Light, Original dan Fire-Hot kini boleh didapati di seluruh negara dengan harga cadangan jualan RM5.90 (tidak termasuk 6% GST) bagi tin 160g.
Kalau korang nak tahu lebih banyak resipi yang menarik dan sedap menggunakan tuna, sila terjah http://www.ayambrand.com.my/ atau tonton video-video menarik di pautan https://www.youtube.com/ayambrandmalaysia