Sambung kisah semalam. Sebab tak habis taip sebenarnya....ekekeke...aci lah yerp.
Aktiviti hujung minggu. Sabtu aritu tu kimi ada sukaneka. 1 Murid 1 Sukan katanya. Tak pergi, kesian plak. Dalam surat pon dah bagitau ibu bapa digalakkan hadir. Si kimi siap cakap ibuabah kena datang. Demi mu anak, #makbanyakanak bersama anak dara dan anak bujang tecik menghadirkan diri juga ke sekolah. Menguruskan budak berdua tu adalah agak mencabar. Urut dada jer lah ibu ko ni anak2.
Muka memasing. Nampak kepala pon jadi lah. Budak tak mesra camera memang macam ni.
Budak si penari tiang. Asyik berpusing kat tiang tu. Ko dah kenapa dik??? Bukan main lagi dia tau. Merayap sana sini. Penat ibu nak pantau tau. Berlarian lah. Sekali jatuh. Ibu tukang gelak jer lah.
Berdebar² menunggu giliran untuk berlari.
Ko dah kenapa abam. Bercekak pinggang bagai. Gementar lettew kan. Apsal pakai baju hijau tu? Sebab kimi orang yang terakhir lari.
Supporter of the day.
Ketibas ketibus dibuatnya sebab cuaca agak panas dan juga melayan karenah QahirahQhalif. Sampai senget benget shawl ibu ko. Nasib tak tercabut...ppffttt...Alhamdulillah...team Iman Hakimi menang. Dapat nombor 1. Bukan main suka lagi dia. Cuaca pon agak cantik. Kejap² panas dan kejap² redup. Tapi kulit iman hakimi pon dah gelap sikit. Latihan sebelum sukaneka katakan. Sekian laporan sukan untuk harini.
Info 1M1S: Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengna menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. Dasar ini juga adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Note: Half day semalam. Tak dapat melawat kawasan. Tapi harini full day ☺