Masuk hari ni dah 3 hari tak nampak awan. Gara² jerebu yang menutup terus keindahan awan. Rasa rindu plak nak tengok awan yang membiru dan terbentang luas tu. Hidung pon dah mula berair, mata dah mula rasa pedih, kulit dah mula gatal². Owh...sangat risau dengan kesihatan anak². Biarlah sakit tu pergi kat ibu, tapi jangan kat anak² sebab Iman Hakimi ada sejarah 'BRONCHITIS'. Tu yang risau sket. Nak buat pembenihan awan tak boleh sebab tak der awan yang sesuai. Sama² kita panjatkan doa padaNYA agar diturunkan hujan dan semoga kesihatan kita sentiasa dibawah lindunganNYA.
Source; [SINI]
Jerebu dah mula serbu Bangi hari sabtu aritu. Tapi masih terkawal lagi. Masuk hari ahad, cuaca dah berkabus pagi tu. Bukan sebab sejuk, tapi sebab jerebu. Beserta bau asap skali. Apalagi...terus tutup tingkap dan sliding door. Pon masih boleh bau asap dalam rumah.
Jerebu kat cyberjaya. Dah lah jerebu, office plak dekat dengan construction site, bertambah debu² nya. Pagi ni hantar Iman Hakimi sekolah. Boleh plak lupa yang sekolah tutup. Tapi nasib daycare bukak...haishhhhh...Ni sedikit info Tindakan Semasa Jerebu:
Source: [SINI]
Minum air masak banyak² yer. Jaga kesihatan dan kurangkan aktiviti luar.
Note: Budak² sekolah cuti, budak² office tak boleh cuti ker...hehehe...