Ok...mulai hari ni, aku akan paparkan foto 'SERUPA...tapi TAK SAMA'. Memandangkan idea blogging aku makin hari makin pupus. Ikut mood gamaknya. Datang hari banyak idea, banyak lah ceritanya. Datang hari idea nan hado, kita tepek gambar sajalah. Itu pon kalau rajin. Kalau boleh tak nak bagi blog sunyi sepi uols.
Kita tengok gambar 'serupa...tapi tak sama' bahagian 1 >_<
Sama kan ☺☺. Gambar Iman Hakimi masa lahir tak banyak sebab si dia videokan. Masa tu kan femes dengan webcam. Camera pon tak der lagi masa tu. Pakai camera HP jer. Tapi tak per lah, janji ada untuk kenang-kenangan gambar aiman hakimi masa baby kan. Kita tunggu part 2 dan seterusnya pula yer.
Note: Agak busy hari ni. Nanti petang sikit daku ketuk pintu rumah kamu yer.
Sebelum ni tak lepas lagi nak memanjat. Tapi skang ni dah pandai. Yang lawaknya...panjat pandai, turun tak lepas lagi. Macam dalam gambar ni >_<.
Kisahnya...si ibu tengah khusyuk menonton cerita kat TV. Sekali dengar si anak terjerit²...merengek². Si ibu pon buat tak tau jer lah. 'Alahhhh...kejap jer tu, nanti diamlah', kata hati si ibu. Tetapi...jeritan dan rengekan masih terngiang². Makin kuat pulak tu. Si ibu pon bangun lah dari pembaringan. Sekali.....si anak tengah bergayut dekat grill tu. Meminta belas kasihan sebab tak confident nak turun....wakakakakakaka...si ibu gelak guling² sambil capai camera. Dasar blogger tegar kan. Kita amik gambar dulu baru bagi bantuan...hehehe...Phewwwwww...lega si anak ☺☺☺
Kalau panjat kerusi, qhalif boleh turun sendiri. Tapi kalau panjat grill tu, tak lepas plak dia. Tak apa yang digayatkan nya pon aku tak tau. Dah tau tak boleh turun, tapi masih panjat juga...alahaiiiii...Aku rsau pon iyer juga. Kena bagi extra attention. Setakat memanjat pastu duduk tu ok lah kan. Tapi bila dah memanjat, tak reti nak duduk diam. Nak buat aksi terjun bebas pon ada juga. Rasa macam nal letak tilam satu rumah.
Note: Kalau tinggal aku ngan anak², rasa nak gi toilet pon tak tenteram di buatnya bila anak dah pandai memanjat nih...hurmmmmm...
'Ibu...saya tengah merajuk ni, cepat pujuk'
Hehehe...gelagat anak bujang tecik nan sorang yang makin bijak dan banyak akal (>_~). Kisah ahad lepas. Ibu dia sibuk uruskan abang dengan kakak. Suapkan mereka nasi lemak hasil tangan ibu. Suruh kimi makan sendiri...tak nak. Nak ibu suap juga. Anak dara bijak tu pulak nak makan sendiri, tapi separuh jalan. Selebihnya ibu suap juga.
Qhalif pon makan juga, tapi tak banyak. Bila ibu tak layan dia...mulalah merengek. Nak susu gantung pon iyer juga, tak menyabar kan. Ibu buat tak tau jer. Tetiba senyap... tercari²...mana plak anak bujang tecik ni. Sekali...duduk bawah meja ko...ekekeke...tergelak² mak noks dengan qhalif ni. Duduk diam dalam tu. Bila aku intai, mulalah cembeng...alahaiiiii...siannya dia.
Geram dengan budak botak ni. Makin botak makin cheeky ☺☺. Cemburu pulak tu. Kalau kakak/abang baring sebelah ibu. mulalah datang nak menyelit...haishhhh...Tak sabar nak tunggu qhalif jalan. Gigi pulak masih 6 batang...tak berganjak. Tapi nampak gusi bawah tu ada putih². Nak tumbuh gigi lah tu.
Note: Petang smalam badan qhalif dedar2. Alhamdulillah...pagi ni dah ok. Harap² tak demam lah.
Menggelabah sebab tak jumpa jalan keluar...hehehe...
Anak bujang ni suka main baa..baa..cakkk. Aku perhatikan jerlah kan. Sekali dia dah bising², tercari²...terselak² kain tu nak melepaskan diri. Dah dasar blogger kan, suma nak amik gambar, bukan nak tolong anak dulu...hahahaha...dapatlah snap muka qhalif yang cuak ni ^_^...Sian dia ☺☺
Note: Memang mudah berkata², memberi kata², berkongsi madah² dan tazkirah yang penuh makna. Tak per...teruskan lah. ALLAH knows everything.
Macam ni lah keadaan anak bujang tecik nih. Terteleng² kepala tu tengok abah, abang dan kakak naik motor. Teringin juga nak naik motor gi school yer qhalif. Lawak betul bila pagi² tengok muka kesian tagih simpati qhalif nih. Jadi pemerhati jer lah.
Alolololo...muka sedih tak dapat naik motor. Macam mana nak naik nak ooiiiii. Kakak kat depan. Abang kat belakang. Ibu nak duduk celah mana pulak dengan nak pegang kamu lagi. Nanti soh abah beli motor roda tiga yang macam dalam gambar tu erk. Boleh kita duduk ramai² dalam tu.
Amacam...ada berani. Kahkahkah...Jap...nak bayangkan aku anak beranak naik motor macam nih. Perghhhh...meriah wei. Tak payah pasang aircond. Hirup udara segar gitew...hahahaha...
Note: Kejap jer dah khamis kan. Syiok betul tido malam tadi sebab hujan.
Sangat comel. Makin geram dibuatnya. Tapi bukan saya yang berimej baru tau. Ini lah orang nya....Siapa lagi kalau bukan:
SEBELUM
SELEPAS
Iman Qhalif dah botak ^_^. Comel tak saya...comel macam ibu kan...ekekeke...Tiada lagi rambut pacak. Rambut Qhalif pon dah panjang. Dan memandangkan Qhalif tak pernah cukur rambut, tu yang botakkan terus.
Saat rambutku dipotong....huhuhu...Alhamdulillah, duduk diam jer. Tak nangis pon. Senyum lagi ada lah sebab menahan kegelian dia tu ☺☺.
Cuba tengok ni...sebijik macam muka abang Iman Hakimi masa kecil kan ^_^.
Note: Salam pagi isnin semua.
♪♫♪ Happy 1st Birthday Iman Qhalif ♪♫♪
♪♫ Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Iman Qhalif
Allah selamatkan kamu ♪♫
Setahun yang lepas, tepat pukul 9.00 pagi @ 12 april 2012...baby seberat 3.2 kg selamat di lahirkan. UNEXPECTED BABY. kenapa? Sebab aku tak tahu kewujudan baby kecik ni dalam perut sehinggalah usia kandungan nak masuk 5 bulan. Boleh baca DISINI. Ya! ALLAH...speechless kejap. Dengan tak makan ubat/vitamin, berlari, naik tangga turun tangga dukung anak. ALhamdulillah...semangat baby ni kuat. Membesar dengan sihat, sempurna dan cukup sifat.
Hari ni...Iman Qhalif Bin Husaini genap setahun. How time flies. Masih terbayang² saat kelahiran mu sayang. Cukup mudah dan senang. Tak sampai satu jam dan dengan hanya sekali teran....Lahirlah Iman Qhalif.
Doa ibu dan abah...semoga iman qhalif membesar sebagai seorang khalifah yang beriman...yang soleh. Diterangkan hati, ditetapkan iman, taat pada perintah allah...kepada kedua ibu bapa, hormat orang yang lebih tua, di kurniakan kesihatan yang baik, di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan di berkati kehidupan dunia akhirat...AMIN...
Alhamdulillah...genap setahun Qhalif mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya. Syukur sangat² sebab urusan penyusuan dipermudahkan olehNYA. Even tak der stok susu, hasil susu tetap meriah untuk bekalan harian. Hari² Qhalif dapat susu fresh dari ladang ^_^. Ini bermakna aku sudah berjaya melepasi tahap setahun...kiranya dah dapat Ijazah dalam breastfeeding. Skang ni tengah kejar PHD in breastfeeding plak...hehehe...Semoga impian menjadi kenyataan...In shaa allah.
Pagi ni buat surprise untuk Qhalif. Beli Cup cake kecik jer. Bangun tido jer pagi tadi terus nyanyikan lagu Happy birthday untuk birthday boy nih. Terpinga² jap ^_^. Sibuk nak pegang lilin tu. Nanti kita celebrate yer sayang.
Note: Sedih bila baca entry ni. Terbayang saat² mengandungkan qhalif. Betapa aku stress. Bermacam² dugaan. Alhamdulillah...Allah beri kekuatan yang luar biasa buat aku.
Dia??? Siapa tu? Siapa lagi kalau bukan anak bujang tecik nan sorang ni....Qhalif yang rajin ^_^.
Rambut sudah serabai ditiup angin vacuum. Abaikanlah background tu yer
Memang aku perasan. Setiap kali nak vacuum mesti qhalif dok kat situ. Even tengah main, kalau nampak jer vacuum...kat situ lah akan ditujunya. Kalau si kakak Qahirah jangan lah...dengar bunyi vacuum jer lari ☺☺
Rajin anak bujang ibu nih. Suka sangat dengan angin yang kluar kat corong tu yer. Pastu dok tinjau sampah/habuk yang berpusing² dalam vacuum tu ^_^. Nak tolong vacuum...kecik lagi. Vacuum lagi besar dari orang...ahaksss...Dah besar nanti tolong ibu yer...ibu tak payah susah² vacuum rumah lagi.
Note: Ngantuk plak mata pepetang nih...haishhhh...
Pasrah diperlakukan apa saja oleh kakak atau abang. Mentang² lah adik kecik lagi kan. Siap lah ko kakak...tunggu adik beso sikit jer lagi.
Budak² ni memang suka main air. Budak dan air...memang tak dapat dipisahkan. Si Qhalif ni...asal bagi minum air jer, mesti nak celup tangan tu dalam cawan. Si kakak pon tumpang sekaki lah kan. Habis dibasahkan kepala si adik. Siannnnn adik. Mak dah tak kose noks. Biarkan sajalah. dorang main air. Habis lencun baju ngan lantai. Nak marah pon tak boleh. Dorang tengah nak explore benda² baru kan. Sabar jer lah ^_^.
Note: Curi masa jap. Busy tahap gaban....arghhhhh...semputtttt...Maaf sangat, tak sempat nak melawat kawasan jajahan.
Sangat lah indah kan sebab dapat tengok anak membesar dengan sihat dan bijak. Mencabarnya bila anak tengah dalam fasa pembelajaran dan sangat lah aktif.
Pagi² dah kena posing ☺☺
HAPPY 11 MONTHS OLD IMAN QHALIF
12 March 2013, genap 11 bulan usia anak bujang ni. Makin meningkat usia makin banyak lah akal dan perangai nya kan. Di usia 11 bulan ni:
- Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya
- Dah pandai merangkak...akhirnya
- Dah pandai duduk sendiri...alhamdulillah
- Berdiri dan berpaut tu biasalah. Masih belum boleh jalan lagi
- Kuat menggigit
- Picky eater...haishhhh...ibu masak tak sedap ker dik.
- Pandai angkat tangan kalau panggil nama 'Iman Qhalif'
- Suka mengutip...adooiiiiii...
Itu lah antaranya. Badan pon agak susut sket. Mungkin sebab aktif dan lasak kot. Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan.
Note: Tak makan lagi karipap lori tu. Boleh plak aku lupa nak bawak balik...cissssss...nasib member office tak balik lagi. Minta tolong letakkan dalam peti ais.
Besar dan Jarang. Tapi ni bukan gigi mak yer noks. Gigi mak ni dah reput...menunggu tarikh luput jer ni haa...ahakssss...Ni gigi anak bujang tecik yang comel lagi bijak ni ha.
Nampak tak gigi saya...besar dan jarang kan. Comel tak saya...comel kan. Qhalif memang comel #DialogVersiKakTon...hahaha...Ni versi rambut pacak. Nak close up sket.
Tu dia. Versi rambut penyek plak. Nampak tak kebesaran dan kejarangan gigi anak bujang ni. Makin banyak gigi makin teruja dia nak mengasah gigi. Sebelum ni ok lagi lah. Tak der lah sangat adegan gigit menggigit. Tapi sejak gigi makin bertambah ni. Ya! allah...asyik nak menggigit saja lah kerja nya. Kalau gigit kat tangan tu kira ok lagi lah. Tapi bila menggigit time BREASTFEED ni yang buat aku rasa soooooo scaryyyyyyy.
Tersangatlah sakit ok. Lately memang dia asyik menggigit setiap kali aku BF. Terjerit² lah aku di kerjakan si budak bijak ni. Lepas dah gigit, buat muka selamba dia tu sambil sengih². Ko ingat ibu ko ni buat lawak erk, sesuka hati nak jerit yer nak. Sambung balik BF...dia gigit lagi. Terus aku merajuk...hahaha...bley gitu ibu merajuk ngan anak. Tak der nya aku nak bagi nenen. Nangis lah puas²...hehehe...sila jgn percaya ^_^. Takkan aku nak biar anak sebesar qhalif tu nangis lama² kan.
Tak tau nak buat apa lagi dah. Macam² petua aku buat supaya qhalif tak menggigit masa BF. Antaranya:
- Awal² aku dah psycho qhalif...'Qhalif anak yang baik, nenen jer tau. Tak nak gigit². Sakit nenen ibu nanti'. Hurmmmmm...gigit jugak. Apa lagi?
- Picit hidung anak masa dia tengah gigit? Dah buat. Tak jalan gak.
- Tekap muka anak kat breast? Pon dah buat. Result masih sama.
- Gigit tangan anak biar dia rasa sakit macam mana si ibu rasa sakit masa anak gigi nipple? Ini agak kejan sket lah. Tapi tak der lah aku gigit sekuat hati. Gila apa nak buat macam tu kan. Gigit² manja gitu. Hurmmmm...semuanya tak jalan
Cara apa lagi nak buat? Kena paksa rela lah terima hakikat yang anak bujang tecik nih memang suka menggigit masa BF. Kadang² aku rasa seriau nak BF qhalif. Tapi takkan aku nak give-up kot semata² sebab kena gigit. Owh...no. Inilah antara cabaran ibu menyusu. Lama² nanti ok lah tu bila dia dah bosan menggigit ☺☺.
Note: Barang untuk sponsored post dah sampai ☺☺
HAPPY 10 MONTHS OLD IMAN QHALIF
How time flies. Masa berlalu dengan begitu pantas. Genap usia Qhalif yang bijak 10 bulan pada 12 February 2013. Alhamdulillah...Membesar bagai johan. Masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya.
Akal pon makin panjang, makin bijak dan makin lasak. Suka menjerit dan membebel. Suma benda nak masuk dalam mulut. Dah tak bley nak letak dalam bouncer tu, dia akan keluar sendiri. Tak pon dia akan berdiri. Semput mak noks tengok aksi anak bujang nih yang kekadang unexpected. Masih tak merangkak hokey, tapi advance nak berdiri. Berpaut kat meja, kat kerusi, kat kabinet tv dan kat badan ibu dan abah dia nih.
Balik petang semalan masa tengah breastfeed, terperasan kat kepala qhalif benjol. Bukan benjol sikit tapi benjol beso tu. Pagi ni lupa plak nak tanya bebudak nursery tu, Ni mesti terhantuk atau terjatuh nih...haishhhhh...aku klo bab² yang membabitkan kepala ni risau sikit. Iyer lah...budak tengah lasak kan. Perhatian kena bagi lebih sket.
Note: Mood ke laut.
HAPPY 9 MONTHS OLD IMAN QHALIF
Rambut kembali pacak ☺☺
How time flies, 12 January 2013...9 bulan berlalu begitu pantas. Kejap jer umur anak bujang tecik yang baik ni meningkat. Tak lama lagi nak jadi toddler dah. Haishhhhh...
Development sepanjang 9 bulan nih. Alhamdulillah...membesar dengan sihat macam bayi² lain yang seusia dengannya juga. Antaranya:
- Masih mendapat khasiat SUSU IBU, syukur alhamdulillah
- Kuat menyusu
- Mangesot dengan jayanya tapi masih belum merangkak
- Suka memanjat...nak berdiri gamaknya.
- Suka menggigit
- Suka mengutip...alahaiiiii....
- Membebel dan menjerit
- Suka bergurau
Ok...sebahagian darinya. Risau pon iyer gak sebab masih tak merangkak lagi. Tapi tu lah, development lain² kan #sekadarnaksedapkanhatisendiri.
Note: Anak beranak di serang batuk.Dah macam pass baton...sorang batuk suma batuk.
Mari bersenam bersama Iman Qhalif. Senaman ni adalah untuk menguatkan otot² kaki, betis paha dan yang sewaktu dengannya lah. Kita mulakan bersama² yer:
Amik sebiji kerusi. Letak kedua² tangan atas kerusi. Alaaaa...macam saya buat nih.Lebarkan kaki ada sedikit demi sedikit.
Macam nih. Ulang berkali² sampai letih. Sila berhati² yer. Kalau silap teknik, boleh terbalik kerusi tu...ekekekeke....
Ini lah kerja anak bujang tecik mak nan sorang nih noks. Nak memanjat. Merangkak nya belum lagi. Asyik angkat² punggung yang seksi tu. Ni pon secara kebetulan tengok aksi dia macam tu. Tergelak² dibuatnya. Mungkin ni preparation qhalif sebelum dia nak berjalan kot. Nak kuatkan otot² kaki dia tu. Risau gak aku sebab masih belum merangkak lagi ni. Tapi development budak lain² kan.
Note: Ragam dan aksi anak²...bley pecah perut di buatnya ^_^.
Kesian adik. Tak dapat nak main ipad. Kalau dapat kat kakak, jangan haraplah adik boleh main. Yang kakak lagi lah. Tak boleh di kacau kalau tengah main...sentap gamaknya. Di hempasnya ipad tu. Ingat murah yer nak. Mak pon sentap noks sebab takut rosak. Casing tu pon dah hancur di kopek²nya. Nak kena tukar casing baru. Ini lah dia penangan budak jaman IT.
Note: Petang ni ada pesta durian lagi kat office...owh durian...sudah terbayang² ☺☺☺
Bukan manusia jer yang buat Tandem Nursing tau. Haiwan pon sama. 1st time saya tengok haiwan yang buat Tandem Nursing. Sangat cute ok. Tak caya? Biar gambar yang berbicara.
Comel kan. Mama bear tandem nursing her cubs ^_^. Dan ini pulak gambar mak budak tengah buat tandem nursing.
Comel juga kan...muahaha...
Dah lama sangat tak citer pasal Breastfeeding kan. Sebelum ni saya pernah citer pasal anak dara saya yang masih lagi Breastfeed tu kan. Dan sehingga hari ni dia masih lagi BF. Tak tau lah bila nak wean-off. Rasa macam tak sampai hati sangat. Hanya ibu² yang breasfeed jer yang tahu perasaan nih.
Ok. Berbalik kepada tajuk. Masih ada lagi yang tak tahu apa yang di maksudkan dengan Tandem Nursing. Inilah jawapannya:
TANDEM NURSING
Ape tu tandem nursing??? Tandem nursing adalah menyusukana dua atau tiga atau lebih adik
beradik yang berlainan umur dalam masa yang sama…(bukan serentak ya tapi
dalam tahun sama..share ibu yang sama)
Cukup ke susu??
Ok. Ini persoalan yang selalu bermain di minda kamu semua kan. Mak saya pon selalu tanya macam tu. Jawapan saya senang jer....'Cukup mak, banyak susu nih'...Inilah keajaiban dan keistimewaan Breastfeeding. Payudara kita secara naturalnya akan tahu yang susu untuk 2 orang
diperlukan..maka otak kita akan dapat signal dan setrusnya terhasillah
susu yang diminta….susu DUA! Selalunya si abang/kakak akan kurang menyusu berbanding adik tetapi
kalau terjadi kes abang/kakak yang lebih daripada adik..kita tak boleh
marah tapi layan dan berpesan pesan kepadanya..Insya Allah nanti dia
faham
Source: SINI
Dah faham semua anak² murid. Pelajaran untuk hari ini...hehehe...Itu lah maksudnya. Sebab tu lah badan saya kurus kering. Tapi bukan sebab tandem nursing pon yang buat badan saya dah jadi macam bini popeye, tapi sebab lain...makan dalam noks...ALLAH knows everything.
Note: Stok susu pon tinggal sebotol jer. Skang bekalkan susu fresh hari².
1) Anak bujang saya yang cute macam ibu dia ni demam lah. Start demam dari semalam, Mata pon bertahi, panas dalam mungkin. Nak bukak mata pagi ni pon macam payah jer, bagai di gam². Terpaksa lap dulu ngan air suam. Pastu titikkan sket dengan air susu ibu. SI tu kan ubat untuk sakit mata ☺☺. Air masak pon tak nak minum. Mengempeng jer kerjanya. Tak nak di letak. Nak berdukung...alahaiii...demam nak tumbuh gigi lagi ker dik. Ker demam sebab nak merangkak...hahaha...
2) Hati berbelah bagi nak hantar anak ker Nursery, tapi kena hantar gak...uuwwaaaaa...
3) Badan sengal² sebab mengiring lama sangat. Dah tu...anak mengempeng berjam-jam. Acaner tu? Mata pon mengantuk sebab tak cukup tidur. Tak per...besar pahala ibu sebab jaga anak yang tak sihat.
4) Line tenet pon tak berapa nak sihat. Asyik HANGGGGGG jer memanjang. Nak BW pon terbatas. Nak dengar radio pon sakit hati sebab asyik putus². Dengar radio online katakan. Nak dengar pakai radio biasa tak boleh sebab tak dapat siaran HOT fm. Mak kan pendengar tegar HOT fm.
5) Surat pengesahan majikan masih belum dapat lagi...adoiiiiii...lamanya. Dah seminggu mak submit hat HR noks. Kalau cepat dapat, cepatlah proses pinjamannya. Terpaksa pinjam ngan MBSB even interest 4.9%. Nak buat macam mana, bank lain tak nak kasi pinjam. Pihak bank nak gaji RM3000 dan keatas. EZ RHB plak lagi tinggi interest nya 9% even senang lulus. Beginilah nasib pekerja yang bergaji bawah dari #tigaribu...harap maklum.
Itu jer lah kisahnya. Pagi ni pon jalan lengang. Office pon lengang gak sebab ramai yang menghabiskan cuti² tahunan. Bos besar pon tak der. Jadinya...hari ni kita ENJOY...muahahaha...*gelak syaiton*
Note: Kejap lagi saya jalan² umah kamu. Jumaat aritu saya half day. Jadinya jejak ku di blog mu separuh jalan jer ^_^.
Dulu...berambut pacak
Kini...Berbelah tepi
Amacam aunty's² and uncle's²? Mana lagi cute?...hehehe...Gaya terkini rambut Iman Qhalif. Dah macam old-fashion lah plak. Rambut tu pon tau penat agaknya asyik berdiri tegak jer. Tu yang dia ke tepi plak...hahaha...Lepas ni kita botakkan terus lah dik rambut tu ^_^. Tapi macam sayang lah...haishhhh...
Note: Breastfeeding journeys makin mencabar. Si qhalif ni asyik menggigit...menggigit dan menggigit. Mak pon turut sama menggigit...menggigit bibir noks sebab menahan kesakitan...uuwwaaaaaa...
HAPPY 8 MONTHS OLD IMAN QHALIF
Rambut dah tak pacak ^_^
Cantik kan tarikh hari ni. Tertanya² juga ada yang menarik ker untuk tarikh hari ni? Rasanya macam ada. Baru teringat yang anak bujang tecik nih dah 8 bulan hari nih. Bersamaan dengan 12 December 2012 ☺☺..haishhhhh...ibu ni makin pelupa lah.
Setakat 8 bulan ni Qhalif masih mendapat khasiat SUSU IBU sepenuhnya...syukur alhamdulillah...Berkat kesabaran, doa yang tak putus supaya di banyakkan SUSU IBU serta dengan kehendak dan izin dariNYA juga. Semoga misi nak Fully Breastfeed Qhalif hingga 2 tahun tercapai, in shaa allah.
Perkembangan pon seperti bayi² lain yang seusia dengannya. Membesar bagai johan. Meniarap dan berguling² satu rumah adalah hobi dia. Merangkak baru selangkah. Asyik angkat punggung jer lebih. Makan plak masih lagi kurang. Lebih kepada susu. Badan pon agak susut sikit. Mungkin sebab tengah lasak. Nak pakaikan pampers ngan baju pon susah skang nih. Pastu suka sangat lentikkan badan. Kalau dukung kena pengang belakang badan dia. Kalau tak...melentik lah. Nak gurau² lah tu kononnya ☺☺
Ok...yang ni sariau sikit. Qhalif dah tumbuh gigi. Nak masuk 2 batang dah. Alahaiiiiii...cepat pulak kamu tumbuh gigi. Abang ngan kakak dulu lambat tumbuh. Bila dah tumbuh gigi tu faham² lah kan. Nak menggigit jer lah kerjanya. Sambil gigit sambil sengih. Habislah...melecet lah nip ibu macam ni dik.
Semoga Iman Qhalif membesar sebagai anak yang soleh, sihat tubuh badan dan bijak pandai.