posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
How time flies. Kejap jer dah 20 bulan budak tecik ni. Rindunya dengan bau baby. Kan best kalau baby ni tak besar². Macam tu jer saiznya...hahahaha...Macam nak baby lagi jer...muahahaha...
Alhamdulillah. Perkembangan Iman Qhalif yang soleh lagi bijak sama juga macam kanak² lain yang seusia dengan nya. Makin banyak akal. Yang paling tak tahan. Tak nak orang pegang masa berjalan. Kita ni punyalah risau kan. Antara lain:
Pandai menulis dah. Siap buat body art lagi. Kalau menulis pon guna bahasa sendiri lah. Sendirik tulis sendiri faham khennn.
Nak makan dan minum sendiri. Tak nak ibu dia suap dah. Kalau tak memang dia tak nak makan. Dah dapat makan, pandai plak tu cakap 'eemmmm...dap...dap' sambil angguk² kepala. Layannnn..
Pandai merajuk. Yang tak tahan siap guling² atas lantai ko. Kalau kat mall buat guling² macam ni memang nak kena lempang dik...hehehe...tipu jer. Takkan lah ibu nak lempang anak kan.
Pandai dah main ipad. Siap berebut dengan kakak dan abang lagi. Cute jer tengok jari jemari cute dia tu dok selak² screen ipad. Tapi skang memang nak kena sorok ipad ni. Sekali sekala boleh lah main.
Breastfeeding is the best. Alhamdulillah...masih mendapat khasiat susu ibu. Skang ni kalau menyusu memang macam² gaya bebas dibuatnya. Menyusu sambil berdiri, meniarap ala² superman...ikut suka hati dialah nak buat gaya macam mana. Ibu dia ni lah yang tak tahan kan sebab kekadang sampai tertarik nipp tu dibuatnya....aauucchhh...Nak tergelak nengok gaya ISA (Ikut Suka Aku) si Qhalif yang soleh ni.
Antara development lain. Dah ada beberapa perkataan yang qhalif boleh sebut. Takkan aku nak letakkan semua perkataan tu kot. Over plak nanti khennn. Antara nya sebutan ALLAH. Abah tu sudah semestinya lah kan. Ibu ntah bila nak sebut. Ada terbaca kat FB. KITA NI SIBUK AJAR ANAK SEBUT PERKATAAN IBU/ABAH DULU. SEPATUTNYA KITA AJAR ANAK SEBUT PERKATAAN ALLAH DULU INSTEAD OF IBU/ABAH. Sentap aku sebab kena ngan batang hidung sendiri kan. Ibu²...sila ajar anak² sebut perkataan ALLAH dan kalimah² dulu yer.
Jangan tak tau, Qhalif dah pandai baca doa makan. Tapi kan...setakat tadah tangan dan amin kan jer lah...hehehe...ok lah tu kan ☺☺
Jangan tak tau, Qhalif dah pandai baca doa makan. Tapi kan...setakat tadah tangan dan amin kan jer lah...hehehe...ok lah tu kan ☺☺
Note: Breastfeeding journey. Ada 4 bulan lagi untuk lengkap 2 tahun...yeehhaaaaa...
Botak adalah lebih baik dari rambut gonjeng.
Rentetan dari peristiwa KEPALA SERABUT SEBAB QHALIF [Silalah baca klo nak tau]. Kata sepakat telah di buat...cewaaahhh ayat ko jemah. Kita motak kan terus rambut qhalif yang soleh ni. Itu pon tunggu luka² kat kepala tu kering dan sembuh dulu. Kejam lah klo ko nak botakkan time luka tak baik lagi khennn, Mau berdarah kepala budak nih.
Amacam fesyen rambut baru saya ni?? Hansome tak? Macho tak?...hehehe...Alhamdulillah, senang jer qhalif potong rambut. Elok jer duduk diam. Tak nangis pon. Macam sesuai jer qhalif yg soleh ni dengan imej botak. Ibu pon tumpang syiok gosok² kepala dia yang tajam² tu ...ahaks...
Note: End month ni nak bawa qhalif gi spital. Nak check apa masalah kulit dia ni. Lagi pon nak menghabiskan balance PM Care yang ada tu ☺☺
Pe'el anak bujang soleh nan sorang ni. Nak makan sendiri. Tak nak ibu dia suap dah. Terbalik plak, abang kimi makan bersuap sebab tak nak suap sendiri. Tapi si adik tak nak di suap, nak makan sendiri. Acaner tu? Tengok abang and kakak minum air cicah biskut, dia pon sama juga. Tengoklah ni:
Makan ker menyepah ni? Tak bagi kang melalak². Nak makan sendiri sangat kennn...tapi ni banyak main dari makan ni nak oiii. Tak per lah, asal diam sudah. Ibu tak marah. Nanti ibu kemas yer. #ibubanyakanak kena banyak sabar even kekadang naik juga suara petir ni. Skang #ibubanyakanak ni dalam proses mengawal emosi. Alhamdulillah...semalam berjaya. Smoga berjaya untuk hari² yang seterusnya.
Note: Dah start mendung balik kat sini. Simpati dengan mangsa² banjir.
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Buat ibu dia ni jadi stress. Stress sebab tak tahu kehendak anak bujang tecik lagi soleh nan sorang tu. Start tantrum dari last week lagi. Bagi apa semua tak nak. Makan pon tak nak. Main campak jer. Sampai TAB aku tu pon dicampaknya. Aku nak buat kerja pon tak boleh. Menangis²...merengek². Nak ibu dia ni membelek dia 24/7. Nak mengempeng jer kerjanya.
Aku tak tau lah si Qhalif ni tantrum sebab apa. Sebab nak tumbuh gigi ker? Sebab nampak gigi geraham atas tu nak kluar. Bukan 1 geraham, tapi 2 geraham kluar serentak. Itu ker yang buat dia rasa tak selesa? Bayangkanlah...qhalif mengempeng waktu malam non stop. Iyer...non stop. Asal aku tarik nip, dia bangun dan menangis². Asal aku terjaga, nip aku masih kat mulut dia. Kalau aku tarik, nangis lagi. Sampaikan nip aku melecet, terbelah dan berdarah. Dugaan tak dugaan tu.
Baru ni aku demam 3 hari. Panas naik 39' Celsius gara² bengkak susu dan nip melecet. Nasib sebelah lagi ok. Bagi sebelah jer lah. Tu yang bengkak. Nak pam sakit. Bila pam, berdarah. Seksa hokey. Ni masih belum sembuh lagi. Ubat nya aku hanya letak susu ibu kat tempat yg terbelah tu.
Sedih lah. Sampai satu tahap, aku dah fed up. Aku biarkan dia nangis. Apa lagi...nangis tak hingat, berguling² dah macam citer hindustan. Sampai aku pon kena tantrum skali. Ya! allah...betapa mencabarnya menjadi seorang ibu ni. Betapa mencabarnya nak menangani karenah anak kecil ini.
Cepat² tantrum Qhalif ni pergi jauh². Ibu dah tak tahan dah dik. Ibu tak nak marah² awak. Nampak macam ibu ni bodoh sebab awak bukannya tau apa pon. Tau nangis jer. Tapi ibu ada banyak kerja rumah nak buat. Tak boleh nak tumpu perhatian kat awak sorang jer. Pagi ni pon awak nangis² tak nak gi nursery kan. Buat hati ibu tak tenang kat office ni tau.
Saya harap saya boleh menjadi ibu yang baik buat anak² saya. Saya akui yang dunia keibubapaan ni bukanlah mudah. Kehadiran anak² adalah kegembiraan dan rahmat buat kita sebagai ibu bapa dan kadangkala perbuatan mereka menguji kesabaran kita. Dan kita kena ingat, anak² juga adalah sebahagian daripada ujian yang ALLAH berikan. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka dengan didikan agama yang sempurna supaya mereka dapat membesar dan menjadi seorang muslim yang baik. In shaa allah...
Note: Bestnya kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa :-(
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Kalau bertaburan ketulan emas, best sket nak mengutipnya kan.
Kerjaan anak2 ku yang soleh solehah. Macam manalah pitching ibu ko ni tak tinggi nak oiiiii...Main secara berjemaah. Tapi bila suruh kemas memasing buat tak tau. Bila si abah dah bersuara, tau takuttt. Sepahkan lah lagi. Penat yer kutip duit syiling tu :-)
Note: Anak2 kalau ngan ibu memang tak berapa nak ikut arahan. Tapi klo si abah, cakap sket jer trus buat...hurmmm...
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Pejam celik pejam celik. Anak soleh ibu ni dah makin bertambah bulannya. Kejap jer dah 17 bulan. Rasa macam baru jer lagi ibu lahirkan awak dik. Masih lagi berhutang dengan kawan² ibu pengalaman ibu melahirkan awak. Pengalaman melahirkan yang cukup² mudah dan senang. Alhamdulillah...
Syukur padaNYA sebab Qhalif yang soleh membesar sebagai anak yang sihat. Makin banyak akal, banyak ragam dan banyak mulut. Anak yang senang dijaga.
Dan akhirnya...saat yg ibu tunggu² muncul juga bila qhalif yg bijak dah boleh jalan. Di usia setahun 4 bulan baru dapat kaki. Excited bila dah bley berjalan yer dik. Memanjat jangan cakap lah. Expert dah.
Alhamdulillah...qhalif yang soleh lagi bijak masih fully breastfeed. Aduhaiiii...moment yg sangat indah bila kita dpt breastfeed anak. Bonding ibu dan anak. Tangan comel yg suka merayap2...kat badan, kat muka ibu ni, mulut, pipi dan sampai hidung ibu pon nak dikoreknya. Punyalah asyik nyonyot kan. Ada 7 bulan lagi dik utk ibu capai misi 2 tahun.
Note: Bersiap sedialah utk dicucuk yer qhalif :-)
posted from Bloggeroid
Teleng ibu nak tengok gambar ko abam
My handsome boys yang banyak akal, yang banyak cakap dan yang banyak ragam.
Si abang tahun depan nak masuk darjah 1 dah. Dah tak sabar2 dah tu. Si adik...kejap jer dah setahun setengah. Alhamdulillah dah boleh berjalan. Setahun empat bulan uols baru dapat kaki. Tu tengah excited, asyik merayap jer...hehehe...
Arghhhh...tak sabar nak balik. Hari2 rasa tak sabar. Dan hari2 jugalah hilang kesabaran dengan kerenah mereka ni...hurmmmmm...Apa pon ibu tetap sayang anak2 ibu hingga hujung nyawa :-)
posted from Bloggeroid
Geram dengan budak ni:
Muka tak bersalah ☺☺
Kalau dalam entry [INI], qhalif tak lepas nak turun kalau dah panjat grill. Tapi skang dah expert. Pandai panjat dan pandai turun dah. Siap nak capai kunci yang tergantung kat grill tu. Ok...panjat turun grill, kerusi, katil suma dah lepas.
Skang ni bakat memanjat dah berkembang. Kita panjat meja pulak. Tengok lah tu...muka bangga dapat naik atas meja atas usaha sendiri. Dan dah selamat jatuh malam tu. Gara² si abam kimi tak sempat nak sambut. Kimi pon dah pandai. Bila dok asyik tengok ibu amik gambar, pastu upload dalam IG, dia pon suruh amik gambar qhalif yang dah pandai panjat meja tu. Aku tengah bancuh susu anak dara tu. Si kimi plak...'cepatlah ibu...cepatlah ibu', tak perasan adik dah kat hujung meja. Hurmmmmm...dah selamat jatuh. Tak per lah...anak jantan kan. Kena lah tahan. Kejap jer pon nangisnya.
Jenuh lah ibu macam ni qhalif yang bijak. Asyik nak memanjat jer kerjanya. Aku nak solat pon rasa tak tenang sebab dia asyik memanjat katil. Kalau aku dah masuk bilik, ImanQahirahQhalif pon sama masuk bilik. Tak der makna dorang nak tengok tv tanpa ibu dorang ni. Ntah apa yang ditakutnya. Cuma pesan kat abang kimi jerlah tengok² kan adik.
Note: Bila teringat keletah anak², bley tersenyum sorang² dibuatnya. Ni tengah taip pon senyum² ni ha. Dah macam orang tak betul senyum depan PC...hehehe...
Merajuk dgn ibu. Kuat merajuk juga macam abang kimi
Dah mula rasa tak sedap hati nak berjalan bila anak tak berapa nak sihat. Petang smalam pengasuh cakap qhalif ceri beri. Hari rabu lagi aku dah perasan sebab balik tu dah 3 kali dia membuang. Pastu kat dahi ru ada 2 butir bintik² yang berair tu. Nampak macam bengkak pon iyer juga. Aku sapu minyak gamat jer. Yang berbintik tu plak bila air tu pecah, dia berair balik. Tak boleh jadi ni.
Malam smalam gi klinik. Dr tanya bagi minum susu apa? Aku cakap lah fully breastfeed. Dr check bintik² tu...katanya takut chickenpox. Tapi kat badan tak der pon bintik². Cuma kat dahi tu jer. Daripada 2 dah naik jadi 3. Alahaiiiiii...risau plak ibu dik. Pasal ceri beri, tak der plak dr cakap apa². Cuma dia suruh continue BF. Memang lah doctor, takkan saya nak bagi susu tepung plak kan. Qhalif ceri beri sebab nak ringankan badan dalam persediaan untuk mula berjalan ker? Pernah dengar tak statement ni ☺☺☺
Pagi ni nampak macam dah ok. Bintik² tu pon dah kecut dan kering. Tapi qhaliff ok jer. Tak der plak nampak meragam. Ya! allah...janganlah kena chickenpox. Minggu ni ibu tak der dik. Risau nih. Tak pergi event tu tak boleh sebab compulsory. Alahaiiiii...berbelah bagi jadi nya ni.
Note: Smoga anak manja ibu ni cepat sembuh.