Hari ahad baru nih gi PICC, ada Metrojaya sale. Tak padan dengan tak sahur, ada hati gak nak merayap...ekekekeke...Pagi lagi dah siap uols. Semangat nak cari langsir raya. Kononnya tak nak bersesak-sesak. Sampai dalam pukul 10.15 am. Tapi hampa sebab bukak pulul 11.00 am. Berlegar² lah kebosanan dalam PICC tu. Dekat pukul 11.00 am, orang dah ramai...ramai...dan makin ramai. Sebelum keadaan tambah sesak, sila lah cari barang cepat². Tak sampai setengah jam pon kat dalam tu. Dapat jer barang trus cabut.
Dapatlah sambar langsir untuk sliding door, pastu beli 2 set sudu garfu. Nak beli kasut, ramai lah plak tengah memilih, pening haku ramai² tu. Tu jer lah yang dapat beli.
Pastu hubby ajak gi IOI plak. Sebelum tu siap tanya dulu aku larat ker tak. Hhhhmmm....redah jer lah. Nak masuk parking IOI tu pon dah berderet kereta. Masuk kat dalam plak...berderet ngan orang ramai. Masuk Jusco pon sama gak...penuh umat manusia dalam tu. Memasing cari baju raya katakan. Hubby ngan iman nyer baju melayu dah settle, cuma baju raya aku ngan anak dara jer tak beli lagi. Pusing² IOI...jumpa gak baju raya. Simple jer, tak kosa aku nak pakai baju yg manik². Dah lah anak kecik, sekali tarik manik, suma terbarai. Baju anak dara jer tak jumpa lagi sebab size suma beso². Balik umah melepek kepenatan.
Malam tadi selesaikan misi cari baju raya anak dara. Cari kat Metro Kajang. Alhamdulillah...jumpa gak, kaler pon agak matching ngan tema kaler kitorang tahun nih dan kebetulan tinggal satu jer size utk setahun...memang rejeki qahirah. Tak sabar plak nak nengok anak dara tu pakai baju kurung ☺☺☺
Minggu nih nak start kemas umah. Kuih pon blom start buat lagi. Insya'allah...esok baru nak cari barang. Kuih semple jer pon nak buat ^_^.