Klik banner kalau nak join ☺
Jawapan aku
senang jer. Kalau nak menambah ilmu, kena lah banyak membaca, banyak belajar
dan banyak cari info. Ilmu tak datang kalau tak di cari. Dan ilmu takkan datang
kalau tak di gali sumbernya. Bukan pasal parenting jer kita kena banyak belajar.
Tapi pasal banyak perkara di sekeliling kita. Even nak gi interview sekali pon
kita kena cari info pasal tempat kita nak bekerja tu kan. Inikan pulak pasal parenting. Ok…panjang plak
mukadimah aku.
Bagi aku,
setiap pasangan yang berkahwin inginkan cahayamata sebagai pelengkap
rumahtangga. Siapa yang tak nak anak kan. Nak jadi ibu bapa pon bukan satu
perkara yang mudah. Lebih² lagi dalam zaman moden yang serba serbi canggih dan banyak cabarannya.
Kalau kita sebagai ibu bapa tak der ilmu, macam mana nak didik anal² kan. Sebab
tu lah ilmu keibubapaan ni sangat penting bagi semua ibu² dan bapa² diluar
sana. Saat lahirnya seorang anak, maka tanggungjawab kita sebagai ibu bapa sudah
bermula.
Sebab tu
perlu adanya ilmu dan kena banyak membaca. Membaca itu sesungguhnya satu
perintah, satu ibadat. Maka, bacalah kerana dengan itu akan terbuka pintu
ketenangan dan kejayaan. Pesanku, bacalah dengan hati yang merendah diri kerana
aliran ilmu itu umpama air yang mengalir, hanya bertakung de tempat yang
rendah. Tadahlah ilmu itu dengan hati yang tawaduk kerana merasai diri tidak
berilmu adalah rasa setiap orang yang berilmu – Ustaz Pahrol Mohd Juoi.
Aku sendiri
masih dalam proses belajar dan mengumpul ilmu even dah 7 tahun bergelar seorang
ibu…cewahhh ayat haku. Belajar nak mengawal perasaan marah. Belajar nak menjadi
seorang ibu yang penyabar. Belajar macam mana nak tawan hati anak2 dan macam² lagi lah yang berkaitan anak². #makbanyakanak *macambanyaksangat katakana.
Lebih² lagi anak² yang dalam fasa nak naik. Memang sangat mencabar mental,
fizikal dan emosi. Dan kadang² buat aku tak sabar juga dengan karenah anak². Cabaran
bila dah bergelar IBU/AYAH kan. Mana² aura negative macam cepat marah tu aku
cuba nak kurangkan. Kalau hilang terus lagi bagus kan…hehehe…SEMUA ORANG MAMPU
BERUBAH ASALKAN MAHU BERUSAHA kan. Macam tu juga aku.
Sebagai ibu
bapa, kita semestinya nak jadi yang terbaik buat anak². Nak jadi ibu bapa yang
sempurna buat anak² juga kan. Tapi tiada ibu bapa yang sempurna *ayat cliche..haha. Sebab tu
pentingnya ilmu. Aku suka baca blog² atau website² yang banyak bagi tips pasal
keibubapaan nih. Sebab banyak info dan ilmu yang aku dapat. Antaranya:
Sebenarnya
banyak lagi. Tapi kembar Izzue Islam ni…erk….ekekeke…Melastikbintang.com ni nak
3 jer. Ok lah…ini lah pendapat aku kenapa perlu baca blog parenting. Dan
pesanan buat ibu²/bapa² di luar sana dan juga buat diri sendiri:
MENJADI IBU
BAPA YANG MENYERONOKKAN, TIDAK BERMAKNA KITA PERLU MENJELMA MENJADI SEPERTI MALAIKAT.
LAKUKAN PERUBAHAN, (SEKIRANYA MEMANG PERLU BERUBAH) MENGIKUT KEMAMPUAN KITA.
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH KAN
Note: Kejap jer dah masuk bulan October.
Note: Kejap jer dah masuk bulan October.