Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika
berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT
adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.
Pada tapak
tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99
nama Allah.Berikut dikongsikan beberapa panduan tatacara berdoa yang
diturunkan oleh ustaz Abdullah.
1. Angkat
tangan paras dada.
2. Rapatkan
kedua-dua belah tangan
Kita akan
nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
"Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba'
letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap
huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat
menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang
perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh
pengharapan" .
3. Duduklah
dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan
betul-betul dan jangan menyandar.
Wassalam.
Note: Bila air-cond dah sejuk tahap maksima ni, asyik besin jer lah kerjanya. Hidung pon mulalah berair.
|
Cantik tak? Ikut mata aku ni cantik lah. Colour pon cantik² uols. Tapi aku frust sebab tak dapat nak sambar batch ni. Sekejapan jer dah 'out of stock'...huhuhu...Tunggu ThePoplook restock pon macam tu juga. Macam goreng pisang panas. Suma nya habis terjual.
Petang smalam bukak FB ThePoplook. Sekali ada Haley Chiffon Blouse nih. Apa lagi...cepat jer tangan tu gi website. Dah selamat pon merembat 2 helai...haishhhhh...Suka baju ni sebab BF friendly. Senang nak menyusukan anak. Lagipon baju ni loose dan labuh menutup punggung.
Bila shopping dihujung jari kan. Kalau ikut nafsu membeli, bley kering dibuatnya. Sebab ada lagi baju yang berkenan di hati. Tapi tak bley lah macam tu kan. Kena kawal sket. Kita tunggu hujung bulan ni plak....ahaks...
Note: Office ni dah macam kutub utara plak. Baru lepas service air-cond katakan. Sejuk tahap gigil dah ni.
Ok...mulai hari ni, aku akan paparkan foto 'SERUPA...tapi TAK SAMA'. Memandangkan idea blogging aku makin hari makin pupus. Ikut mood gamaknya. Datang hari banyak idea, banyak lah ceritanya. Datang hari idea nan hado, kita tepek gambar sajalah. Itu pon kalau rajin. Kalau boleh tak nak bagi blog sunyi sepi uols.
Kita tengok gambar 'serupa...tapi tak sama' bahagian 1 >_<
Sama kan ☺☺. Gambar Iman Hakimi masa lahir tak banyak sebab si dia videokan. Masa tu kan femes dengan webcam. Camera pon tak der lagi masa tu. Pakai camera HP jer. Tapi tak per lah, janji ada untuk kenang-kenangan gambar aiman hakimi masa baby kan. Kita tunggu part 2 dan seterusnya pula yer.
Note: Agak busy hari ni. Nanti petang sikit daku ketuk pintu rumah kamu yer.
Alhamdulillah. Hasil rezeki dari blogging. Dah malas nak tunggu duit naik menggunung lagi. Itu pon kumpul dari bulan Oktober tahun lepas. Kita cash-out saja lah.. Cash-out untuk kali yang ketiga. Dan juga antara amount tertinggi pernah aku dapat. Sebab dapat buat Sponsored Post kan.
Terima kasih kawan² sebab sudi bertandang kat blog suka suki aku ni. Kalau bukan sebab kunjungan dari kamu, tak kan menjadi duit banyak nih. Sayang kamu ketat².
Note: Saham oh! saham. Aku frust nih. Jual saham pagi tadi masa naik 3.43. Sekali petang ni tadi naik 3.62...arghhhhh...frustnya. Tak per lah. Rezeki yang dah tertulis dariNYA. Bersyukur lah. Kita tunggu next tranche plak yer Fiza Rahman >_<. Alhamdulillah atas rezeki ini.
Cewahhhh...tajuk tak bley tahan. Memanglah masak dengan penuh kasih sayang kan. Barulah makanan tu jadi sedap. Macam didalam gambar tu. Amacammmmm...nampak sedap tak? Tapi memang sedap ditekakku dan anak².
Terima kasih buat Ina Intan Berlian diatas resipi yang senang dimasak dan sedap dimakan. Memang simple jer resipi nya. Selalu juga aku buat. Tapi kali ni tambah kentang dan carrot. Resipi yang ina bagi tu pon aku oleh sket. Ikut tekak memasing lah kan. Resipi nya:
BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + KIUB PATI AYAM + LADA HITAM + GARAM = KISAR.
SOS LADA HITAM + MADU + AYAM = PERAP DENGAN BAHAN² YANG DI KISAR. TERPULANG NAK PERAP BERAPA LAMA.
Nampak...senang jer kan. Aku tak letak sos BBQ sebab tak der. Lada hitam plak aku kisar sekali sebab mak malas nak tumbuk noks. Sebelum letak bahan untuk perap tu, aku lumur dulu ayam dengan madu. Jadi nya tak payahlah letak gula sebab madu tu dah manis. Terpulang juga sama ada uols nak bakar dalam oven atau tak. Aku pakai PEMANGGANG AJAIB jer. Memang ajaib ☺☺
Tadaaaaa...inilah hasilnya...ROASTED CHICKEN WITH GRAVY. Aku kasi berkuah sket. Tak suka sangat kalau kering. Masa tengah memanggang tu. Perghhhh...bau dia sampai qahirah cakap 'hurmmmm...sedapnya bau'...Makan plak dengan nasi panas. Bertambah² makan. Memang anak² suka lah. Mekasih Ina sebab berkongsi resipi ni. Uols mesti cuba tau. Kalau nak resipi asal, klik jer link merah tu.
Note: Teringin nak buat kek. Tapi tak terbuat lagi. Rajin print resipi jer.
Setelah sekian lama tidak membaca dan membeli novel. Pagi ini dalam sejarah, akhirnya tanganku ini gatal juga 'add to cart'. Bukan satu novel, tapi......
6 biji novel sekali beli. Perghhhhh...tamak haloba ko. Berapa lama lah nak habis baca ni wei....hehehe...Cuba nak membaca novel dari hasil tulisan ACIK LANA pula. Ramai yang kata terbaik. Baca sinopsis pon dah tau novel tu best. Tak sabar nak tunggu novel² tu sampai. Ni pon tengah mengintai² novel 'Teduhan Kasih' dengan 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Nak beli sekarang ker, nak beli kemudian...hurmmmmm. En. suami...sila belikan novel² tu. Buku² motivasi juga tak terkecuali. Antara yang menarik perhatian:
Kalau tangan ni masih gatal lagi. Tak dapek den nak nolong. Selamat membaca lah buat diri sendiri. Nanti boleh buat mini library kat umah tu >_<. Last but not least, hati berbunga² keriangan sebab menang buku ini:
Alhamdulillah...rezeki berpihak kepadaku juga. Mekasih banyak² kak. Semoga rezeki akak dan keluarga bertambah murah ☺☺. Kak Nora Karim ni rajin buat Mini Giveaway yang hadiahnya berupa sebuah buku. Memang menarik semua buku yang ditaja tu. Jom terjah blog Dialog Uda @ Nora Karim
Note: Peringatan buat diri sendiri. Baca novel tu...bacalah juga. Tapi AL-QURAN jangan lupa nak baca pula. Alhamdulillah...daku dah mula membaca ayat² suci itu walaupon sekadar sehelai dua mukasurat. Semoga tidak terhenti Ya! allah.
.
Alhamdulillah...hasil dari blogging. Terima kasik banyak² buat KAK INA HASHIM. Cantik keychain tu. Bukan satu, tapi dua kak ina bagi. Buat MASYA sebab bagi key chain sempena ucapan untuk hari jadi beliau *rasanya lah*. Untuk PAPA MIFZ sebab sudi bagi FM untuk top commentators. Bertambah koleksi FM saya. Dan juga buat CCI sebab terpilih sebagai pemenang giveawa anjuran beliau tempohari. Cute sangat Bookmark ni. Jom terjah blog mereka ☺☺
Semoga ukhwah yang terjalin di alam maya ni berterusan sampai bila².
Note: Yeayyyyy...selamat datang jalan yang lengang ☺☺
Sekiranya mampu, bacalah Al-Quran setiap hari 1 juzuk.
Sekiranya tak mampu, bacalah separuh juzuk.
Sekiranya tak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat
Sekiranya tak mampu, memadailah dengan satu ayat
Sekiranya tak mampu juga, cukuplah hanya dengan memandang Al-Quran
Dan tanyalah kepada diri sendiri
"Ya! Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat² MU?
Pasti akan kau temui jawapannya nanti sekiranya engkau benar² ikhlas
Bila kali terakhir kita membaca Al-Quran? Adakah last ramadhan tahun lepas?
Note: Kata² yang sangat terkesan dihati *tearing eyes*.
Boleh tak nak jakun kejap. 1st time buat passport dan 1st time nak bercuti kat over the sea katakan...hahahaha....
Alhamdulillah...selesai juga masalah passport. Bukan main susah lagi nak buat. Dari hari jumaat last week. Aku gi Jabatan Imigresen Putrajaya. Sekali system offline. Frust. Member office ni gi hari isnin. Tengah amik nombor. System offline lagi. Tengah hari pergi lagi. Masih lagi offline. Amik nombor hari isnin untuk hari selasa nyer appointment. boleh gitu? Passport nak kena submit before 27th May nih.
Kisahnya...pagi selasa aku gi Jabatan Imigresen kat Terminal Bas Kajang Jalan Reko tu. Pukul lapan lebih aku sampai....perghhhhhh...dah beratur panjang wei. Ramai betul orang nak buat passport dan ramai betul orang nak bercuti kat over the sea kan. Lagi pon mungkin aku salah timing sebab nak cuti sekolah ni. Ramai lah orang. Pastu member office ni cakap. Mungkin sebab gomen dah clearkan nama² orang yang dah di black listed kan (janji pilihanraya ker?). Tu yang berebut² gi buat passport.
Nak pitam aku beratur. 2 jam lebih hokey. Dengan tak breakfast nya lagi. Buat tambah lagi tension haku ni kan, gambar passport skang ni nak yang background putih. Aku nyer gambar background biru...arghhhhh...keluar barisan jap gi amik gambar pulak. Ramai juga orang sebab memasing baru tau nak background putih kot. Kesian pada orang yang bawak anak kecik lah. Sian tunggu mak sampai tertido kat kerusi. Luluh plak hati aku ni nengok*dasar hati tisu*. Member aku ni pon kesian jugak. Gi buat kat Pudu Sentral. Pon ramai orang. Pastu passport siap dalam masa seminggu. Selangor jer yang siap hari tu juga. Patah lah balik member aku ni gi Kajang. Nasib sempat amik nombor.
Dah amik nombor, kena tunggu step by step plak. Daftar nama bagai, tunggu nombor di panggil untuk pembayaran. Tunggu lagi ko. Dah buat pembayaran, tunggu nombor di panggil untuk amik passport pulak...selepas 2 jam plak tu....alahaiiiiii...pastu boleh plak system offline kejap. Seharian aku kat Jabatan Imigresen ko. Dekat pukul 4 petang baru habis. Makanya...aku tak masuk office. EL lah gamaknya smalam semata² nak buat buku merah ni.
Sempat lah berborak dengan pegawai imigresen tu. Katanya mungkin sebab nak cuti skolah. Tu yang ramai. Selalu tak der ramai macam nih. Iyo lah tu. Yang aku hairan, kaunter banyak, tapi yang buka hanya beberapa kaunter sahaja. Imigresen kena upgrade lah system dorang. Yang kat Putrajaya tu asyik offline memanjang. Aku dengar kat mana² imigresen pon orang ramai/penuh. Kesian dekat pemohon yang kena tunggu lama.
Nasihat aku, kalau korang nak gi buat passport, keluarlah awal². Aku rasa dorang ni lepas subuh dah kluar amik nombor agaknya. Pastu kan. Nak lagi senang. Buat² lah macam ibu mengandung. Perut tu kasi buncit macam mengandung 9 bulan. Tapi yang belum kahwin jangan lah buat macam ni. Tak pasal² jer kena beratur balik sebab menipu. Amacam...ada berani??...hehehehe...gurau jer.
Itu jer lah kisah aku dengan Buku Merah dan Imigresen. Panjang juga erk. Luahan ferasaan noks...ahaks...
Note: Abaikanlah mukaku dipassport tu. Urat senyum dah putus. Orang yang tengah tension sebab beratur panjang sangat kan >_<.
ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!
DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
- Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli..
- Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
- Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..
Note: Pagi ni buat passport. Harap2 system tak offline.
Note: Pagi ni buat passport. Harap2 system tak offline.