Last year aku ada join giveaway ni, dapat lah free sample klo terpilih. Sekali nama blog aku naik untuk dapat free sample tuh. Happy lah kan. Email lah segala detail suma. Tunggu punya tunggu, barang yang di nantikan tak kunjung tiba gak, sampai aku pon dah naik lupa. Dah 6 bulan berlalu. Owner nya pon tak der plak announce kalau ada contestant yang masih blom dapat barang sila hubungi dia semula.
Aku bukak balik blog tu nak tengok pasal giveway yg di anjurkan, kononnya nak hantar email nak bagitau aku tak dpt² lagi barang tu, tapi tak der lah plak, blog sudah berubah. Hhhhmmmm...frust lah jugak kan. Tak per lah...tak der rezeki nak dapat sample free.
Skang aku tunggu hadiah contest yang lagi satu nih plak. Dah hantar detail awal bulan aritu. Tapi masih blom dapat lagi...huhuhuhuhu...
Dalam entry INI, aku ada cakap pasal arahan untuk berpindah. Hhhhmmmmm...aku masih bersiaran di bangunan MERCU lagi. Kan dah cakap, memang tak boleh siap, ramai yang cakap macam tu, tapi Boss nih degil. Dia jugak yang betul. Tak siap sepenuhnya pon nak soh pindah gak. Takkan lah nak soh staff bekerja dalam keadaan yang tak selamat dan berhabuk.
Email yang aku dapat "the shifting of office equipment can only be done once the Cyberjaya Office completed and secured with office lock and facilitate with security"...baca tu boss. So, tarikh sudah bertukar ke 16 Julai 2010. Itu pon kemungkinan. Just wait and see lah. File² suma dah di angkut ke sana. Nak buat keja pon susah, kan dah menyusahkan staff.
Masih sempat lagi nak gilap skill memandu yang dah 7 tahun aku tinggalkan. Setakat ni dari rumah ke kedai dah lepas, paling jauh dari rumah ke klinik kat seksyen 4. Risau gak ni nak drive dari Bangi ker Cyberjaya. Boleh ker jauh² nih...huhuhu...
Giveaway lagi. Kali ni dari Beba-Anas, sempena menyambut ulangtahun kelahirannya.
Hadiahnya ialah: Personalized Mug from http://heartbeat.my/?rid=2571
berakhir pada: 07.07.10
Untuk Beba, Happy Belated Birthday, smoga di murahkan rezeki dan di beri kesihatan yang baik.
For more detail, bleylah klk SINI