Satu yang sangat menarik untuk dikongsi bersama. Mekasih sahabat sebab tagged nurkilan ni. Dan terima kasih buat [Puan Empunya] kerana berkongsi hasil tulisan nya ini. True indeed sangat. Memang orang perempuan DEGIL dan TAK RETI SERIK. Meh baca nih.
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung.
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung.
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung.
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung.
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung.
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung.
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung.
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yang menyusu, masih lagi nak mengandung.
Tapi itu lah orang perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.
To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.
Kepada para suami yang budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab orang perempuan memang 'degil'. Hehehe.
Saat 'Perempuan Degil' bersalin anak ketiga. Degil sangat sebab anak baru 10 bulan dah mengandung balik. Itu pon [tak tau dalam perut dah ada isi]. Degil tak nak gi check up....hahaha...Rasa lawak bila dikenangkan kembali. Tapi bila tengok gambar ni, rasa 'DEGIL' tu kembali lagi lah. Acaner tu?? Qhalif pon dah nak masuk 3 tahun dah...hurrmmmm...
Note: Perempuan degil sebab suami pon degil jugak...hahaha...