Spongebob Run Malaysia | Berpagian Di Setia City Park, Shah Alam
Motherhood Thursday, April 06, 2017Spongebob Run Malaysia | Berpagian Di Setia City Park, Shah Alam
Demimu Spongebob Run Malaysia, pukul 6.00 pagi dah bangun. Kisah hujung bulan March haritu. Kitorang anak beranak masuk acara larian. Tapi aku terkecuali lah sebab ada anak kecik kan. Lagi pon tiket hanya untuk 4 orang sahaja. Kelam kabut jugak lah sebab larian start pukul 7.00 pagi. Kalau ikut jadualnya lah. Tapi biasalah... mesti start lewat punya. Pukul 6.40 pagi baru kau nak keluar rumah... ppffttt... Dengan harapan semoga larian belum bermula.
Buat pertama kali jugak lah kami jejak Setia City Park tu. Nasib husband expert bab selok belok jalan ni. Memandangkan nak kejar masa, tak sempat nak breakfast. Just beli roti buat alas perut. On the way tu pulak boleh tapak kasut Iman Hakimi tercabut. Dedua belah pulak tu. Pada hal baru jer beli kasut. Dah macam mana kau nak lari nak. Sudahnya... pakai selipar jer lah. Sadis betul. Nak cari gam memang dah tak sempat. Nasib kau lah anak. Layan lah gambar-gambar ni yerp ☺
Baru sampai. Muka kimi stress sebab tak ada kasut nak lari ☺☺
Sampai-sampai tengok orang dah ready kat garisan permulaan. Haaaaa... kan dah cakap. Mesti start lewat punya. Kitorang sampai dalam pukul 7.45 pagi. Tak lama lepas tu Spongebob and Patrick pon keluar. Tak koser aku nak amik gambar sebab orang yang ramai. Baik aku amik gambar anak-anak ni haaa ☺☺
#makanakempat... Tak dapat bergambar dengan Patrick, balloon patrick pon jadilah. Nampak tak keterujaannya yang hover tu... hehehe... ☺☺
Sis tak lari pon. Sis jadi pompom girl sambil babywearing anak paling kecik menanti suami dan anak-anak digarisan penamat. Nasib anak kecik sis ni baik tak meragam. Ontok @ diam jer duduk dalam tu. Best yer kena polok dengan ibu ☺
Akhirnyaaaa.. Setelah lama sis menanti kelibat suami dan anak-anak digarisan penamat, muncul juga mereka dicelah-celah orang yang ramai tu. Risau jugak sis sebab lama jugak diorang lari. Mana lah tak sampai-sampai lagi ni.. Haaa.. gittew hati sis berbicara. Biasalah... lari dengan anak-anak kan. Bawak stroller lagi. Standby kot anak-anak tak larat.
Yeayyyy... Dapat medal ☺
Tahniah semua sebab berjaya menghabiskan larian sepanjang 3 km. Bermandi peluh dah masing-masing. Abaikan lah muka anak-anak sis yang stress sebab kepanasan dan keletihan. Ditambah pulak paksaan dari sis yang suruh ber posing dengan medal tu pulak.... hahaha... Ibu kau ni blogger nak. Kalau tak amik gambar tak sah.
Ini lah dia medal yang anak-anak dan suami dapat. Cute sangat tau. Sis is sangat jealous hokay sebab sis tak dapat medal yang cute ni. Anak-anak pon teruja bila dapat medal ni. Especially budak ni
Ini lah budah yang hover teruja dengan medal yang dia dapat ni. Balik tu singgah supermarket beli barang basah. Di gantungnya medal tu kat leher. Tidur malam pon pakai medal. Pergi sekolah pon pakai medal. Balik akim dia pon medal masuh tergantung kat leher. Kau dah kenapa nakkkkk!!! Taksub betul dengan medal spongebob ni. Dua hari jugaklah kelakuan anak ketiga sis macam nih. Bila tanya nak masuk larian lagi tak? Katanya nak lari lagi.
1st time masuk acara larian ni. 1st time jugak bagi anak-anak join. Ada macam-macam aktiviti kat Setia City Park, Shah Alam sempena Spongebob Run Malaysia ni. Tapi aku tak tunggu sampai habis. Tak menahan aku dengan cuaca yang panas berdeting. Baru pukul 9.00 pagi kot. Round-round kejap lepas tu balik. Lagi pon kimi ada latihan Silat.
Note: Teringin jugak nak masuk larian sambil gendong anak. Ada jer yang lari sambil gendong anak kecik ☺