Ini punca sebenarnya:
Shoutbox dari oggix.com ni rupanya. Lately memang aku perasan lambat loading. Hangin pon iyer gak. Kiri kanan dah kluar tapi entry tak kluar². Cik May pon ada komen ni ha:
Bila tukar template baru pon macam tu gak. Sekali godek punya godek, try lah buang shoutmix tu. Hasilnya....laju dah loading. Bukan cik may jer yg complain lambat loading, ada beberapa blogger gak complain. Mekasih bebanyak uols sebab prihatin. Mungkin shoutmix ni salah satu sebab lambat loading. Kalau lepas ni jadi lagi...mungkin part lain plak kot yang aku kena delete.
Masa check-up awal bulan aritu, keputusan blood test last month menunjukkan yang HB aku rendah. Patutlah aku selalu rasa macam susah nak nafas...jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Cepat letih. Tak pernah lagi kena hb rendah masa hamil ni. Ni 1st time kena. Risau pon ada gak nih. Kalau pitam kat office tak per, tapi klo tetiba pitam kat umah atau pon tengah memandu...ya! allah...na'uzubillah.
Doctor cakap mungkin sebab masa awal pregnancy aku tak cukup vitamin. Iyerlah...tau pregnant pon masa kandungan nak masuk 5 bulan. Dr soh stop makan obimin...dpt ubat baru, IBERAT FOLIC. Harap² hb naik lah. Minggu depan nak gi check up lagi. Rasau gak klo hb masih di tahap yang sama. Tapi alhamdulillah...baby sihat dan active.
Sedikit info mengenai ANEMIA.
Apa itu Anemia?
Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin
Punca kurang darah
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-
- Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
- Ibu yang kerap bersalin
- Jangkitan cacing
- Pendarahan dari faraj atau buasir
- Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
Tanda – tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:
- Kelihatan pucat
- Sentiasa rasa letih lesu
- Rasa mahu pitam bila bangun
- Sentiasa rasa pening
- Bengkak kaki dan muka
- Kebas kaki dan tangan
- Rasa mengah dan hati berdebar-debar
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:
- Anda mungkin mengalami keguguran
- Melahirkan anak tidak cukup bulan
- Anak mati dalam perut
- Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
- Keluaran susu badan akan berkurangan
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung
- Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
- Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT
Cara Atasi
- Menjaga kebersihan diri
- Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
- Rehat dengan cukup- Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
- Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkanKalau RM700 sahaja untuk buat kerja rumah, jaga anak plak macam mana? Tambah lagi RM700? Maknanya RM1400 lah yer. Perghhhhhhh...gaji amah lagi mahal dari gaji penjawat awam/swasta. Baik aku jadi amah jer klo dah gaji banyak tu kan. Kerja belum tentu bagus...bila bosan/bermasalah ngan majikan, lari macam tu jer. Siapa yang susah?
Kalau dah macam nih gayanya, amah² ni hanya sesuai untuk orang² kaya saja. Golongan berpendapatan sederhana nih kenalah cari alternatif lain. Nak dapatkan amah dah berhabis ribu riban. Gaji plak tinggi pastu hanya khusus untuk satu kerja sahaja. Memang melampau dan tak berbaloi.
JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.
Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.
Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia, di sini semalam.
Beliau berkata, 106 pembantu rumah Indonesia mula dilatih selama 200 jam atau 21 hari mulai semalam dengan kemahiran khusus masing-masing, manakala majikan yang memerlukan pembantu rumah Indonesia untuk menjalankan semua empat tugas itu perlu mengambil empat pembantu rumah yang khusus terlatih dalam kemahiran masing-masing.
Dr Reyna berkata, kesepakatan dalam soal jawatan khusus itu diharap dapat mengelakkan sebarang masalah seperti yang berlaku pada masa lalu.
Katanya, pada masa ini 12 daripada 176 agensi pekerjaan Indonesia bersedia melatih pembantu rumah berkenaan, manakala lima daripada 221 agensi di Malaysia bersedia menguruskan penempatan mereka dengan majikan di Malaysia.
“Pada masa ini sebahagian besar daripada calon pembantu rumah berkenaan sedang dilatih di Surabaya, Jawa Timur dan di Bekasi, Jawa Barat,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat itu di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia.
Beliau berkata, selepas pengiriman kumpulan pertama 106 pembantu rumah itu, ribuan lagi akan dihantar ke Malaysia dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 orang sebulan.
Setakat ini belum ada pembantu rumah Indonesia dihantar secara rasmi ke Malaysia sejak negara itu menarik balik moratorium pengiriman pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Disember tahun lalu. Pembekuan sementara itu ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.
Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu negara itu oleh majikan Malaysia.
Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006 dengan memperkemaskan peruntukan, terutama berkaitan perlindungan dan kesejahteraan pekerja dan majikan.
Antara persetujuan yang dicapai adalah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja kepada agensi pekerjaan. Selain itu, pembantu rumah diberi sehari cuti setiap minggu dan dibenarkan memegang pasport sendiri. – BERNAMA
Source: BH Online
Perut mesti lapar. Nak² mak buyung ni kan...memang sentiasa nak mengunyah. Apalagi...air milo cicah biskut lemak lah di kala hujan lebat nih.
Jemput minum semua ☺☺☺
Tapi kalau dapat goreng pisang panas hujan² macam nih, pastu minum plak ngan air kopi...perghhhhh...mantop. Cicah plak ngan cili kicap...alahai...kecur sudah. Kat office ni susah betul nak cari goreng pisang.