Ingat tu...Betapa beratnya dosa tak bayar hutang. #selfremind...kalau saya ada berhutang dan terlepas pandang, sila tuntut. Kalau yang berhutang dengan saya tu...sila mohon terasa. Tapi style skang ni kita plak jadi muka tak malu minta hutang dibayar sedangkan orang yang berhutang buat selamba bodoh tak tau malu macam tak der hutang. Tolong jangan pentingkan diri sendiri.
Ingat lagi tak kes luahan perasaan aku kat [SINI-Pengajaran | Tolong jangan GADAIKAN NAMA Sendiri]. Alhamdulillah...allah permudahkan urusan aku buat pinjaman koperasi. Dengan duit tu lah aku bayar suma hutang kereta. Mana ko nak? Nak rumah sendiri kena sita? Aku dengan husband cari jalan macam mana nak selesaikan sedangkan orang yang berhutang bersenang lenang.
Sakit??? Hanya DIA yang maha mengetahui betapa sakitnya rasa di khianati dan di aniaya. Duit gaji bulan² banyak tolak sebab bayar hutang dia. 10 tahun aku terpaksa menahan azab bayar hutang koperasi sebanyak RM11,200.00
Masalah skang ni bila aku tuntut hutang tu dibayar bulan² kat aku. Haram jadah tak bayar. Diam seribu bahasa. Banyak benda yang aku nak buat dengan duit tu. Belanja persekolahan anak² yang akan datang nih. Registration fees untuk tadika dan jugak persiapan² lain.
Pesanan untuk orang yang berhutang. Saya bukan orang senang. Kalau awak tak der duit, tu bukan masalah saya. Tolong usahakan untuk bayar balik. Duit gaji bulanan saya dah banyak tolak sebab nak bayar hutang awak. Kalau saya boleh usaha sendiri naik turun bank, jumpa orang koperasi atas bantuan suami untuk selesaikan hutang awak. Takkan awak tak boleh usaha nak dapatkan duit untuk bayar hutang saya?
Sekian pesanan dari orang yang teraniaya yang tuntut hutang sebab nak pakai duit.
Note: Bukan untuk membuka pekung didada atau mengaibkan sesiapa. Sebagai pengajaran supaya anda tak teraniaya seperti mana yang saya rasa. Sebab duit, hubungan sedarah sedaging jadi huru hara.