Salam pagi
Jumaat semua. Pagi ni aku nak kongsikan sebuah nurkilan yang sangat indah dan
puitis untuk kalian semua. Hayatilah.
JIKA SEMUA
YANG KITA KEHENDAKI TERUS KITA MILIKI
LALU DARI MANA
KITA BELAJAR IKHLAS?
JIKA SEMUA
YANG KITA IMPIKAN SEGERA TERWUJUD
LALU DARI MANA
KITA BELAJAR SABAR?
JIKA SETIAP
DOA KITA TERUS DI KABULKAN
LALU BAGAIMANA
KITA DAPAT BELAJAR IKHTIAR?
SEORANG YANG
TAAT PADA ALLAH
BUKAN BER ERTI TIDAK ADA CACAT CELA
DAN KEKURANGAN
SEORANG YANG TEKUN BERDOA
BUKAN BER ERTI TIDAK ADA MASA²
SULIT
KETIKA KERJAMU TIDAK DI HARGAI
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG
KETULUSAN
KETIKA USAHAMAU DI NILAI TIDAK
PENTING
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG
KEIKHLASAN
KETIKA KAMU LELAH DAN KECEWA
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG
KESUNGGUHAN
KETIKA KAMU SEDANG MEMBAYAR
BIAYA
YANG SEBENARNYA TIDAK PERLU KAU
TANGGUNG
SAAT ITU KAMU SEDANG BELAJAR TENTANG
MURAH HATI DAN DERMAWAN
HARI² YANG DI LEWATI SEJATINYA HARUS
DI INGAT
BAHAWA KITA SEDANG MENIMBA ILMU DALAM
UNIVERSITI KEHIDUPAN
Sebuah nurkilan yang
sangat indah dan puitis kan. Nurkilan yang aku dapat dari Ustazah Norhafizah
Musa dalam segmen USRATI @ IKIM.fm. Setiap khamis jam 5.00 pm. Memang
tiap² minggu aku dengar dan rakam.
Sejujurnya, bergenang
airmata bila ustazah baca nurkilan ni. Terasa kena dengan apa yang sedang aku
lalui saat ini. Aku tau kita semua tak terlepas dari situasi yang sama kan. Jom
kita muhasabah diri.
Note: Nanti aku akan kongsikan lagi
perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa. Dah jatuh minat dengan ustazah ni.
Suka sangat dengan cara penyampaian dan nasihat yang diberi. Sangat menusuk
hati sanubari ☺