Especially newbie yang baru nak berjinak² dalam babywearing dan juga yang baru jadi mommy/daddy yang nak membelli baby carrier. Semalam aku terbaca dalam group MALAYSIAN BABTWEARERS pasal baby 4 bulan koma lepas terjatuh dari baby carrier (ERGO) dan difahamkan yang ianya adalah Ergo fake.
Fake. Sumber: Malaysian Babywearers
Kalau uols perasan, skang banyak online seller yang jual baby carrier especially ERGO. Brand lain aku tak perasan lah dengan harga murah. Kalau nak ikutkan, ERGO yang original harganya RM600++. Tapi online seller jual bawah RM100. Kena ingat, kualiti original dan palsu tak sama yerp. Sanggup ker perjudikan nasib anak dengan beli yang palsu? Kalau nak beli pon, Jangan main beli jer. Tengok ni:
Cer kalau kaki ko tergantung macam tu. Sakit tak? Inikan kaki budak wei. Sebenarnya ramai parents masih tak alert pasal benda ni. Sama jugak dengan fake baby carrier ni. Bila dah berlaku perkara yang kita tak nak, baru lah nak bukak mata. Baru ada kesedaran khenn.
Sumber: [SINI]
Sila amik perhatian. Nak ber babywearing pon ada rule juga tau. Bukan sebarangan pakai jer. Jangan memain.
Nah...belanja gambar ulang tayang Puan punya blog ber babywearing..hahaha...Iols pakai Boba 3G. Memang best. Walaupon badan ku petite, tapi terasa keselesaannya di situ...cewahhhh...Kalau nak tau pasal babywearing, boleh klik [SINI] dan kalau nak tau pengalaman pembeli baby carrier fake, boleh baca kat [SINI].
Tapi tu lah, tak semua parents yang mampu kan. Tak boleh nak salahkan dorang kalau beli baby carrier yang murah. Tak per, beli ikut kemampuan. Tapi pastikan keselamat baby terjamin ok. Entry ini sekadar perkongsian. Bukan nak menunjuk Boba 3G aku tu erk...ekekeke...Hati orang kan. Kesimpulannya...Belilah yang ORIGINAL. Bukan TIRUAN. Sekian.
Note: Dah lama tak sumbat Qhalif dalam Boba tu. Rasanya nak sumbat balik nih. Kalau jalan tak nak dipegang. Bebudak...sekejapan jer hilang.