Sejak bulan posa nih mood blogging ke laut china selatan sketlah. Mood yang ada skang ni adalah mencari resipi kuih raya dan kek. Tak caya? Silalah percaya. Gigih tak gigih lah mak cari resipi kat tenet nih noks. Hajat raya tahun ni sangat besar. Nak buat kuih raya hasil air tangan sendiri. Kuih raya dah mahal. Bagi menjimatkan ekonomi...adalah lebih baik buat sendiri. Lagi pon oven baru beli. Asyik buat bakar ayam...bakar roti, buat apa kan. Bakar kuih lah plak.
Bukan setakat kuih raya jer nak buat sendiri. Kalau boleh kerepek² tu pon nak buat sendiri. Ni idea hubby mak yer noks. Tak terfikir plak aku nka buat kepek sendiri. Aku ajak gi banting nak beli kepek raya sebab kat sana murah. Tapi hubby cadangkan nak try buat sendiri. Tunggu jer lah nanti buat ker tak. kekadang hangat² chicken sh** jer lebih...muahahahaha....
Buat masa nih kuih yang senang² jer lah yang aku nak try buat macam cornflake madu, biskut chocolate chip, biskut arab...yang susah² tu nanti dululah. Harap² menjadilah. 1st time nak bakar kuih nih.
Uols plak buat kuih ker beli kuih? Citer lah sket. Kuih apa lagi yang senang nak buat erk. Bagi idea sket.
ALLAH IS GREAT!!!
Allah has no Blackberry or an iPhone, but He is my favorite contact. He doesn't have Facebook, but He is my best friend. He doesn't have Twitter, but I follow Him. And, He doesn't have internet, but I am connected to Him.
Gara² kehabisan gas petang smalam. Semangat nak memasak bukan main lagi. Terbayang telur goreng masak sambal dan sayur kobis gereng kicap. Sekali petik² api, nan ado apinya. Uuuwwaaaaaa...hubby plak balik keja tertidur kepenantan. Cakap sekali 'abg...gas dah habis', tapi tak der respond malas lah aku nak ulang² lagi kan.
Petang smalam adalah bukak posa paling sadis. Minum nestum, makan beberapa biji kurma ngan kepek tempe saja. Nasib ada kettle letrik buat jerang air masak. Lepas isya' baru gi kedai makan.
Citer pasal sahur. Slalunya untuk bukak posa memang aku akan masak nasi and lauk lebih. Boleh makan untuk sahur skali. Memandangkan smalam tak masak, kalam kabut sket ah pagi nih. Kebetulan anak dara bangun nak nenen. Nenen punya nenen skali bangun dah pukul 5.15 am. Nak masak apa kan kalau dah tinggal banak yu jer masanya. nasi pon tak masak lagi. Kesudahannya...makan maggi jer lah...huhuhuhu...
Harap bley bertahan sampai bukak posa lah. Iyerlah...ibu menyusukan, bulan² posa pon aktiviti mengepam tetap jalan. Memang tak pernah tak makan nasi untuk sahur. Kalau lepas pam tu memang terasa gak lah tahap kelaparan yg amat sangat. Ni makan maggi jer pagi nih...tak tau lah macam mana lepas pam nanti. Jangan gigil² sudah lah.
Smoga puasa hari nih di permudahkan olehNYA.
Suara Kumpulan Ibu² Menyusu untuk menuntut hak. Baru² nih berlangsung acara Breastfeeding Flash Mob di KLCC. Walaupon tak pergi, tapi rasa bangga bila tengok kumpulan ibu² menyusu nih berkumpul sebagai tanda sokongan. Artis Dynas tu pon turut serta gak tau ^_^. Info pasal flash mob:
'Flashmob ini diadakan kerana beberapa insiden yang boleh dikatakan mennzalimi hak ibu menyusu yang berlaku di KLCC, di mana ada para ibu yang dihalau/ditegah untuk menyusu semasa berada dalam tempat tertutup seperti di surau/duduk di bench KLCCC walhal ia dilakukan secara sopan dan discreet
Breastfeeding perlu di tekankan sebagai suatu yang normal dan alami.
Adakah anda lebih sanggup baby anda disusukan dalam toilet jika anda sendiri tiada selera untuk makan di tempat kotor sebegitu? berbanding disusukan di tempat umum dalam keadaan aurat terpelihara?'
Source: YouTube
Tak sangka pulak management KLCC macam tu sekali. Aku plak memang dah lama tak ker KLCC, tak tau plak macam tu citernya. Tak boleh nursing in public. Kalau nak nursing kena pergi Baby Room. kalau baby dah melalak² kelaparan, takkan nak cari baby room lagi kan. Dalam group KIM smalam ada citer, nak masuk baby room untuk nursing pon kena bayar...haihhhhh....
Yang ni plak citer pasal pengalaman dia di halau dari surau KLCC semata² nak pam susu. Bley baca kat SINI.
Banyak lagi citer dan gambar² pasal breastfeeding flash mob ni kat FB. Search jer klo nak tengok. Memang meriah. Semoga penyusuan susu ibu makin mendapat tempat di hati ibu² dan bakal² ibu. Dengan adanya acara macam nih, sekurang² nya dapat membuka mata dan minda tentang kepentingan susu ibu dan kumpulan sokongan susu ibu.
FEED The FUTURE!!
I'm proud to be a breastfeeding mom. It's 100% Organic, Fresh and Free, anytime...anywhere ☺☺☺
Hargai dan sayangi orang² disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Amaran: Sila sediakan tisu sebelum membaca. Cukup menyentuh hati dan perasaan.
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Sila klik utuk kisah seterusnya
Source: email
Alhamdulillah...petang nih dapat ole². Company bagi. Dapat apa tu?
Biasalah, kalau bulan puasa nih kan. Mesti lah kurma. Ada 2 jenis kurma. Kurma biasa and kurma yang bersalut coklat. Macam tau² jer kurma kat umah tu dah habis. Kebetulan pagi nih tinggal sebijik jer. Rejeki...rejeki...^_^
Selamat Berbuka uols and Have a Great Weekend ☺☺☺
Alhamdulillah...dah masuk 5 hari kita berpuasa. Kejap jer kan. Sepanjang bulan puasa nih, aku masih belum jejak PARAM @ Pasar Ramadhan lagi. Masih di beri kekuatan untuk memasak walaupon dalam keadaan yang kelam kabut...alhamdulillah.
Menu Ramadhan 1 - 4:
1- Ayam Masak Merah + sayur campur + Budu
2- Sambal Tumis Ikan Bilis + Sayur Petola
3- Ikan Masak Kicap + leftover sambal tumis ikan bilis
4- Sardin Ayam Brand + sayur kobis
Simple jer. Gambar nan ado lah. Kang kalau tepek terliur plak uols nengok...hehehehe...Memang tak terbuat lah kalau aku sorang yang masak kan. Semua nih takkan berjaya tanpa bantuan hubby terchenta. Aku siap² kan bahan, hubby yang tolong masak with my supervision lah kan.Ada gak yang aku masak.
Syukur sangat² sebab hubby ringan tulang, Iyer lah...dah 2 anak nih kan. Memang tak terkejar kalau buat sorang². Tambahan lagi anak dara tu mengacau. Kejap² ker dapur, pastu nak nenen...haihhhhh...penat jangan cakaplah.
Kalau nak gi Param, lauk pauk belum tentunya sedap. Harga pon mestilah lagi mahal daripada biasa. Biasalah, tiap² tahun mesti naik harga nyer lah. Petang smalam degar radio pon pembeli dok merungut harga makanan kat Param melampau² harganya, macam tak masuk akal pon ada...hhhhmmmmmm...Kalau harga makanan setimpal dengan kesedapannya tak per lah kan. Ini dah lah mahal, pastu tak sedap plak tu. Memang menganiaya pembeli namanya tu.
Masak sendiri jer lah lagi afdhal, even kekadang tak rasa apa, janji puas hati...yer tak ☺☺☺. Nak masak apa plak petang nih erk...hhhmmmmmmm...
M.E.N.G.A.N.T.U.K
+
B.U.S.Y
Time bula posa nih rasa mengantuk tu lain macam sket lah...haihhhh....
1st time gi members day sale nih. Apa yang aku bley katakan. Sorry lah...tak der lah aku nak gi lagi lepas nih. Tak kira lah Sogo atau Jusco members day.
Sabtu baru nih saja ajak hubby gi Sogo. Terpaksa gak bawak bebudak tu. Nak tinggalkan ngan sapa plak kan. Jalan agak sesak gak lah. Tapi still under control. Lagi pon dah petang kan. Aku sampai Sogo dalam pukul 8.00 malam. Parking kat Maju Junction. Kalau nak parking kat sogo, memang nan ado lah kan.
Sampai jer sogo...ya! ampun, dah macam nak nengok concert gamaknya. Ramai giler orang. Nak masuk sogo lagilah...beratur. Kat dalam pulak, masya'allah...ramai nak mam**. Dari satu floor ker satu floor kami terjah. Ya! allah...sesak dengan manusia, jammed wei, tak boleh nak jalan. Kaunter jangan cakap lah, beratur panjang orang nak membayar.
Ingatkan kalau gi malam sket tak der lah ramai sangat orang, tapi hampeh...lagi malam lagi bertambah manusia dalam sogo tu. Daripada sorong stroller terpaksalah lipat balik stroller sebab susah nak jalan. Nasib stroller jenis umbrella fold and ringan.
Nak memunggah baju lagi satu hal, nak pilih yang cantik lagi. Memasing berkerumun. Dah macam 'siapa cepat dia dapat' plak konsepnya...muahahahaha...Aku pon jadi blur sebab tak tau nak pilih, pilihan yang cantik utk anak dara tu pon tak banyak sangat, tambahan plak kepala sudah pusing dengan kesesakan kat sogo tu. Kesudahannya...dapat lah sambar 2 helai seluar and 3 helai baju untuk anak dara. S1 abang plak sempat sambar sehelai jeans jer. Total suma tak sampai RM150.00. Baju untuk IbuAbah nan ado, tak tercapai dek akal nak memilih dalam keadaan kesesakan yang luar biasa macam tu.
Pengajarannya...tobat lah. Tak kuasa dah mak nak gi time members day sale nih. Gi time sale biasa pon jadilah, hati pon puas. Daripada bersesak-sesak. Kesian kat bebudak, ada sampai terbaring atas lantai pon ada, penat tunggu mak habis soping agaknya. Dengan tangisan baby lagi, nasib anak dara nih tak meragam...haihhhhhh...cukup² lah tu.
Tinggal beberapa hari saja lagi umat islam akan berpuasa. Marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya, kita diberi kesempatan bertemu semula dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ni.
Selamat menjalani ibadah puasa dan marilah kita bersama-sama menghayati dan memanfaatkan kehadiran bulan yang penuh barakah ini dengan sebaik mungkin. Maaf di pinta kalau ada posting² yang terdahulu menyinggung perasaa mana² pihak. Mana tau kan ☺☺☺.
Semoga ibadah kita di berka dan di terima olehnya, insya'allah ^_^
2011 Mid Year Review and Performance Appraisal
This exercise is to be completed not later than 29 July 2011 @ Friday
Assalamua'laikum...
1 - Niat Sembahyang:
2 - Berdiri Betul:
3 - Takbir-ratul Ihram:
4 - Fatihah:
5 - Ruqu':
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal:
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud:
8 - Duduk antara 2 Sujud:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir):
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir:
11 - Selawat Nabi:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib:
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.
Source: email
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul:
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram:
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu':
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal:
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud:
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud:
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir):
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir:
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib:
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.
Source: email
Kejadian sabtu baru nih. Biasalah...baby tengah membesar bagai johan, ada jer benda baru yang nak di explore nya. Si ibu sibuk masak kat dapur, dia pon sibuk gak ke dapur. Bila letak kat family area...ke dapur gak arah tujunya. Maka terjadilah adegan angkat ► letak ► angkat ► letak sampai ke scene yang tak terkira dan anak dara tu pon dah naik bosan, ibu pon dah penat.
Sambung citer masak semula. Tengah sibuk lagi khusyuk masak bubur untuk santapan puteri kecik, tetiba rasa environment macam lain jer. Bunyi otomen berlawan ngan raksasa memang biasa lah sebab iman tengah layan citer otomen dia tu, tapi bunyi sora membebel anak dara tak kedengaran. Tanya iman 'Adik mana iman hakimi?'...'adik kat dalam bilik'. Zasssssstttt...dalam kepala hotak nih memang sah ah, mesti anak dara nih masuk dalam bilik air. Sepantas kilat aku masuk bilik. Memang tak syak lagi...anak dara nih dah selamat masuk dalam baby bath tab sambil buat muka tak bersalah.
muka slamber jer...lemfang kang ☺☺
Aku punya menggelabah jangan cakap lah, sebab bebudak tu baru lepas mandi. Baby bath tab tu penuh dgn air. Nasib baik iman buang air tu sebab dia last kluar dari toilet. Kalau baby tab tu masih penuh dengan air...ya! allah, tak dapat aku bayangkan. Blame on me sebab careless.
Pandai plak anak dara nih masuk sebab baby bath tab tu ringan. Dalam pada menggelabah tu, sempat lagi amik gambar...muahahaha...Geram betul ngan anak dara nih. Nak marah dia bukan tau apa lagi....haihhhh....Baru jer lepas mandi, tak sampai pon 20 minit dah habis lencun.
Skang nih pintu bilik and pintu toilet kat dapur tu kena sentiasa di tutup lepas di gunakan. Tak nak kejadian yang sama berulang lagi. Kecuaian boleh membawa padah.
Tak tahu lah sejauh mana kesahihannya. Di hentikan buat sementara waktu atau di hentikan untuk masuk segmen yang baru atauuuuuu di hentikan terus. Hanya mereka yang terlibat sahaja yang boleh memberi jawapan. Dari last week aku perasan dah tak der rancangan nih, di gantikan dengan Mari Bertarannum. Pastu petang smalam try bukak, ganti ngan citer lain plak...haihhhhhh...
Ada sumber² yang aku baca mengatakan yang rancangan Adik dan Al-Quran di hentikan sebab ustaz zamri di lihat menghadiri perhimpunan BERSIH. Gambar boleh tengok kat SINI
Yang ini pulak page ustaz zamri.
Kalau di sebabkan gambar itu rancangan Adik dan Al-Quran di hentikan, adalah sangat tak wajar dan tak patut. Kenapa nak di politikkan rancangan nih?
Rancangan yang berilmu dan bermanfaat untuk menigkatkan pengetahuan dalam Al-Quran di hentikan, tapi citer² indon pagi...petang...siang...malam dan rancangan² hiburan yang tak bermanfaat makin berleluasa.
Aku percaya, ramai yang meminati citer nih. Bukan budak kecik jer...orang dewasa, muda, tua suma suka citer nih. Kalau tak nak rancangan ni di hentikan, marilah kita sama² 'like' page nih di FB.
MOHD. IZMEET (kanan) bersama isterinya, Siti Rubiah mesra dengan anak pertama mereka Puteri Sarah di Kuala Lumpur semalam.
Tiada siapa sangka wajah comel seorang anak kecil, Puteri Sarah Mohd. Izmeet Iskandar, 3, yang mempunyai wajah mirip anak 'Mat Salleh' merupakan cahaya mata kepada pasangan Melayu Mohd. Izmeet Iskandar, 30, dan isterinya, Siti Rubiah Abdullah, 21.
Sesiapa sahaja yang melihat telatah anak kecil itu pasti tidak percaya dia ialah anak pertama kepada pasangan tersebut yang kini menetap di Taman Melati, Gombak dekat sini.
Mohd. Izmeet yang bekerja sebagai kontraktor Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata, sejak anaknya lahir pada tahun 2008, anaknya itu menjadi tumpuan ramai ke mana sahaja dia pergi dan orang yang melihatnya tidak percaya Puteri Sarah ialah anaknya.
Katanya, peristiwa yang paling tidak boleh dilupakan ialah ketika selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), doktor menyangka dia tersilap mengambil bayi orang lain hinggakan terpaksa membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
"Apabila ujian tersebut membuktikan Puteri Sarah ialah milik saya dan isteri, baru doktor tersebut akur," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Selepas kejadian itu, menurut Mohd. Izmeet, doktor menyangka Puteri Sarah menghidap sejenis penyakit kulit atau genetik yang dikenali sebagai Albino, namun setelah menjalani satu ujian khas, sememangnya anak comel tersebut didapati normal.
Sumber: email
Note: Rejeki dapat anak comel and cantik kan. Parents biasa jer rupa...kuasa allah ☺☺☺