Musim Sakit | Bila anak tak sihat, kau sebagai ibu lah rasa tak senang hati. Last week cikgu PASTI wassup kata badan Qhalif panas. Aku kat office dah risau. Ingat nak balik awal dalam pukul 4.00 - 4.30 pm macam tu. Tapi bila tadika dah call kata qhalif nangis, pukul 3.15 pm dah gerak balik. Sampai jer tadika, terus bawak gi klinik. Tapi.... Doctor cakap tak demam pon. Mungkin panas dah kurang sikit agaknya. Tapi standby jugak lah ubat demam.
Sekali malam tu demam panas. Ditambah dengan selsema dan batuk pulak si anak soleh Qhalif ni. Kerisauan kau bertambah bila demam tak kebah dah masuk 4 hari start dari hari khamis. On and off datangnya. Lepas tu muntah beberapa kali. Di tambah dengan ceri beri. Double triple risau kau. Maka ke klinik lah jawabnya hari isnin tu. Doctor suruh buat blood test takut Denggi. Lagi pon demam nak masuk seminggu kan. Kau faham-fahamlah area Bangi tu. Memang wanted area bagi nyamuk Aedes.
Jadi riuh bilik doctor sebab budak tak sihat tu takut kena cucuk. Melalak-lalak dibuatnya. 2 kali kena cucuk sebab tak jumpa jalan. Dapat result beberapa minit lepas tu. Alhamdulillah... Normal. Cuma ada jangkitan bakteria. So... Doctor bagi ubat antibiotic. Memandangkan balance cuti tinggal 2 hari setengah sebab hari jumaat dah Emergency Leave, dengan muka tak malu aku minta MC sebab jaga anak yang tak sihat. Nasib doctor sangat memahami.
Minta juga advice doctor sama ada boleh hantar qhalif sekolah atau tak hari selasa tu. Tapi doctor cakap jangan sekolah kan dulu. Malam tu pulak virus Iman Qhalif dah merebak dekat Iman Hakimi pulak.... huhuhu... Demam pulak si anak sulung malam isnin tu. Ibu kau dah 2 hari tak kerja ni. Nak suruh abah take over, si abah pon busy. Acaner ni???
Penyelesaiannya... Aku hangkut anak-anak pergi office. Letak dalam bilik kosong. Nasib bos tak ada. Bawak bekalan ubat sekali. Macam anak-anak aku ni, diorang jenis demam malam. Siang ok jer. Alhamdulillah... pagi ni dah kebah demam Iman Hakimi. Kita tengok malam ni. Si Iman Qhalif pulak dah ok. Cuma batuk dengan selsema jer tak hilang lagi. Hari ni dah start skolah. Semoga terus sihat lah hendaknya yer anak-anak. Harap-harap tang berjangkit pulak dekat Qahirah dengan Harraz.
Macam ni lah dugaan ibu berkerjaya. Emergency Leave, Medical Leave, Annual Leave... memang Cuti kau habis untuk anak-anak jer. Tambahan anak kau dah bertambah. Lagi kena banyak standby cuti. Sebab tu kalau ada invitation on weekday aku terpaksa tolak. Sebab sayang cuti.
Note: Kalau full moon memang ramai orang sakit ker?