Bestnya dapat anak kembar ☺☺ Dan yang bestnya lagi, tarikh lahir si kembar ni sama ngan papanya jugak ☺☺☺
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Sazzy Falak selamat melahirkan bayi kembar perempuan iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 8 pagi Khamis.
Suami Sazzy, Nazril Idrus yang dihubungi berkata, kedua-dua bayi tersebut dilahirkan secara pembedahan dengan berat yang sama iaitu dua kilogram.
Katanya, dia bersyukur setelah proses kelahiran dua bayi kembar sulungnya itu berjalan lancar walaupun impiannya untuk melihat Sazzy bersalin secara normal tidak kesampaian.
"Syukur alhamdulillah, saya gembira isteri dan dua anak kembar saya selamat.
"Ketika di dalam bilik bedah, saya rasa proses untuk kelahiran berlaku dengan begitu pantas. Mungkin kerana saya teruja dengan keadaan itu," ujarnya.
Dalam pada itu, apa yang lebih membahagiakan Nazril ialah kelahiran dua anak kembarnya itu jatuh pada hari lahirnya dan menganggap ia satu hadiah yang paling bermakna buat dirinya.
Sementara itu, ditanya pula mengenai keadaan Sazzy, kata Nazril isterinya begitu gembira dan sedikit letih selepas melalui proses pembedahan.
Sazzy dan dua anak kembanya akan keluar wad pada Ahad ini dan bakal mengadakan kenduri doa selamat tidak lama lagi.
Pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada November 2006.
Sumber: mStar Online
Dah Lunch? Aku lunch sorang² jer nih ha, baru nak makan. Hari nih semua teman² seperjuanga lunch nan ado. Ada yang bercuti, yang half day dan yang sorang tu pulak, kereta rosak. Tinggal lah aku sendirian.
Di sebabkan malas nak keluar, kirim lah ngan my colleague nih. Tapi dorang makan kat kedai mamak lah plak. Tapi my colleague nih cakap, MEE HAILAM kat kedai mamak nih sedap. Ok lah...kirim lah mee hailam.
Pergghhhhhh...memang terbaiklah dari ladang mee hailam kedai mamak nih. Macam tak cayer jer tukang masak kat kedai mamak nih pandai masak mee hailam. Sedap dan cukup rasa...bak kata Qi JJCM ☺☺☺
Ok lah, nak sambung makan. JEmput semua ☺☺☺☺
Siapa minat Online Shopping? Ha...mesti tersengih² nih kan, mengaku jer lah...hehehehe...Lately tabiat online shopping aku makin menjadi jadi...adoi...kopak duit mak noks. Pantang nampak baju cantik and comel, gatal jer tangan nih nak order. Tapi semuanya bukan baju aku, semuanya baju anak². Haihhhhh...Dah 6 pasang sumanya aku order. Takper lah...shopping untuk Baju Raya ☺☺☺
Kalau nak Online Shopping nih kena tawakal jer. Ada gak aku dengar citer sampai kena tipu. Duit dah amik tapi barang ntah ke mana. Pastu barang dalam gambar nampak cantik, tapi bila dah dapat kualiti macam hampeh. Tak patut lah kan buat macam tu. Nak meniaga kenalah jujur. Baru berkat.
So far, alhamdulillah...aku belum pernah kena lagi benda² macam nih, minta di jauhkan. Cuma sekali jer. Aku dulu gila ngan Tie Rack Scarves, orderlah online dari blogger nih yang dok kat oversea. Tunggu punya tuggu, TR aku tak dpt gak, 2 minggu gak lah. Dia kata dah post. Tapi macam mana bley tak dapat kan. Pastu dia ganti dengan TR yang baru, yang hairannya lagi ajaib, sampai plak dengan selamat. Macam mana yang 1st dulu bley tak sampai? Tapi agak frust lah. TR yang dia ganti tu tak berapa cantik sangat. 3 helai aku order tau. TR yg tak dpt² tu design suma cantik²...huhuhu...tak der rejeki lah tu. Tak per lah, janji dia ganti balik kan.
Tu lah pengalaman aku online shopping. Ni pon gatal tangan lagi nak order baju anak²...ish..ish..ish...udah² lah tu fiza ooiiiiii...kang tak sampai hujung bulan makan biskut cicah milo jer lah...muahahahaha...