Gara² kehabisan gas petang smalam. Semangat nak memasak bukan main lagi. Terbayang telur goreng masak sambal dan sayur kobis gereng kicap. Sekali petik² api, nan ado apinya. Uuuwwaaaaaa...hubby plak balik keja tertidur kepenantan. Cakap sekali 'abg...gas dah habis', tapi tak der respond malas lah aku nak ulang² lagi kan.
Petang smalam adalah bukak posa paling sadis. Minum nestum, makan beberapa biji kurma ngan kepek tempe saja. Nasib ada kettle letrik buat jerang air masak. Lepas isya' baru gi kedai makan.
Citer pasal sahur. Slalunya untuk bukak posa memang aku akan masak nasi and lauk lebih. Boleh makan untuk sahur skali. Memandangkan smalam tak masak, kalam kabut sket ah pagi nih. Kebetulan anak dara bangun nak nenen. Nenen punya nenen skali bangun dah pukul 5.15 am. Nak masak apa kan kalau dah tinggal banak yu jer masanya. nasi pon tak masak lagi. Kesudahannya...makan maggi jer lah...huhuhuhu...
Harap bley bertahan sampai bukak posa lah. Iyerlah...ibu menyusukan, bulan² posa pon aktiviti mengepam tetap jalan. Memang tak pernah tak makan nasi untuk sahur. Kalau lepas pam tu memang terasa gak lah tahap kelaparan yg amat sangat. Ni makan maggi jer pagi nih...tak tau lah macam mana lepas pam nanti. Jangan gigil² sudah lah.
Smoga puasa hari nih di permudahkan olehNYA.