Mesti ramai yang dah tau dan dah tengok video tu kan. Ker ada yang tak tau lagi? Bagi aku pembantu rumah tu memang mental. Gila lah senang cakap kan. Kalau orang yang berfikiran waras, dia takkan buat bayi yang baru berusia 4 bulan tu macam tu. Masa tengok video tu kat berita Sabtu aritu. Hati aku plak yang berdebar²...terjerit² dibuatnya. Memang scary dan sedih lah. Rasa macam nak nangis. Apalah salah baby tu sampai ko lambung dan campak macam tu skali. Macam anak patung ko kerjakan baby tu.
Nasib baiklah CCTV tu bersambung dengan Telephone Pintar. Kalau tak...tak tau lah apa akan jadi. Aku yang tengok pon rasa trauma. Inikan pulak parents baby Mohamed Hareez. Difahamkan...baby Mohamed Hareez mengalami kecederaan dalaman selain dari bengkak dan lebam. Ya! Allah...kesiannya. Semoga Baby Mohamad Hareez cepat sembuh dan kecederaan dalaman nya tak serious. Dan semoga kembali active seperti sedia kala.
Source: SINI
PILU…
Nina Suraya, 24, mengenangkan nasib anaknya Mohamed Hareez empat bulan
yang didera pembantu rumah ketika tinjauan fotoBernama di Kuantan, hari
ini. Menurut Nina anaknya Hareez yang dahulu aktif sekarang hanya banyak
tidur selepas dilambung di ruang tamu sehingga terjatuh oleh pembantu
rumah yang baru bekerja satu hari di rumahnya di Bukit Setongkol
semalam. Pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut seksyen
31(1) Akta Kanak-kanak 2010. - BERNAMA
Pembantu Rumah Disyaki Lambung Bayi Ditahan Reman
KUANTAN, 17 Feb (Bernama) -- Seorang pembantu warga Indonesia ditahan
reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi
berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Aziz Ahmad berkata pembantu
rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta
Kanak-kanak 2010.
"Suspek ditahan sejak 15 Feb lepas. Pihak polis masih menunggu laporan
lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung
keadaan bayi lelaki berkenaan," katanya kepada Bernama.
Pada 15 Feb lepas, bapa bayi itu yang berusia 42 tahun membuat laporan
polis berhubung kejadian pembantu rumahnya yang bertindak melambung
bayinya di ruang tamu sehingga terjatuh dan mengalami lebam-lebam di
tangan dan cedera di kaki kiri.
Lelaki berkenaan melihat kejadian itu menerusi rakaman kamera litar
tertutup melalui komputer riba semasa minum pagi di sebuah restoran pada
7.45 pagi.
Lelaki berkenaan bergegas pulang ke rumahnya di Bukit Setongkol dan
membawa bayinya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Bayi itu kini
dirawat di hospital berkenaan dan dilapor dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Note: Semoga pembantu rumah tu mendapat pembalasan yang setimpal. Agen pembantu rumah pon patut diambil tindakan kerana cuai dan tak meneliti tahap kesihatan fizikal dan mental pembantu rumah. Tapi bukan sebelum diambil bekerja, mereka perlu buat pemeriksaan kesihatan ker?...hurmmmm...