Besar dan Jarang. Tapi ni bukan gigi mak yer noks. Gigi mak ni dah reput...menunggu tarikh luput jer ni haa...ahakssss...Ni gigi anak bujang tecik yang comel lagi bijak ni ha.
Nampak tak gigi saya...besar dan jarang kan. Comel tak saya...comel kan. Qhalif memang comel #DialogVersiKakTon...hahaha...Ni versi rambut pacak. Nak close up sket.
Tu dia. Versi rambut penyek plak. Nampak tak kebesaran dan kejarangan gigi anak bujang ni. Makin banyak gigi makin teruja dia nak mengasah gigi. Sebelum ni ok lagi lah. Tak der lah sangat adegan gigit menggigit. Tapi sejak gigi makin bertambah ni. Ya! allah...asyik nak menggigit saja lah kerja nya. Kalau gigit kat tangan tu kira ok lagi lah. Tapi bila menggigit time BREASTFEED ni yang buat aku rasa soooooo scaryyyyyyy.
Tersangatlah sakit ok. Lately memang dia asyik menggigit setiap kali aku BF. Terjerit² lah aku di kerjakan si budak bijak ni. Lepas dah gigit, buat muka selamba dia tu sambil sengih². Ko ingat ibu ko ni buat lawak erk, sesuka hati nak jerit yer nak. Sambung balik BF...dia gigit lagi. Terus aku merajuk...hahaha...bley gitu ibu merajuk ngan anak. Tak der nya aku nak bagi nenen. Nangis lah puas²...hehehe...sila jgn percaya ^_^. Takkan aku nak biar anak sebesar qhalif tu nangis lama² kan.
Tak tau nak buat apa lagi dah. Macam² petua aku buat supaya qhalif tak menggigit masa BF. Antaranya:
- Awal² aku dah psycho qhalif...'Qhalif anak yang baik, nenen jer tau. Tak nak gigit². Sakit nenen ibu nanti'. Hurmmmmm...gigit jugak. Apa lagi?
- Picit hidung anak masa dia tengah gigit? Dah buat. Tak jalan gak.
- Tekap muka anak kat breast? Pon dah buat. Result masih sama.
- Gigit tangan anak biar dia rasa sakit macam mana si ibu rasa sakit masa anak gigi nipple? Ini agak kejan sket lah. Tapi tak der lah aku gigit sekuat hati. Gila apa nak buat macam tu kan. Gigit² manja gitu. Hurmmmm...semuanya tak jalan
Cara apa lagi nak buat? Kena paksa rela lah terima hakikat yang anak bujang tecik nih memang suka menggigit masa BF. Kadang² aku rasa seriau nak BF qhalif. Tapi takkan aku nak give-up kot semata² sebab kena gigit. Owh...no. Inilah antara cabaran ibu menyusu. Lama² nanti ok lah tu bila dia dah bosan menggigit ☺☺.
Note: Barang untuk sponsored post dah sampai ☺☺