Yeahhhh...it's our day today. Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua wanita² hebat di luar sana. Tak kiralah siapa dan apa gelaran sekali pon.
WANITA
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Segmen datang lagi tora datang lagi.yang di anjurkan oleh Mimie Najib dari Cinta itu Indah...Owh...sangatlah indah. Tujuan segmen ini salah satunya adalah untuk meningkatkan kenalan blog di samping dapat mengeratkna silaturrahim. Syarat² nya pon senang jer.
Jom...berkenalan dan tambah kenalan ☺☺
JUMLAH FOLLOWER TERKINI: 810
JUMLAH FOLLOWER TERKINI: 810
Tarikh akhir : 31 Mac 2013
Note: Tak sempat nak buat n3 panjang²....tak sempat nak BW. Banyak kerja....arghhhhh...
Ntah apsal tetiba hari ni aku rasa mencabar plak. Mencabar nak hantar anak ker Nursery gara² mak pak parking keta. Mungkin time aku hantar anak² adalah waktu puncak mak pak hantar anak² juga kot. Sebab hari ni aku awal daripada biasa. Kisahnya...
Masa nak hantar tu, aku tak bley nak masuk parking sebab ada 2 buah keta dah parking depan nursery. Nursery ni corner lot. Tak kuasa lah mak jemah nak perking tepi jalan. Pastu nak melintas ngan anak². Dengan bawak bag anak² lagi kan. So...tunggu jer lah keta² itu keluar. Bila kereta datu dah keluar. Ada pon masuklah...parking kat belakang keta kedua. Tetiba...ada keta keempat masuk. Dah block keta kedua. Tak bley lah nak kluar parking. Terpaksalah aku reverse keta ke belakang. Dekat 10 minit jugalah aku nak parking keta. Sangatlah terbazir masa aku.
Ok...itu satu hal. Tengah aku start enjin nak reverse keta, ada kereta kelima parking belakang keta aku plak dah. Cisssssss...tak per lah. Aku straight jer lah macam nih. Sekali ko...keta keenam masuk parking betul² depan keta aku...arghhhhhh....Bro...lu tak nampak ker gua dah nak gerak bro. Apsal lu parking depan keta gua. Gua tau lah lu nak cepat. Tapi gua pon nak cepat jugak bro. Ok...fine, aku tunggu lah pemilik keta kelima dan keenam ni gerak.
Keta keenam dah nak gerak. Tapi keta kelima masih ada kat belakang keta aku lagi. Dah get ready nak kluar parking nih. Lagi sekali...motor plak parking depan keta ni....weiiiiiiiii...brooooooooo...aku nak keluar lah wei. Tak nampa ker????? Muka selamba jer pandang aku macam orang tak bersalah. Stressss aku. Tepaksalah tunggu keta kelima tu kluar...haishhhhhhh...Celaru aku pagi nih. Takkan aku nak parking depan umah orang kot. Terasa pagi ni adalah sangat mencabar plak. Nak parking amik masa 10 minit. Nak kluar parking pon amik sama juga...haishhhhh....
Note: Stress dengan orang yang suka bagi arahan. Macam dia tu BOS.
Extra note: Mungkin lepas ni jarang update blog...KEMUNGKINAN lah disebabkan dengan lambakan kerja. Tunggu aku amik TAB. Baru bley update blog hari² ☺☺☺