Dating dengan blogger lagi uols. Alhamdulillah...selepas beberapa tahun berhubung dan berkenalan hanya di alam maya @ blog. Kali ni berkesempatan untuk bersua muka dan berlaga pipi...ahaks...Beliau juga adalah seorang pengumpul Fridge Magnet tegar. Ni salah satu sebab yang menemukan kami. Aku dah terjabak ko dengan Fridge Magnet ni. Siapakah dia???
Supermom in action ☺
Siapa lagi kalau buka IZAN @ CIKMOT. Jumpanya nya 21 June 13 @ jumaat last month. Rehat lama kan. Baru berkesempatan nak buat entry. Dating kat Wong Solo, Bangi. 1st time aku makan kat WS tu. Sedap lah. Rasanya lagi sedap dari Ayam Penyet. Ok...dah lari citer. Weols jumpa pon sebab nak bagi Fridge Magnet. Bertukar² FM gamaknya.
Ini lah FM nya. Yang kebaya, Penang ngan Melaka tu aku beli. Yang Pangkor, Lake Toba ngan Button FM tu Izan bagi. FM button tu gambar raya Izan and family. Kiranya ganti kad raya lah. Jaman dah moden kan. Bagi FM sudah. Kreatif kan. Mekasih banyak² izan sebab sudi bagi 3 ketul FM tu. Awal² lagi aku dah dapat FM raya ☺☺. Banyak dah koleksi FM si izan ni. Meh tengok kat [SINI]. Nanti kita ngedate lagi yer.
Yang ni plak hasil borongan kat Universal Studio Singapore. Cute kan. Sebab aku suka cartoon Sesame Street. Rambang mata wei nengok lambakan FM kat sana. Rasa macam nak borong setiap character.
Note: Bila dah terjebak tu kan...biasalah...asyik nak menambah koleksi jer kerjanya.