Last week dapat surat cuti dari sekolah Iman Hakimi. Terbuntang jap biji mata bila tengok sekolah cuti 2 minggu termasuk cuti raya skali lah kan. Tapi perkidmatan untuk daycare hari rabu (14 August) dah start. Kira ok lah kan. Tapi kan...lama juga tu cuti dan banyak juga cuti yang kena apply...huhuhuhu...
Tu baru surat dari sekolah, surat dari nursery tak dapat lagi ni. Kalau tutup dua minggu juga mau fengsan haku. Habislah cuti aku macam ni. Cuti banyak habis ker nursery jer lah gamaknya. Tapi yuran tetap bayar full. Ini tidak adil...tidak adil bagi ku. Harap² nursery tutup seminggu sudah lah.
Uols dah apply cuti ker? Berapa hari *sibuk plak tanya cuti org kan ☺*. Nampak nya aku kena amik 5 hari cuti. Kalau nursery tutup lama, kena amik 8 hari cuti...perghhhhh...banyak tu. Balance cuti aku setakat bulan July ni ada 10 hari lagi. Dan akan ditambah sebulan setengah sampai bulan December nanti....hurmmmm...
Note: Hari ni nak masak apa erk. Hari² dok memikir nak masak apa...hurmmmm...