Dari pagi sampailah skang ni. Baru perasan yang tudung ku terbalik...cisssss...nasiblah tak ketara sangat khenn.
Macam manalah bley tak perasan ni. Rasanya pagi tadi sbelum pakai dah betul lipatannya...hurmmm...pandangan mata ada kalanya boleh menipu kan....cewahhh...sendiri yg salah nak salahkan pandangan mata plak...ekekeke...
Nasiblah kat office ni tak der joyah. Iyerlah....yg jenis suka memerhati nih kan. Pastu mengata. Orang mcm ni kita pakai apa pon dia perasan. Tak pasal2 joyah pon kluar kan. Apa kaitan joyah ngan tudung terbalik...haha..
Renungan di petang jumaat. Peringatan buat semua dan buat diri sendiri. Ingat...novel terbaik adalah Al-Quran. Kalau bab novel2 cinta, sehari pon dah boleh khatam. Cer klo Al-Quran, sehari pon belum tentu baca khenn.
Note: Smoga kita dpt mengubah diri kita kepada yang lebih baik.
Tajuk bukan main khenn. Macam terror *lah sangat buat pizza. Pada hal buat pakai roti gardenia jer...hehehe...
Pizza gardenia sebelum dibakar
Pizza gardenia selepas dibakar
Jadilah. Tak dapat pizza hut atau pizza dominos, pizza roti gardenia pon jadilah. Feeling ala2 pizza hut/dominos sudeh. Dah lama tak buat. Ni pon requested by iman hakimi.
Nak resipi ker? Alaaaaa...pejam mata pon boleh buat. Cili sos, mayonis, tuna, hotdong & cheese. Kalau nak tambah bahan lain pon boleh. Tabur jer suma bahan2 tu atas roti. Pastu bakar dalam pemanggang ajaib. Nikmat wei dapat makan panas2. Nak buat bento utk anak pepagi pon senang sebab simple jer kan.
Nanti ibu belajar buat doh pizza yer kimi. Tengok resipi macam senang jer. Tapi kena tunggu aura kerajinan nak menguli doh tu datang :-)
Note: Dpt lagi 2 message & 2 call. Jaga ko @CikaroBaek. Biar polis tangkap ko!!!
As salam uols. Salam pagi jumaat yang penuh barokah.
Perasan tak, lately cuaca sejuk semacam. Kalau sebelum ni buka kipas sampai 5. Tapi lately buka kipas 3 jer. Itu pon dah terasa kesejukannya. Nak mandi lagi lah...sejuk yang amat. Rumah plak tak der water heater.
Punca cuaca sejuk Suhu udara yang sejuk daripada biasa yang dialami di kebanyakan tempat,
terutamanya di kawasan pantai timur dan utara Semenanjung pada minggu ini adalah
disebabkan oleh tiupan angin timur laut yang agak kencang yang berpunca dari tanah
besar China yang pada ketika ini sedang mengalami musim sejuk.
Selain itu, keadaan litupan awan yang kurang di seluruh Semenanjung Malaysia
sepanjang minggu ini turut membantu merendahkan suhu pada waktu malam dan awal
pagi.
Patutlah khenn. Masa balik umah mertua kat gombak last week pon memang terasa kesejukannya. Dah macam kat Genting plak rasanya. Dengan angin kuat. Tak payah buka kipas pon tak per.
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com