Betul lah bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak Cinta'. Yer dop. Dulu aku cukup tak suka dengan daging kambing. Dengar daging kambing jer aku allergy. Pada hal rasa pon tak pernah. Bila isyarat dalam kepala tu menghantar signal yang daging kambing tu tak sedap dan bau hanyir, Sedap macam mana pon aku tak makan even orang paksa soh makan sebab sedap.
Tapi kan, bila buat pertama kalinya aku mula makan daging kambing, Ya! allah...sedap rupanya yerp. Tu pon atas paksaan member office, ZUE. Daging kambing dari Hj Hamzah catering. Memang sedap nak mamps. Daging lembut dan tak der bau kambing langsung. Kalau kat office ni ada event and panggil catering hj hamzah ni memang aku akan tapau lauk kambing dia.
Skang ni aku dah kemaruk dengan daging kambing. Dah tak heran ngan daging lembu dah. Lamb chop, kari kambing, nasi goreng kambing...perghhhhh...sendiri taip sendiri kecur ailio. 1st time makan nasi goreng kambing kat Ramal Junction Food Court, sedap wei. Tak cukup sepinggan rasanya. Dasar kuat makan khenn. Tak padan ngan badan jecik...ahaks...
Banyak khasiat daging kambing ni kan. Antaranya...daging kambing ni baik untuk kesihatan jantung rupanya. Meh baca nih;
KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

Gittew lah kisahnya. Kalau dah baca lagi klik jer kat tajuk tu. Ni sebahagiannya saja sebab artikel tu panjang sangat. Kesimpulannya...Jom makan kambing...muahahaha...
Note: Pasal kambing pon boleh jadi entry...ekekeke...