Dah beberapa kali aku nampak situasi macam ni. Relax jer pompuan ni drive sambil pangku anak. Dan yang terbaru pagi nih. Si isteri memangku anak manakala si suami yang sedang memandu pon memangku anak jugak. Umur dalam lingkungan 2-3 tahun macam tu. Tak tau lah nak cakap apa dengan orang² macam ni. Orang² yang pangku anak sambil memandu. Kan ker bahaya tu?
Iyer....cakap memang senang sebab tak kena dengan batang hidung sendiri. Anak melalak² tak nak di letak dalam car seat. Nak memandu pon tak tenteram. Ok...fine. Mana lagi bagus? Anak menagis sekarang ker atau kita yang menangis kemudian??? Even ko kata ko bawa keta slow sambil pangku anak sekali pon, itu boleh menjamin keselamatan si ibu dan anak ker? Kecelakaan datang dari pelbagai sudut. Kekadang kita drive dengan berhati² pon accident tetap jugak terjadi. Biar dia nangis sekarang, jangan kita yang menangis meraung kemudian.
Tak tenteram dengar anak menangis² melalak² dalam kereta. Ok...kalau perjalanan dekat, boleh kan berhenti kereta kejap kat tepi jalan. Pujuk² si anak dulu. Bagi susu. Tenteram kan dia. Pasang lagu² yang anak minat. Pasang CD mengaji ker. Bagi toys yang dia minat. Atau bagi favorite food yang anak suka. Kalau nangis jugak, kena hati kering lah. Kalau perjalanan jauh, si ibu mungkin boleh duduk kat seat belakang dengan anak.
Bagi aku, kalau nak ajar anak duduk dalam car seat kita kena educate dorang dari awal. Start dari dorang baby lagi. Jangan dah besar baru nak ajar. Memang mencabar sket lah. Memang dorang akan nangis. Biarkan ker. Lama² nanti ok lah tu bila kita buat tak tau jer dan dorang akan faham kenapa kena duduk dalam car seat. Kita as parents pon kena tegas jugak.
Sama² lah kita beringat. Tolong lah wahai PARENTS² di luar sana...Tolong jangan memandu sambil pegang/pangku anak. Utamakan keselamatan. Sayangilah nyawa anak, nyawa orang yang tersayang dan juga nyawa sendiri. Jangan menyesal kemudian hari.
Sama² lah kita beringat. Tolong lah wahai PARENTS² di luar sana...Tolong jangan memandu sambil pegang/pangku anak. Utamakan keselamatan. Sayangilah nyawa anak, nyawa orang yang tersayang dan juga nyawa sendiri. Jangan menyesal kemudian hari.
Note: Lebih peringatan buat diri sendiri juga. Car seat memang ada dalam keta tu. Tapi satu jer lah. Keta kecik tak muat nak letak 3 dlm tu.
Bila nak cuti, meja kena kemas. Segala macam stationery kena simpan. Kalau tak nanti memang hilang lah barang ko. Bila nak cuti jer lah meja kemas, cantik dan tersusun. Tapi bila balik jer dari bercuti, kesucian dah diragut bila meja jadi serabut dibuatnya. Bila 5S nak datang menjengah, baru nak kelam kabut....hahaha....Ok, panjang plak mukadimahnya.
Semalam apply cuti. Mood nak bekerja merudum tetiba. Rasa malas nak kerja, boleh?? Tapi dah apply cuti awal². Kononnya nak 'ME' time kat umah. Nak relax. Rasa macam nak tido puas² kat umah. Nak 'ME' time kat luar, duit gaji dah nyawa² ikan sebab 16/2 aritu dah gaji. Seksa nak tunggu gaji bulan ni. Hari² mengira tarikh gaji. Ni yang menyampah kalau gaji awal sangat...cissss...
Sambung citer...Bila dah dok umah, tak der maknanya ko nak 'ME' time. Melainkan ko 'ME 'time kat luar. Kerja rumah tetap jalan jugak. Masak tetap masak sebab en. somi balik nak makan lunch. Mengemas pon iyer jugak. Gara² peristiwa KECOH last year, bilik masih tak kemas. Nak kemas pon ikut mood. Bilik tu lah letaknya mini store, mini library, playroom, computer room dan macam² lagi lah. Petang amik anak² plak.
Memang tak der istilah 'ME' time walaupon cuti. Kerja tetap jalan. Ini lah orang pompuan. Buat kerja memang non stop. Tiada istilah rehat yang sebetul² rehat. Celik jer mata pepagi dah buat tugasan rumah. Nak tido malam pon dok fikir kerja rumah apa lagi yang tak selesai lagi....hurrmmmmm...Nak tido puas² lah kononnya semalam kan, tapi dapat lelap dalam 15 minit jer. Tak bagi kerjasama tau mata ni.
Note: Minggu ni last skolah. Bley lah relax sket next week.
Cendol oh! cendol. Sendiri upload sendiri terliur. Betapa nikmatnya bila dapat makan cendol time cuaca panas² ni kan. Ni cendol dengkil. Jauh aku merantau...dari cyberjaya ke dengkil sebab nak makan cendol. Sedap jangan cakap lah. Sambil makan, hirup cendol. Sambil hirup cendol, sambil makan. Memang buncit lah perut ko dibuatnya.
Ni pon layan. Baru jer lepas makan....hehehe...Sejak cuaca panas ni, memang tak boleh control nak makan benda² sejuk. Tak menahan dibuatnya. Buat badan jadi lesu dan lemau jer. Kalau sebelum ni gi kedai order air barli/sirap suam jer. Skang ni mesti nak kena ada ais skali.
Note: Have a great weekend uolls ☺