Hehehehe....sila jangan bosan yer, ari ni ku nak langsaikan hutang TAG ni ha, makin lama makin banyak plak. Yang ni dari Maryaa and Herni.
RULES>Go to your photos folder in your computer. >Go to the 6th folder of photos. >Go to the 6th picture in that folder. >Put the picture on your blog and a description of it. >Invite six friends to join the challenge. >Link them in your blog and let them know they have been challenged!
Ok, this is my 6th photo in my folder. Photo my lil' prince Iman Hakimi, masih dalam hari lagi ni.
Biasalahkan, baru start kerja after confinement, mestilah nak nengok gambo anak kan, nak upload bebanyak klo boleh, wallpaper kat pc pon nak letak gambo anak, excited. Si bujang ni pon dah beso dah, kiranya dah boleh tambah sorang lagi ni. Bila tu? hehehehe.....
Aku nak dera 6 orang ni pulak, silalah buat yer (klo dah buat, ignore sajork):
1. Elysuhaili (hehehe...sorry yer ely, asyik bagi keje jer)
2. Nadnye
3. Syahadah79
4. Kak Yong
5. Hayatie
6. Amyatie
Salah satu petua dari orang yg terdahalu...jangan bagi anak makan pulut klo anak tu masih belum boleh bercakap, nanti gagap jadinya. Betul ker? Mak aku pon ada cakap gak, tapi sejauh mana kesahihannya, aku pon tak tau. Tapi, anak aku dah pon merasa pulut tu, mak mertua aku bagi, siap aku tanya lagi boleh bagi ker ni...tak gagap ker? Risau gak aku. So...tunggu jerlah anakku tu gagap ker tak, hehehehe.....Bagi mencari apa punca gagap ni, aku pon carilah pak cik GOOGLE dan terjumpalah artikel pasa penyakit gagap ni. So...check it out:
Menyanyi kurangkan gagap kanak-kanak
Kelihatan ibunya dengan sabar mendengar sepatah demi sepatah perkataan yang keluar daripada mulut anak kecilnya. Habis sahaja budak tersebut bercakap barulah kedengaran ibunya bersuara. Rasa kasihan timbul melihat kanak-kanak tersebut seperti tercungap-cungap untuk menghabiskan satu ayat yang dituturkan. Kanak-kanak sebegitu diklasifikasikan menghadapi gangguan dalam kelancaran pertuturan atau gagap.
Pertuturan tersekat, sekali gus mengeluarkan perkataan, bunyi atau suku kata yang berulang-ulang, malah kadang kala berlaku sebutan terhenti dan ayat yang ingin disampaikan tidak dapat dibina.
Pakar Kanak-Kanak Pusat Perubatan Selangor, Dr. Yasmin Mohd. Yusof berkata, kanak-kanak yang gagap turut mengalami pergerakan luar kawalan pada muka seperti mata berkedip-kedip dan gerakan pada otot pipi atau leher. Menurutnya, pergerakan ini berlaku kerana kanak-kanak itu cuba mengeluarkan sesuatu ayat tetapi terlalu sukar. Dia akan mencuba dengan sepenuh tenaga bagi memaksa perkataan itu keluar sehingga berasa penat.
‘‘Justeru, mereka akan cuba mengelak keadaan-keadaan tertentu seperti memberi ucapan, bercakap melalui telefon serta persembahan di khalayak ramai.‘‘Lebih teruk lagi apabila diketawakan atau diejek, dibuli dan dicela kerana gangguan pertuturan tersebut.‘‘Ini memberi kesan psikologi seperti hilang keyakinan, sering mengasingkan diri dan enggan bergaul dengan kawan,’’ katanya.
Menurut Yasmin, ramai juga beranggapan bahawa orang yang gagap turut menghadapi masalah kekuatan IQ (Intelectual Quotient) terutama dalam pembelajaran.‘‘Itu tidak benar kerana gagap adalah masalah pertuturan dan tidak ada kaitan dengan kecerdasan otak.‘‘Bagaimanapun, gagap boleh menjejaskan kecemerlangan dalam pekerjaan atau pembelajaran. Ini kerana ia berkait rapat dengan ketidakbolehan berkomunikasi dan menyampaikan buah fikiran sehingga gagal menyakinkan orang lain,’’ katanya.
Jelasnya, tanda-tanda gagap biasa boleh dikesan pada masa kanak-kanak mula bercakap iaitu seawal usia setahun setengah hingga dua tahun.‘‘Pada waktu itu kanak-kanak baru belajar menyebut ayat yang pendek.‘‘Sekiranya kanak-kanak tersebut gagap ketika umur dua tahun dan menjadi normal menjelang usia lima tahun, ia dinamakan gagap sementara dan gagap itu akan hilang dengan sendiri.
‘‘Tetapi jika selepas berusia lima tahun masih juga gagap, kemungkinan ia akan kekal dan perlu menjalani terapi profesional,’’ ujarnya. Tambahnya, lebih daripada lima peratus kanak-kanak di bawah usia dua tahun mungkin ada masalah gagap. Sebenarnya, kata Yasmin, punca sebenar gangguan pertuturan sehingga menyebabkan seseorang itu gagap masih tidak diketahui.‘‘Pakar sains berpendapat antara faktor yang berkaitan ialah genetik. Sekiranya salah seorang ibu bapa atau ahli keluarga kanak-kanak itu gagap maka anaknya akan gagap juga.
‘‘Ini terbukti dalam sebuah laporan kesihatan bahawa sebanyak 60 peratus daripada kanak-kanak gagap mempunyai ahli keluarga yang juga gagap,’’ katanya.
Genetik:
Selain faktor genetik, jelas pakar kanak-kanak ini, faktor pertuturan dan bahasa seperti gagal mencari perkataan yang betul, menghadapi masalah mengeluarkan bunyi untuk bertutur dan bercakap cepat boleh menyumbang kepada masalah ini. Begitu juga dengan persekitaran seperti di rumah, sekolah, kawan-kawan dan musuh. Sekiranya di rumah atau sekolah, kanak-kanak ini sentiasa dihalang daripada bercakap, masyarakat sekitar sering mengusik kerana kelemahan tersebut, maka bertambahlah masalah pertuturannya.
‘‘Personaliti seperti kerisauan, suka menyendiri atau sensitiviti kepada anggapan orang lain, tekanan masa dan masalah kesihatan juga boleh menyebabkan seseorang itu gagap,’’ ujarnya.
Tambahnya, gagap berlaku empat kali lebih banyak pada kanak-kanak lelaki daripada perempuan.
‘‘Untuk membantu mereka, ibu bapa, keluarga atau orang terdekat perlu membantu sebelum dirujuk kepada terapi profesional.‘‘Ibu bapa perlu memberi peluang kepada kanak-kanak gagap ini untuk menghabiskan sesuatu ayat. Jangan ganggu apabila mereka cuba bercakap
‘‘Jangan betulkan percakapan mereka, begitu juga jangan sesekali menyuruh mereka mengulangi sebutan kerana ia akan bertambah salah.‘‘Ibu bapa perlu bercakap lembut dan perlahan tetapi jelas dan bagi masa kanak-kanak itu untuk menjawab semula,’’ katanya.
Menurut Yasmin, banyak berkomunikasi bersama anak yang gagap ini terutama ketika beriadah, makan dan waktu terluang supaya tahap pertuturan mereka meningkat.
‘‘Begitu juga perlu mengurangkan faktor tekanan di rumah yang boleh membuatkan kanak-kanak itu menjadi lebih gagap,’’ ujarnya.
Yasmin memberitahu, ada kajian yang menyatakan bahawa menyanyi boleh mengurangkan gagap kerana ia suatu terapi yang baik.
‘‘Walaupun gagap dapat dikurangkan tetapi ia mengambil masa. Ada juga yang kembali menjadi gagap selepas menjalani terapi.
‘‘Sehubungan itu, pakar terapi pertuturan akan meneliti punca gagap pada seseorang individu sebelum membuat terapi.‘‘Bahkan ada juga yang mengajar kanak-kanak menggunakan pernafasan untuk mengatasi gagap.
“Oleh itu setiap terapi mungkin menggunakan cara berbeza, bergantung kepada masalah kanak-kanak tersebut,’’ katanya.
Tip tangani gagap:
1. Relaks dan tidak terburu-buru untuk bertutur. 2. Bercakap secara perlahan. 3. Bercakap apa yang anda mahu cakap. 4. Jangan paksa mengeluarkan perkataan kerana ia akan membuat anda susah untuk bertutur. 5. Tidur dengan cukup.
Kesimpulannya...anak anda takkan gagap yer klo makan pulut.
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran,pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar,sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
Tips lagi:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan takakan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapatanda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran andauntuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari jadinya. Sediakanlah hadiah hari jadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri
Happy 21st Months to my lil' prince, Iman Hakimi. Besar dah anak bujangku ini. As at 21st Months ni anakku dah boleh kenal all his body part, understand instruction, kuat merajuk dan macam2 lagi lah. tapi....masih pelat lagi.
Vocab Iman's:
Abah - abah
Ibu - bu (kekadang dia panggil aku zot, nama timangan aku - sabo jerlah)
Hhmmm...dah lama tak 'berblogel'. Actually last week aku attend ESQ Training starting from 25 March 09 till 27 March 08, 8.00 am - 7.00 pm at Holiday Villa, Subang Jaya. Apa yang aku boleh katakan about this training? This is the best training that i ever had. I will share my experience, tunggu....
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com