Jenayah ragut semakin menjadi2 dan semakin ganas. Pagi ni dalam paper, 3 nyawa telah diragut oleh peragut yang tak berperikemanusiaan ni. Yang 1st, koma 2 hari dan meninggal, yg 2nd, diragut ketika menunggang motosikal lalu terjatuh dan dirempuh plak oleh kereta dan yang 3rd, seorang ibu yang nak menyelamatkan anaknya dari diragut telah ditumbuk oleh peragut. Betapa kasihnya seorang ibu ittew yg sanggup bertarung hingga nyawanya menjadi korban. Dan yang menyedihkan, mangsa ragut yang 1st & 2nd sedang hamil. Kejamnya.
Aku sendiri pernah kena ragut. Masa tu baru 4 bulan lepas habis pantang, tahun 2007. Kat public phone, aku call mak sebab umah berkunci. Masa tgh call tu aku perasan ada soramg mamat ni berdiri sebelah aku, tak expect apa2 sbb aku ingat dia nak pakai phone. Ngam2 aku letak phone, tetiba ada orang sentap handbag aku, sepantas kilat. Yang aku perasan, member dia standby kat motor. Apa lagi...terlentang aku di buatnya, alhamdulillah...kepala aku tak terhentak kat batu. Adalah lebam2, luka & sakit belakang. Memang celaka btol peragut tu. Tapi aku bernasib baik, peragut tu ragut handbag kosong jer, duit ngan ATM card, aku dah kluarkan, sbb lepas kluar duit, aku trus bagi kat hubby soh pegangkan. Yang hilang cuma ING Card, IC ngan handbag Bonia yg kena ragut tu. Padan muka ko, tak dapat hape2 hasil pon. Buat report polis pastu dia bagi surat utk buat medical check-up. Pengalaman pahit aku, slalunya baca kes orang kena ragut, skali aku pon salah sorang mangsa ragut.
Untuk sahabat ku semua, tak kira dimana sahaja anda berada mahu pon di rumah....berhati2lah. Jenayah ragut tak kira mangsa.
Since balik dari cuti ni rasa malas jer nak buat keja. Hutang TAG banyak tak buat lagi ni. Nanti ku buat yer kengkawan bila mood rajin ku datang.....ngeee...bila tu? Keja umah pon malas nak buat, kain sebakul tak lipat lagi, nak basuh baju....adoi...malas sungguh, padahal mesin jer yang basuh cuma masukkan kain jer dalam tu, itu pon malas, nak tido jer rasa. Klo tidokan anak, ngan aku skali tido. Dah lah tu, kat office ni aku kena pindah tempat, kat the other side office, bosan sungguh, pindah2 ni lah yang aku paling menci, barang banyak plak tu, ngan fail yang bertimbun, drawer lagi....argh....malasnya. Kenapa malas sangat ni? Masa aku pregnant dulu, mcm ni lah malasnya, tapi aku tak pregnant pon. Cepatlah mood rajin ni datang.
Salam semua. Dah lama tak 'Berbloging', starting from Wednesday last week. Windu nak menulis. Actully kami sekeluarga pergi bercuti, ala2 Cuti2 Malaysia gak lah. Pergi Terengganu, umah kakak. Pergi naik bas, kami 3 beranak ngan mak aku skali. Ok gak lah naik bas, Iman pon tak banyak ragam. Perjalanan amik masa dalam 5 jam. Kami bertolak hari Khamis pagi & balik KL hari Sabtu pagi. Dah lama niat nak gi Ganu, since kakak aku pindah sana, tak pernah langsung gi umah dia, adalah dekat 5 tahun. Ada jer halangan nya. Teruk btul kan.
Apa yang menarik? ha....umah kakak aku dekat betul ngan pantai, kiranya belakang umah dia tu dah nampak pantai. Pantai apa? Rasanya pantai kijal kot, sebab umah kakak aku ni kat kijal. Pantai nya memang cantik, airnya hijau kebiruan, tak macam pantai kat PD tu. Klo nak gi Awana Kijal, 10 minit jer dari umah kakak ku. Aku tak sempat pon nak mandi manda, hubby jer yg mandi sebab klo kami mandi sapa nak pegang Iman? Anakku Iman takut nak mandi laut, bertuah nyer budak. Klo kat umah, bukan main suka lagi main air, berendam bagai, tapi bila nampak laut, nangis....takut. Hangin gak haku. Mungkin sebab laut tu luas sgt, tu yg dia takut tu. Best sungguh suasana kampung, tenang jer....dengan bunyi desiran ombak yang memukul pantai, dengan pokok kelapa yang meliuk lentik di tiup angin sepoi2, hahaha...skema sudah ayat dan macam2 lagilah.
Memandangkan kami pergi naik bas, tak dapatlah nak gi tempat2 menarik & shopping keropok. Cuma gi Mesra Mall sajork. Lagipon cuti tak panjang. Next time bley gi Ganu lagi.
Kami 3 beranak demam. Bermula dengan anakku dulu. Petang jumaat, masa amik kat Nursery, pengasuh tu cakap Iman muntah & badan dia panas. Masa aku amik tu dah ok dah. Pagi Sabtu tetiba panas badan dia naik balik. Aku risau betul kalau anakku demam, tak tidor di buatnya. Bagi ubat demam yang bulan February nyer. Ok sket, kurang lah panas nya. Tetiba petang tu panas balik, gi klinik doktor trus bagi ubat ikut montot, panas nak dekat 40. Hari Ahad petang baru ok, kiranya dah kebah sikit lah. Doktor pun cakap musim demam skang ni.
Lepas anakku dah sihat kami suami istri plak demam, serentak plak tu. Aku memang jenis yang jarang demam, tapi skali klo dah demam, tak larat betul rasanya. Dapatlah MC 1 hari. Ini pon rasa tak berapa sihat sangat lagi ni. Tapi ku gagahkan jugak gi kerja.
Pagi ni badan Iman panas balik. Tension plak rasanya, berbalik2 plak demam ni. Dahlah anakku tu susah betul nak bagi dia makan ubat. Klo bagi ubat, dia akan katupkan mulut dia rapat2, klo dah masuk mulut, di luahkan nya balik ubat tu, macam mana nak cepat elok nak ooi. Naik gak temperature aku klo bagi iman makan ubat. Kesian anak ibu. Terpaksa gak hantar gi Nursery pagi ni.

Lepas anakku dah sihat kami suami istri plak demam, serentak plak tu. Aku memang jenis yang jarang demam, tapi skali klo dah demam, tak larat betul rasanya. Dapatlah MC 1 hari. Ini pon rasa tak berapa sihat sangat lagi ni. Tapi ku gagahkan jugak gi kerja.
Pagi ni badan Iman panas balik. Tension plak rasanya, berbalik2 plak demam ni. Dahlah anakku tu susah betul nak bagi dia makan ubat. Klo bagi ubat, dia akan katupkan mulut dia rapat2, klo dah masuk mulut, di luahkan nya balik ubat tu, macam mana nak cepat elok nak ooi. Naik gak temperature aku klo bagi iman makan ubat. Kesian anak ibu. Terpaksa gak hantar gi Nursery pagi ni.