Ya, anak anda kadang-kala menyusahkan, tetapi menjerit pada mereka boleh menyebabkan kemarahan, menghancurkan harga diri dan menjadikan mereka ‘si penjerit’ juga. Disini diterangkan bagaimana anda boleh mengikis tabiat ini. Anda pening kepala dan anak anda berlari ke sana sini, menjerit sekuat hati. Anda menyuruh mereka supaya senyap sebanyak dua kali; mereka masih tidak menghiraukan anda. Jadi, anda menjerit pada mereka untuk, “Duduk dan senyaplah!!!” Jika anda pernah menjerit pada anak anda, sudah pasti anda tahu sekarang ia tidak berguna lagi. Menjerit tidak akan memperbaiki keadaan; ia hanyalah suara yang kuat. Anak anda mungkin sudah kebal dengan jeritan anda – semakin kuat anda menjerit, mereka semakin tidak menghiraukan anda. Anda hilang suara, tekanan darah anda semakin meningkat dan rumah anda pasti menjadi tempat yang tidak aman lagi. KEBURUKAN MENJERIT Menjerit akan membuatkan anak anda berasa diri mereka tidak baik. Apabila anda menjerit, anda mungkin menghamburkan perkataan yang menyakitkan hati dan memberi kesan kepada harga diri anak anda. Menjerit membawa kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang sensitif dan ini menyebabkan mereka menjadi rimas dan meragam. BAGAIMANA CARA BERHENTI MENJERIT • Apakah pencetus kemarahan anda? Apakah yang menyebabkan anda menjerit? Adakah anak anda yang degil, kecuaiannya atau kerana dia tidak menghiraukan anda? Kadangkala, anda akan marah dengan setiap perkara yang tidak melibatkan anak anda. Misalnya, adakah anda tertekan selepas bekerja dengan teruk di tempat kerja atau selepas bercakap panjang lebar dengan ibu mertua anda? Ketahui pencetus kemarahan dan waktu tertekan anda untuk membantu menangani kemarahan anda dengan lebih baik. • Berlalu dari situasi Berehat seketika sekiranya anda berasa ingin menjerit kepada anda anak. Beri masa untuk anda bertenang dan berfikir: apakah yang anda mahu anak anda pelajari? Kemarahan akan menyebabkan anda menghukum anak anda mengikut perasaan dan bukan kerana apa yang telah dilakukannya. Ingatlah bahawa hukuman bukanlah untuk melepaskan kemarahan anda, tetapi tentang tingkah laku yang boleh diterima dan tidak diterima. • Bercakap dengan tenang Kembali semula kepada anak anda selepas anda bertenang. Bersikap tegas dan positif. Terangkan kepadanya sebab-sebab kelakuannya tidak diterima dan cara-cara memperbaikinya. Jelaskan dengan terperinci apa yang anda ingin anak anda lakukan. Jika dia sudah cukup besar, galakkan anak anda untuk memikirkan bagaimana dia boleh membetulkan keadaan. Ini adalah fakta: anak anda meniru apa yang anda buat. Jika anda menjerit kepada anak anda secara berterusan, dia akan membesar dengan kepercayaan jeritan adalah satu cara komunikasi yang diterima. Apabila anak anda sudah cukup besar, dia pasti akan menjerit kepada anda pula. Jadi, kikis tabiat ini sekarang. Tetapi juga bukan semua jeritan itu tidak baik - jika berlaku kecemasan, respon yang terbaik adalah dengan menjerit! |
Uuuuwwaaaa....kalau tak der transport org cakap patah kaki, tapi kalau tak der PC? Aci tak kalau patah jari? Aku nya PC kat opis ni tak bley beroperasi gara2 CPU problem, dah masuk hari kedua sudah. Aku dah macam cacing kepanasan...tak tau nak buat apa, nak buat kerja lain, semua dah settled. Ni pon aku pinjam kakak tea lady nyer PC sementara dia buat air atau nak gi solat...haa...jangan tak tahu, tea lady kat opis aku ni pon ada PC tau :-)
Dengan ini aktiviti harian saya iaitu lawatan sambil meninggalkan jejak ker blog kawan2 adalah sangat terhad, harap maklum.
Tada

Inilah kereta baru Iman, Maclaren Triumph. Akhirnya dapat juga :-). Masa memula tak nak naik, menangis2...tapi aku buat tak tahu jer, paksa kan jugak, lelama senyap. Yerlah...kalau datang hangin dia tak nak jalan, haaa...tak larat wei aku nak dukung. Bila ada Maclaren ni senang sket, ringan & smooth jer, tak susah nak tolak. Kalau nak turun escalator pon confident jer. Paham2 lah klo nak tunggu lif, dah lah lama, dengan orang yang macam tin sardin dalam tu. Lagi best, tak bulky.
Lately...aku asyik mimpi pasal baby jer. Aku mimpi aku pregnant, delivery and tengah BF baby. Baby Girl plak tu :-). Macam real jer. Ada makna kah? Atau sebab aku terlalu memikirkan for da 2nd one, sampai terbawa-bawa dalam mimpi? Orang tua2 kata, klo baby asyik hisap ibu jari kaki, maknanya nak dapat adik. Pastu klo baby tu suka buat aksi 'nonggeng' macam ni

dia nak dapat kawan, orang tua2 kata lagi lah. Iman ada gak buat macam tu dulu, tapi sampai hari ni aku masih belum conceive lagi. Banyak sungguh andaian orang dulu2 kan dan andaian tu suma tak menjadi buatku. Tak betul lah maknanya kan. Last month aku berborak ngan MIL, dia cakap klo nak bagi Iman adik, tunggu umur dia 4-5 tahun. Owh...tak mungkin, aku tak bley nak fikir macam tu, sebab umur aku dah banyak.
Dari segi mental dak fizikal, aku dah bersedia for the 2nd one. Cuma mungkin belum rezeki ku lagi untuk conceive.