Bingit betul malam tadi...chap goh mei ker? Bunyi mercun berdentum dentam. Walaupon agak jauh dari kawasan perumahan, tapi bunyi kuat tu sedikit sebanyak mengganggu tido tuan rumah. Taip nasib tak mengganggu tido anak².
Dah macam nak berperang pon ada gak. Berlawan² bunyi mercun @ meriam sapa paling kuat. Kalau lah umah aku dekat ngan kawasan kejadian, mau tak tido di buatnya.
Lepas ni fesyen t-shirt dan track suite akan menjadi ikutan gara² fenomena Awan Nano. Tapi jangan sampai berkaki ayam sudahlah yer...hahahahaha...Persembahan paling sempoi. Bermodalkan RM20.00 sahaja untuk harga t-shirt.
Sana sini orang bercerita pasal Anugerah Juara Lagu ke 26 malam tadi kan. Memang terbaik lah. Tahniah buat Hafiz kerana penyampaian lagu dengan penuh penghayatan, untuk Datuk M. Nasir di atas ciptaan lagu dan Budi Hekayat untuk lirik yg mantap.
Apa² pon...AJL malam tadi memang best.
Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja.”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan ‘perjuangan’ melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: “Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.”
Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berumah tangga. Bawalah hati kita berehat… dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, “rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!”
Untuk diri ini...'jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan rebah…biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu'
Source: Genta Rasa
Ternyata amatlah susah untuk menjaga Hati. Dalam sujud aku menangis. Adakah tangisan ini tangisan kerana seorang hambaNya atau tangisan ini sebuah tangisan meratapi nasib diri. Yang pasti sangat rapuh hati ini dan sangat murah air mata yang mengalir.
'Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya'
'Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu'
'Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai'
'Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu'
'Kadang-kadang, Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan. Puas kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi'
Iyer...aku masih menunggu pelangi dariNYA. Masih ada harapan ker? Hanya DIA yang maha mengetahui. Doa orang² yang teraniaya insya'allah akan di makbulkan. Aku takkan mengalah dan akan terus berusaha.