Auto Published
Assalamua'laikum semua. Selamat hari Khamis. Khamis malam jumaat uols...aaummmmm...hahaha...sengal!!!
Tika dan saat ini, saya berada dalam training room. Menimba dan menambah ilmu dialam pekerjaan...cewaahhh...Harap² facilitator tak membosankan lah. Kalau tak...confirmed ngantuks.
Saya training kat Solaris Dutamas. Ada sapa² yang kerja area² sini? Jom dating...hehehe...Trainig dua (2) hari uolss. Nampaknya bulan ni adalah bulan training untuk saya. Kalau budget training saya masih belum over budget, insya'allah hujung bulan ni training lagi. Kat Hotel plak uolss. Terbayang sudah makanan yang enak²...ahaksss...nak training ker nak makan...hahaha...
Note: Dengan ini, acara jalan² sambil komen berehat buat seketika. Next week saya terjah umah kamu yer. Tungguuuuuuu ^_^.
Haaaa...selalunya orang menongkat dagu kan. Tapi yang ni versi menongkat pipi yer uolss. Kejadian berlaku masa saya tengah bersiap² nak gi keja ^_^. Qhalif leka main ngan playgym dia tu.
Hahaha...muka kesian minta tolong. Ibu naughty tau. Qhalif ni tau meniarap, tapi tak lepas lagi nak pusingkan badan dia balik. Terjerit² lah dia kalau dah letih meniarap. Tapi skang ni dah pandai dah. Berguling² di buatnya. Bila dah penat:
ZzZzZzZzzz...tengok² dah tido anak bujang tecik nih. Penat mengerah tenaga gamaknya. Lagi pon tak der orang nak layan...ahaks...
Note: Erk....kata tadi busy, ni sempat lagi up entry...ekekeke...curi masa jap.
Sebab terpaksa berkongsi car seat dengan kakak. Alahaiii..kakak. Kesian adik ha. Tersepit dibuatnya. Tapi adik apa tahu...redha dalam pasrah...ekekeke...
Macam ni lah pe'el anak dara ni dari last week. Melalak² nak duduk gak dalam tu. Dah cakap elok² pon tak nak dengar gak. Takkan lah ibu nak drive sambil pegang adik kot. Buat mak tensi nok. Nasib baik lah umah sekangkang kera jer pong. Macam nak kena tambah lagi car seat nih. Nak marah pon tak jadi marah sebab kelakar pon ada. Kelakar tengok muka adik yang suci murni yang tak tau apa² tu. Sabo jer lah adik. Tapi tengok dari riak muka tu ibu tau...adik pon geram dengan kakak kan.
Note: Ok...aura positive sudah kembali (>_<)