Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar
Pastu bley plak buat² sakit dengan duduk kat kerusi roda...WTFotosintesis...Aku emotional kalau bab² yang membabitkan kanak². Baru 2 tahun...sebaya qahirah. Comel plak tu. Apa lah sangat kudrat budak 2 tahun yang ko nak dera? Dera sampai mati plak tu. Ya! allah....kesiannya *teary eyes*. Al-fatihah untuk arwah.
Untuk mak dan keluarga arwah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak guna lagi dah. Arwah pon dah mengadu pernah di pukul, tapi kenapa tak amik tindakan yg sepatutnya even police report pernah di buat? Kenapa makcik dan keluarga tak jaga jer arwah nih? Hanya mereka jer yang ada jawapannya. Semoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera
teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.
Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia
ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan
badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang.
Keluarga berang
Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz
berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk
atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga
bersamanya.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau
terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia
lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya.
Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya
sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun
mengajaknya pulang ke rumah.
Mengadu dipukul Pak Tam
“Setiap kali cucu saya
pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya
hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali
berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk,
namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika
ditemui di hospital.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23,
berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang
dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke
rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di
seluruh badannya.
“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu
Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama
neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang.
“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada
badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.
Kesan lebam di muka
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis
Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi
berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk
kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.
Katanya, polis
menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian,
namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan
kes atau membuat sebarang tangkapan.
Source: Berita Harian Online