Dulu...berambut pacak
Kini...Berbelah tepi
Amacam aunty's² and uncle's²? Mana lagi cute?...hehehe...Gaya terkini rambut Iman Qhalif. Dah macam old-fashion lah plak. Rambut tu pon tau penat agaknya asyik berdiri tegak jer. Tu yang dia ke tepi plak...hahaha...Lepas ni kita botakkan terus lah dik rambut tu ^_^. Tapi macam sayang lah...haishhhh...
Note: Breastfeeding journeys makin mencabar. Si qhalif ni asyik menggigit...menggigit dan menggigit. Mak pon turut sama menggigit...menggigit bibir noks sebab menahan kesakitan...uuwwaaaaaa...
Jemput makan Nasi Lemak Sedap bersama kerang. Sila...sila...sila jamu mata dan tekak. Perghhhhh...terbaik der....hehehe...kejam ko mak jemah ^_^. Uols dah breakfast ker? Kalau belum tu, maaf lah yer sebab buat kamu terliur tengok nasi lemak sedap nih.
Tengah hari ni selera Pantai Tumur plak. Dah siap tapau, member tolong tapaukan. Ko nampak...kuatnya mak jemah ni makan. Tak padan dengan cikeding kan. Dah beli nasi lemak pastu beli kuih lagi, minum pulak air milo jadi sihat dan kuat. Makan untuk tengah hari pon dah beli. Owh...saya kuat makan. Tapi tak risau sebab badan tak naik pon...saya suka...saya suka...Lagi pon ibu menyusu ni cepat lapar lah.
Note: Hari ni keputusan PMR kluar. Tak sabar nak tahu result anak saudara saya tu ☺☺
Tak tau lah sejauh mana kesahihannya. Bab halal haram ni tak bley di buat main. Ada member TAG kat FB pasal minyak YUYI nih. Nak kena buang lah nampaknya. Kena tukar minyak lain selain YUYI. Tapi kenapa di jual secara berleluasa kalau ada campur minyak khinzir erk? Ni antara soal jawab yang saya jumpa.
Ubat Yuyi Cap Limau
Soalan
adakah ubat yuyi cap limau halal?
Jawapan
Pada hari ini, untuk mengenali produk yang halal dan boleh digunakan
oleh masyarakat Islam tanpa was was adalah mudah, iaitu dengan melihat
logo halal sama ada yang dikeluarkan oleh JAKIM ataupun badan halal yang
lain.
Oleh itu, jika terdapat logo halal JAKIM/badan halal yang lain pada
minyak tersebut, maka ia boleh digunakan oleh orang Islam kerana status
halal produk/barangan tersebut telah dikenal pasti. Untuk penjelasan
lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Halal JAKIM di talian 03
83150200. terima kasih. Wallahu 'Alam.
Note: Tengah menunggu jawapan status halal sebuah kedai bakery kat SOGO tu. Tapi JAKIM masih belum reply lagi...huhuhu...lama nya.
Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar
Pastu bley plak buat² sakit dengan duduk kat kerusi roda...WTFotosintesis...Aku emotional kalau bab² yang membabitkan kanak². Baru 2 tahun...sebaya qahirah. Comel plak tu. Apa lah sangat kudrat budak 2 tahun yang ko nak dera? Dera sampai mati plak tu. Ya! allah....kesiannya *teary eyes*. Al-fatihah untuk arwah.
Untuk mak dan keluarga arwah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tak guna lagi dah. Arwah pon dah mengadu pernah di pukul, tapi kenapa tak amik tindakan yg sepatutnya even police report pernah di buat? Kenapa makcik dan keluarga tak jaga jer arwah nih? Hanya mereka jer yang ada jawapannya. Semoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Alor Setar: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun mati dipercayai didera
teman lelaki ibunya di Kampung Berjaya, Mergong di sini semalam.
Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia
ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan
badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang.
Keluarga berang
Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz
berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk
atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga
bersamanya.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau
terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia
lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya.
Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya
sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun
mengajaknya pulang ke rumah.
Mengadu dipukul Pak Tam
“Setiap kali cucu saya
pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya
hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali
berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk,
namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika
ditemui di hospital.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23,
berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang
dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke
rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di
seluruh badannya.
“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu
Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama
neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang.
“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada
badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.
Kesan lebam di muka
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis
Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi
berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk
kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.
Katanya, polis
menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian,
namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan
kes atau membuat sebarang tangkapan.
Source: Berita Harian Online