'Ibu...saya tengah merajuk ni, cepat pujuk'
Hehehe...gelagat anak bujang tecik nan sorang yang makin bijak dan banyak akal (>_~). Kisah ahad lepas. Ibu dia sibuk uruskan abang dengan kakak. Suapkan mereka nasi lemak hasil tangan ibu. Suruh kimi makan sendiri...tak nak. Nak ibu suap juga. Anak dara bijak tu pulak nak makan sendiri, tapi separuh jalan. Selebihnya ibu suap juga.
Qhalif pon makan juga, tapi tak banyak. Bila ibu tak layan dia...mulalah merengek. Nak susu gantung pon iyer juga, tak menyabar kan. Ibu buat tak tau jer. Tetiba senyap... tercari²...mana plak anak bujang tecik ni. Sekali...duduk bawah meja ko...ekekeke...tergelak² mak noks dengan qhalif ni. Duduk diam dalam tu. Bila aku intai, mulalah cembeng...alahaiiiii...siannya dia.
Geram dengan budak botak ni. Makin botak makin cheeky ☺☺. Cemburu pulak tu. Kalau kakak/abang baring sebelah ibu. mulalah datang nak menyelit...haishhhh...Tak sabar nak tunggu qhalif jalan. Gigi pulak masih 6 batang...tak berganjak. Tapi nampak gusi bawah tu ada putih². Nak tumbuh gigi lah tu.
Note: Petang smalam badan qhalif dedar2. Alhamdulillah...pagi ni dah ok. Harap² tak demam lah.
Ok...sila jangan panik. Bawang tak merbahaya. Yang buat jadi merbahaya bila lebihan bawang yang dipotong diguna untuk keesokan harinya. Baca nih:
Terbaca kat blog EKA smalam. Pastu kat wall FB pon ada juga. Tak taulah sejauh mana kesahihannya. Kalau betul, kita elakkan lah. Sebab aku pon selalu buat macam ni. Terpotong lebih bawang. Lebihannya simpan dalam freezer. Tak pandai nak estimate lagi gamaknya...hehehe...
Note: Kelopak mata kanan belah bawah ni asyik bergerak² dari pagi tadi. Tak selesa betul lah.
Extra Note: Cuaca kembali panas berbahang kan. Tak nyenyak tido dibuatnya.
Alhamdulillah...selesai sudah. Daftar online dari tahun lepas lagi. Tapi baru nak gi sekolah. Last month dah pergi, tapi surat beranak original tak bawak plak. Dok mencari kat umah...tak jumpa². Last² buat baru. Tu yang pagi ni gi skolah terus sebab last week dorang dah call.
Nampak tak nombor pendaftaran tu. Banyak nya. Harap² adalah rezeki Iman Hakimi sekolah kat situ. Lagi pon dekat dengan rumah. Kalau yang tak daftar lagi cepat² lah daftar. Kalau selangor memang daftar online jer...senang.
Note: Kejap jer anak bujang ni nak masuk darjah 1...huhuhu...
Saya sayang IBU saya. Hari² adalah HARI IBU ☺☺
Sweet moment ☺☺
Siapa tengok rancangan NONA smalam? Sedih sangat bila tengok Ibu² yang ditinggalkan di rumah kebajikan. Tergamaknya anak² mereka. Seorang ibu boleh menjaga dan membahagiakan lebih dari seorang anak. Tapi kenapa seorang anak tak boleh nak menjaga dan membahagiakan seotang ibu? Syurga dibawah telapak kaki IBU. Semoga kita tak tergolong dalam golongan orang yang melupakan jasa IBU.
Arghhhh...Saya rindu mak saya. Mak yang jauh dimata dekat dihati. Saya sayang mak saya ketat². Dah beberapa bulan tak jumpa mak. Hanya berhubung melalui telefon jer. Cepat² sembuh yer mak. Semoga badan mak kembali berisi seperti sebelum nih.
When you are a MOM, there is no such thing as privacy. Semua ibu² pernah alami situasi macam ni kan? Mengaku jer lah. Nak tak nak, terpaksalah angkut jugak anak² masuk toilet.
Note: Tak sabar nak tunggu cuti skolah sebab nak jumpa mak ☺☺