Thanks LIZ sebab berkongsi info yang sangat berguna ni yang dipetik dari artikel Horrifying Ad Shows What 15 Minutes in a Hot Car Does to Your Toddler. Semoga kejadian ini tak berulang lagi. Seingat aku, ini kes ketiga yang aku pernah baca dan jumpa. Sebelum ni kes seorang bapa yang menghadiri majlis pengkebumian. Terlupa yang dia bawa anak. Kes yang aku pernah jumpa berlaku pada rakan sekerja (lama dah). Ayah dia bawa cucu ni gi sekolah/berniaga *lupa*. Tak perasan yang cucu lagi sorang ni ikut skali. Pengajaran dan peringatan buat kita semua.
BE SAFE TIPS!!!
Back seat: Put something in the back seat whenever you strap a child in, so you have to open the back door, or at least turn around to find that item, when you get out of the car. Your handbag or briefcase, cellphone, or employee badge.
Every child should be correctly restrained in the back seat.
Stuffed animal: Keep a brightly colored one in the car seat when your child isn’t there. Then move it from the car seat to the front seat after you strap your child in, to remind you when your baby is in the back seat.
Ask your baby sitter or child-care provider to call you within 10 minutes if your child hasn't arrived on time.
Focus on driving: Avoid cellphone calls and text-messaging while driving.
Every time you park your vehicle -- every single time -- open the back door to make sure no one has been left behind.
Bebanan dan tugas yg ditanggung oleh para guru masa kini sangat berat. Kami ‘yang menurut printah’ ini terlalu memikirkn urusan kerja yg tak pernah surut sehinggakn kekadang keluarga dan rumahtangga terabai. Semalam, seorang rakan kami yang mengajar di smk usj4, Subang Jaya telah kehilangan seorang anak berumur 3 Thn yg lemas di dalam kereta.
Kisahnya, guru ini menghantar anaknya ke rumah pengasuh. Kebiasaannya, guru ini menghantar kedua2 anaknya yg masing2 berumur 4 dan 3 Thn. tetapi semalam hanya si kakak yang dihantar ke rumah pengasuh manakala si adik masih berada di seat belakang. Guru ini terus pergi ke sek kerana mengajar sesi ptg. Tiba di sek pada kul 11.45 pagi, guru itu tak menyedari anaknya berada di seat belakang. Guru itu mengambil buku di bahagian belakang tetapi langsung tak nampak si anak tadi dan terus MESYUARAT .
Kisah seterusnya aku tak sanggup nak sambung dan baca. Sila ke blog BRO NASA untuk sambungannya. Semoga kita lebih berhati².
Note: Yeayyyy...esok cuti ☺☺
Betul tak? Memang takkan ada kesudahannya, Pagi basuh, petang lipat. Itu pon kalau rajin nak melipat baju bajan. Kalau rajin membasuh pagi petang siang malam, tapi tak rajin nak melipat, macam ni lah jadinya. Nak melipat baju bajan pon kena ada mood kekdahnya. Lain lah klo ada orang gaji yang tolong lipatkan.
Macam aku yang dah beranak 3 ni, memang agak payah skit. Kena tunggu anak² tidor baru boleh lipat *alasan yang munasabah...ahaks*. Kalau tak tido, memang ada lah tangan² comel yang nak tolong sekali. Bukan tolong lipat, tapi tolong memunggah. Kalau dapat kat Qhalif, baju yang dah lipat dicampaknya. Kalau tolong susun dalam almari tak per juga kan...hehehe...
Tapi kan. Selalunya kalau anak tido......si ibu pon tumpang tido sekali, acaner tu? HORMON OXYTOCIN dah keluar katakan. Yang ni ibu menyusu mesti mengalaminya kan. Meh nak jelaskan pada yang tak tau.
HORMON OXYTOCIN adalah hormon yg dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain Oxytocin is the hormone of love, which also causes us to relax. At the same time, oxytocin is released to trigger let-down. When the baby suckles on the nipples, it induces prolactin, the hormone that is responsible to induce milk production in the breasts
Sudah jelas kan. Sebab tu lah ibu² yang menyusu akan rasa cepat mengantuk. Makanya...kita tido dulu...ahaks...Kesudahannya...maka terhasillah GUNUNG KINABALU yang diperbuat dari baju bajan yang tak berlipat...hahaha...Jangan marah yer abang kalau mata mu semak melihatnya. Minggu ni sayangmu ini akan buat operasi besar² ran ^_^.
Note: Radio dah start putar lagu raya lah.
Summary
Discounts Up To 70%
Products Offered
Cosmetics
Fragrances
Ladies’ Apparel
Men’s Apparel
Kids’ Apparel
Home Essentials and many more’
Location
Putrajaya International Convention Center
Time
11.00 am to 10.00 pm
Boleh layari website METROJAYA untuk lebih lanjut ☺☺
Note: Acara cukur poket. Sale sana sini. Sediakan duit jer lah
Alhamdulillah...lega rasanya bila dah dapat surat kelulusan penempatan untuk tahun 2013. Risau juga takut tak dapat sebab daftarnya last minute. Nombor giliran pon banyak [SINI]. Nasib tergerak hati nak check peti surat. Selalu check tak der plak surat dari skolah. Tu yang malas. Sekali check last week ada plak. Dah sminggu dapat rupanya.
Tapi kan, kad IMUNISASI Iman Hakim tu haku dah lupa kat mana letaknya. Harus selongkar satu rumah jawabnya ni. Harap² jumpa lah kad tu. Hurmmmmm...macam tak percaya jer aku dah ada anak yang nak masuk darjah 1 tahun depan. How time flies (^_^)
Uols dah check ker? Untuk selangor boleh check kat website JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR. Klik dekat semakan status permohonan. Kalau yang masih belum dapat surat tu, bley check kat website juga.
Note: Buat pertama kalinya aku tak bangun sahur. Sedar² dah pukul 6.00 pagi...huwaaaaaa...Bertahan lah wahai diri.
Extra Note: Hari ni berbuka puasa kat Marriot, Putrajaya. Terbayang sudah Kambing Panggang...ahaks...