Alhamdulillah...berjaya juga menjejakkan kaki ker Big Bad Wolf Book Sale 2013 jumaat aritu. Plan asalnya nak gi pepagi sabtu tu. Kononnya lah kan. Sekali plan bertukar. Dari nak bawak QahirahQhalif gi jumpa paed kat Az-zahrah jumaat malam tu, kita gi BBW dulu lah. Esoknya baru gi Az-Zahrah.
On the way nak masuk MIECC tu dah berderet² keta. Tapi bila masuk dalam banyak lagi parking nya. Letih juga nak naik tangga. Nasib tak bawak stroller. Sampai² jer dah teruja tengok buku² yang berlambak tu. Orang pon boleh tahan ramai juga. Sebelum membeli buku, kita isi perut dulu. Kat atas tu ada di sediakan gerai² makan. Harga pon boleh tahan mahal. Nasi lemak seciput harganya dua hinggit.
Hajat di hati nak letak si abah dan anak² kat playground ni jer. Erkkk..abah tukang jaga jer...ahaks...Boleh lah si ibu membelek dan memilih buku dengan amannya tanpa gangguan. Sekali fees mahal lah. RM10.00 untuk sejam. Socks plak RM2.00, anak aku 3 orang. Total RM36.00. Sejam tu belum tentu cukup untuk aku khennn. DI sinilah fasa kesediham bermula sebab terpaksa angkut askar² ku. Faham² lah bila dgn anak² ni kan. Macam² karenah.
Apa² hal, kita babywearing dulu. Si qhalif plak buat perangai. Merengek nak tido gamaknya. Letak dalam Boba 3G nih, tak sampai 10 minit dah lelap. Tapi kan, frust sebab tak dapat nak pilih² buku anak² dan novel. Iyerlah...nak membeli kena lah baca juga sket² jalan ceritanya kan. Si dia plak jenis tak suka crowded² nih dan bukan jenis kaki buku.. Aku rembat mana yang sempat jer...huhuhu...
Yang paling frust, ada bahagian buku kanak² yang aku tak gi. Aku masuk ikut pintu lain. Section buku kanak² ni ada dekat main entrance depan. Masa nak bayar baru perasan sebab kluar ikut situ...uuwwaaaaaa...nak nangis rasanya sebab banyak buku² yang menarik dan murah. Macam buku smurf tu. Nak juga membelek buku anak² kat situ, tapi kang ada yang pandang² jeling², naya haku. Aku suka beli buku anak² nih.
Nak tunjuk hasil rembatan pon malu ko. Sebab tak banyak sangat pon yang dirembat. Tak sempat nak memilih dan membelek sebab ada orang dah rimas dan penat dengan crowded dalam tu. Pengajarannay...next time kalau ada lagi aku nak gi sorang². Suruh si dia hantar jer. Aman sket kan. Harap² ada lagi lah tahun depan.
Note: Tak terfikir plak nak amik cuti on weekday gi BBW....haishhhh...