Kalau nak tau. Meja makan kat umah aku tu tinggal meja jer. Kerusi kena simpan/sorok. Bukan kedekut tak nak bagi orang duduk. Tapi sebab ada stuntbaby dalam umah ni. Meh tengok cara belajar memanjat bersama budak motak yang bijak lagi soleh nih:
Mula2 kita tarik kerusi.
Naik atas meja. Selongkar apa yang patut. Dapat biskut tiger pon best ni.
Bosan dah jadi superbaby atas meja. Kita tolak kerusi lagi.
Ok...dah jumpa apa yang nak di panjat.
Rasa macam nak duduk dalam baby chair ni plak. Usaha tangga kejayaan.
Yesssss...Mission accomplished.
Ko tengok kerja si qhalif ni klo dapat kerusi. Bley pitam ibu ko ni dik tgk ko asyik nak manjat jer. Aku nak masak pon tak aman klo dia dah jumpa kerusi. Memanjat...nak tolong ibu masak skali. Pastu sambil tgk ibu dia masak tangan tu menjalar pulas butang dapur gas. Mulalah nak memetir kan.
Sebab tu lah kerusi kena simpan. Better safe than never. Sebelum jatuh benjol sana sini kan. Kekadang makan kat bawah jer. Malas nak tarik kerusi. Tapi kalau tetamu datang umah, kerusi tu haruslah bawa kluar.
Note: Smalam shopping baju skolah kimi. Blh tahan juga harga baju skolah erk.
Mengimbas kembali gambar² baru kawin, gambar lepas dapat sorang anak dan gambar selepas dapat banyak anak...hahaha...banyak lah sangat kan. 3 tu dah kira ok lah banykan kennn.
Ni masa baru kawin. Seri pengantin baru tu masih ada lagi...cewahhh...Rezeki orang nak kawin kan. Dapat plak kerja baru. Tunggu maybank bagi surat tak tahu bilanya. So...kita grab offer yang datang dulu. Masa ni ada signing ceremony dengan Columbia Asia utk buat hospital Columbia Asia kat Nusajaya, Johor. Masih kurus lagi. Body maintain katakan.
Bila dah dapat anak sorang. Badan dah mula berisi. Serious...masa ni aku gemuk tau. Lemak berlipat ko. Perut plak muncit macam pompuan ngandung. Pipi bulat tembam. Lepas delivery anak pertama, suma baju bajan especially kemeja dan juga seluar kerja tak muat. Yang paling ngeri, jeans faveret Levi's muat takat masuk sampai paha saja. Ngeri dan sedih wei. Terpaksa beli sluar jeans, sluar kerja dan baju kerja baru.
Dan aku yang sekarang...badan kurus kering melidi. Pipi plak nampak sedikit cengkung. Penangan #makbanyakanak ker makan hati...muahahaha...Jeans feveret dah muat. Siap longgar lagi. Perut flat. Sluar kerja dan jeans pon dah longgar. Macam sluar pinjam plak. Terpaksa alter dulu.
Aku nak berisi balik ni. Kurus sangat pon tak cantik khenn. Mungkin badan aku akan naik lepas stop BF qhalif kot. Tak per...lagi beberapa bulan jer lagi. Gym kat office ni pon dah beroperasi. Nak kasi muscle sket badan ni...hehehe...Tapi rajin ker nak gi gym??
Note: Asyik citer pasal anak jer. Sesekali citer pasal ibu dia plak.
1. Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!
2. Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!
3. Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!
4. Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!
5. Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.
6. Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rizki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!
7. Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sadaqah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja keluarga dll.
Makan Buah-buahan tempatan yer. Ada yang ingat buah lain ker? Buah import ker...hahaha...
Smalam Sport Club ada buat perta Jom Makan Buah kat office nih. Kenyang buah aku smalam. Ada buah durian, rambutan dan manggis. Dah lama aku mengidam manggis. Akhirnya dapat jugak makan smalam. Licin habis semuanya. Semuanya hantu buah. Tak padan dengan batuk dan skit tekak. Bedal juga buah rambutan. Banyak juga aku makan. Sekali hamik ko...batuk tak hingat malam tadi dan di tambah pulak dengan sakit gigi melampau sampai aku tak der mood nak memasak malam tadi. Dasyat kat penangan sakit gigi. Maaf yer anak². Malam ni ibu masak sedap. Ker nak gi pasar malam...hehehehe...
Alhamdulillah...dengan adanya SHAKLEE SR Vita-C Plus *iklan jap, sakit tekak dan batuk² aku dah beransur pulih.
Note: Alhamdulillah...dah 2 kali merasa bonus Shaklee ☺
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com