Panda menjadi sebutan lately. Apa kata survey? Pada pendapat aku.
Baca jer lah yerp. Status aku beberapa hari yang lepas. Kenapa perlu membazir pada benda2 macam ni? Kenapa tak gunakan duit tu untuk penambah baikan skolah2 tahfiz? Rumah anak2 yatim? Untuk orang gelandangan yang ada anak berderet sampai tidur bawah jambatan sebab tak mampu nak sewa rumah? Dan yang sepatutnya di naik taraf dan mendapat bantuan lah kan.
Kalau gi zoo setakat nak tgk panda besar, nak masuk zoo pon bayaran dah tinggi skang ni. Kalau anak berderet2, dah brapa tu termasuk parents? Sebagai rakyat yang membayar cukai, sepatutnya duit2 tu digunakan dengan cara yang betul dan sebaik mungkin. Silalah jangan membazirkan duit raykat.
Yang ini memang lawak. Siapalah yang kretif sangat ni :-)
Note: Ke busy an dari pagi sampai skang. Banyak plak surat nak kena buat. Sorry...tak dapat nak ketuk pintu rumah. Peace yo!
Sanggup beli baju yang design nya sama lebih daripada sehelai. Tapi color lain² lah khenn. Tak tau lah kenapa aku berkenan sangat dengan Francine blouse Poplook nih, Color pon cantik². Yang penting, baju labuh menutup vontot.
Cepat sangat habis baju nih. Baru launching dah sold out. Ko kena bersiap sedia depan PC and klik cepat². Kalau tak memang melepas lah. So far aku dah ada 3 pasang blouse nih. Memandang kan permintaan Francine blouse yang tinggi. Sama macam Halley blouse dulu. Poplook ada buat backorder. Tapi tu lah. Ko kena tunggu lama sket. Kalau tak, hari ni order esok ko dah dapat bajunya. Ni bulan Julai nanti baru dapat. Tak per lah, bertabahlah aku menunggu.
Aku dan Francine blouse Yellow.
Aku dan Francine blouse Green
Cuma aku dan Francine blouse Royal Blue jer tak sempat nak bergambar lagi...hehehe...Kain nya pon best dan mudah digosok. Cuma ada color yang ko kena pakai inner macam color kuning tu. Gittew lah kisah aku dan blouse. kalau ada yang berkenan, bley lah gi website Poplook dot com. Backorder closes on Monday @ 12.00 pm. Sekian pesanan khidmat dari seorang peminat tegar Francine dan Halley chiffon Blouse.
Note: Aku memang seorang yang jarang nak beli baju. Sebab asal nak beli baju jer, pastu ternampak baju budak, aku dah meroyan. Jadinya...baju anak² jadi keutamaan. Untuk si ibu, dapat shopping baju 3 - 5 bulan sekali pon jadi lah. Bley caya ker nih...ekekeke...Silalah percaya.
Betul lah bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak Cinta'. Yer dop. Dulu aku cukup tak suka dengan daging kambing. Dengar daging kambing jer aku allergy. Pada hal rasa pon tak pernah. Bila isyarat dalam kepala tu menghantar signal yang daging kambing tu tak sedap dan bau hanyir, Sedap macam mana pon aku tak makan even orang paksa soh makan sebab sedap.
Tapi kan, bila buat pertama kalinya aku mula makan daging kambing, Ya! allah...sedap rupanya yerp. Tu pon atas paksaan member office, ZUE. Daging kambing dari Hj Hamzah catering. Memang sedap nak mamps. Daging lembut dan tak der bau kambing langsung. Kalau kat office ni ada event and panggil catering hj hamzah ni memang aku akan tapau lauk kambing dia.
Skang ni aku dah kemaruk dengan daging kambing. Dah tak heran ngan daging lembu dah. Lamb chop, kari kambing, nasi goreng kambing...perghhhhh...sendiri taip sendiri kecur ailio. 1st time makan nasi goreng kambing kat Ramal Junction Food Court, sedap wei. Tak cukup sepinggan rasanya. Dasar kuat makan khenn. Tak padan ngan badan jecik...ahaks...
Banyak khasiat daging kambing ni kan. Antaranya...daging kambing ni baik untuk kesihatan jantung rupanya. Meh baca nih;
KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.
Gittew lah kisahnya. Kalau dah baca lagi klik jer kat tajuk tu. Ni sebahagiannya saja sebab artikel tu panjang sangat. Kesimpulannya...Jom makan kambing...muahahaha...
Note: Pasal kambing pon boleh jadi entry...ekekeke...
Kisah anak² yang bermacam² ragam. Sorang nak makan bersuap. Yang lagi sorang nak makan sendiri. Nasib tak der lagi yang minta makan beradab...hahaha...
Budak yang selalu makan nak bersuap. Kalau ibu tak suap, dia tak nak makan. Kalau terpaksa gak makan sendiri, memang tak kan habis nasinya. Tapi kalau ibu dia ni yang suap, berpinggan² nasi bertambah. Especially kalau dapat lauk yang memenuhi selera tekak si abam kimi nih. Sedap suapan dari air tangan ibu yer nak.
Si kakak ni kekadang nak makan sendiri. Tapi ibu dia ni plak yang nak menyuap. Tak macam abang dia yang dipaksa makan sendiri. Pilih kasihkah aku....muahahaha...sebab kimi dah darjah 1 kan. Si kakak ni baru 4 tahun. Aci tak alasan...ekekeke...Lagi pon aku malas nak buat keja banyak kali. Ko tau lah bebudak klo makan. Bersepahnya boleh bikin ibu naik menyinga. Nak² billa nak kena kutip butir² nasi yang banyak kluar dari pinggan. Jadinya...biar ibu yang suap.
Tapi pe'el si anak dar ni plak, suka memain time makan dan suka drama queen. Tak pedas dia ckp pedas. Kita suap seciput dia ckp banyak. Sabar jer lah haku. Pastu kan, bila suma dah habis makan, dia sibuk nak nasi lagi...ppffttttt...
Ni lagi satu budak yang selalu buat ibu gewam. Si ustaz qhalif ni. Sama macam kakak, nak makan sendiri. Ibu tak bagi gak sebab malas nak mengemas. #makbanyakanak memang macam ni. Nak jimat masa dan tenaga punya pasal kan. Kalau ikut mood dia, redha lah ibu yang suap. Kalau datang hanginnya si ustaz ni, terpaksa lah bagi makan sendiri. Redha lah si ibu jadi tukang kemas. Dah memang itu kerjanya hari² khennn...hehehe...
Dan pe'el si ustaz qhalif ni, suka cuit sana cuit sini time aku tengah menyuap. Nak meratah lauk pon iyer gak. Boleh tahan kuat makan gak lah. Kalah kakak dia. Nak membina otot² macam abah dia kot. Tapi bila dah kenyang, signal nya...habis di keluarkan suma makanan dalam mulut...ppffttt...
Kesimpulannya...anak² memang suka makan bersuap dan disuap. Dan berseleranya kalau dapat makan dari suapan tangan ibu nih. Suap lah anak² makan selagi boleh. Bila anak² dah kawin nanti tak boleh dah nak suap² ☺☺
Note: Pak mertua admitted kat spital selayang. Dah masuk 4 hari. Slow juga service spital selayang yerp. Smoga pak mertuaku cpt sembuh,
Salam
1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk
beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan.
Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat
pemenang bertuah!
HADIAH:
USB
Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery
Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge
magnet
Keychain
Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida
TAMAT:
29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam Note: Apalagi....jom join ☺
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com