Dalam erti kata lain, otak² yang dikitar semula bila tak habis. Dan di bakar balik tanpa disedari atau disedari tapi buat² tak tau yang otak² tu dah tak elok...dah berbau...ppffttt...Sebelum ni selalu jer baca kat FB pasal lauk PARAM yang tak masak, yang berulat pon ada dan yang tak elok. Tapi tak sangka plak diri sendiri pon kena...cissss...Memang tak der lagi lah aku nak beli kat dia.
Masa buka smalam ada yang elok. Pastu ada plak yang tak berapa nak masak. Tapi sikit jer lah dan masih blh makan lagi. Dan ada jugak macam dah melekit. Tapi bersangka baik jer lah kan. Sekali masa berbuka tu hanya beberapa keping jer yg boleh makan. Selebihnya dah berbau sebenarnya. Frust sangat tau.
Janganlah nak kaut untung semata² tapi kualiti hancus. Jujurlah dalam berniaga. Lauk pauk pon mcm tu jugak. Beli tigahinggit tapi tak sampai satu senduk. Bukan kehendak diri sendiri nak beli kat PARAM. Tapi kekangan masa dengan keadaan jalan yang sesak pagi petang. Memang tak sempat nak masak. Setakat sempat goreng yang simple² jer.
Serius....orang macam aku ni memang terkejar² nak balik rumah. Dengan nak amik anak² kat 3 tempat ok.. Di ulang...3 tempat. First kat Playschool Qahirah, Second kat Sekolah Agama Iman Hakimi dan last pit stop kat Nurseri Iman Qhalif...ppfftttt...
Note: Smoga allah kurniakan aku kesihatan yang baik sepanjang bulan ramadhan nih.